Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 30 May 2018

My Juna ~ Acik Lana

(SEM & SS) RM37.00 > RM32.60

Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia dengan cara mudah. Peduli apa halal haram, yang penting dia hidup mewah! Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan.

Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil untuk mereka berdua. Balik-balik nampak muka yang sama! Jane pula layak digelar si malang dalam bercinta. Dengan Zack yang kaki cemburu dia rasa terkongkong, dengan Dato Irshad pula dia rasa tertipu. Ibaratnya terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Semuanya tak menjadi. Kenapa susah sangat nak bahagia dalam cinta? Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, difitnah, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Lalu, tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan? Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan serba kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?

I'm lucky. I'm in love with my best friend. Aku bersumpah, aku akan bahagiakan Jane dunia dan akhirat. ~ Juna. Dan bagi Jane pula, Juna bagaikan tukang tilik yang mampu meneka perasaannya dengan mudah. Tak perlu diluah dengan kata-kata, Juna sudah mengerti dan memahami isi hatinya. Istimewanya Juna sampaikan dia tak rela melepaskan lelaki itu pergi. He's mine, my Juna! Namun bahagia yang dicari, mudahkah ditemui? Atau ada halangan yang mungkin meleraikan cinta yang baru tercipta?