Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Damya Hanna. Show all posts
Showing posts with label Damya Hanna. Show all posts

Monday, 13 July 2020

Sekilas Kenangan ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit pada masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang dihidapi. Lantaran itu, Tihani merasakan hidupnya kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan.

Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar bersama herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.
Akhirnya, Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.

Thursday, 14 February 2019

Senafas Rindu ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafiqah kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. 

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagai dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod hidupnya. Syafiqah adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakalan mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi. 

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... Sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan. 

Antara Syafiqah, Viviana dan Siti Nur Ain... Fariz hanya memilih satu. Naumn, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar menyerah.

Thursday, 19 July 2018

Izinkan Kupergi ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.
Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Monday, 5 January 2015

Bicara Hati 2 ~ Damya Hanna

“SETIA ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50