Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Emma Mariam. Show all posts
Showing posts with label Emma Mariam. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Usai Aku Kau Persia ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Cinta buat seseorang itu buta. Cinta juga buat seseorang itu hilang punca. Bagi Dinara pula, cintanya kepada Dean Mikhail buat dia hilang segala-galanya. 

“I’m pregnant.” - Dinara Sofea 
“Kita gugurkan.” - Dean Mikhail 

Apabila maruah sebagai galang gantinya, apa lagi yang tinggal? Selain diri yang telah hancur penuh noda. Dinara nekad, dia benar-benar memastikan jalan hidupnya tidak berselisih pun dengan Dean Mikhail. Namun, takdir membawa Dean Mikhail kembali kepadanya. Tetapi, siapa dia? Punya wajah dah tingkah yang sama, tapi kenapa lelaki itu langsung tidak mengenalinya? 

“Siapa awak?” - Dinara Sofea. 
“I’m your boss. Does that answer your question?” - Dean Mikhail. 

Bagi Dean Mikhail pula, ada apa dengan Dinara Sofea? Kenapa hanya dengan mendengar nama itu jantungnya seperti ditusuk sembilu? Siapa pula gadis yang kerap muncul dalam mimpinya dan

Monday, 6 January 2020

Bukan Hanya Sekadar Cinta ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.

Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.

Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.

Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.

Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!

“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.

Friday, 19 April 2019

Aku Yang Bersalah ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Apa?”

Kahwin esok? Tak cukup dengan menetapkan perkahwinan mereka tiga minggu lagi, sekarang Izz Athif beritahu nak kahwin esok pula? Gila ke apa dia ni?! marah Elina dalam hati.
“Awak tahu tak kita sekarang ni boleh dikatakan kahwin koboi? Banyak benda kena buat. Kursus kahwin lagi. Awak boleh cakap nak kahwin esok?” bebel Elina.
Izz Athif senyum lagi.
“Senyum? Awak boleh senyum aje? Awak tahu tak yang...”
“Awak dah macam seorang isteri. Membebel aje dari tadi,” bisik Izz Athif di telinga Elina.

Monday, 18 December 2017

Suka Awak Dari Dulu ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Adam Shahmin, seorang nelayan kampung. Anna Qaireena, bakal CEO Arena Holding.

15 tahun berlalu. Anna kembali semula ke kampung setelah dikecewakan teman lelakinya. Kepulangannya tanpa menyedari ada seseorang yang setia menanti dan tidak pernah melupakannya.

“Sebab awak Adam Shahmin. Seorang Adam yang pernah berjanji untuk jadi kawan saya sampai bila-bila.” - Anna
“Itu zaman kanak-kanak kita, Anna. Tak sama. Awak tak boleh nak samakan semua tu dengan sekarang. Keadaan dah tak sama macam dulu.” - Adam

Walaupun Adam cuba menafikan, hatinya masih mendambakan kehadiran seorang Anna. Pertemuan kali kedua itu membuka lembaran baru buat mereka. Mereka berkawan semula seperti tempoh masa 15 tahun tidak pernah memisahkan.

“Adam, awak bergurau, kan? Saya tak percaya. Macam mana awak boleh mencintai saya 15 tahun lamanya? 15 tahun, Adam. Tempoh itu terlalu panjang untuk awak simpan perasaan awak tu.” - Anna.

Sesuatu berlaku, menggugat kepercayaan Anna terhadap Adam. Walaupun telah memiliki Anna, namun Adam terpaksa meladeni kebencian Anna yang seakan-akan tiada berpenghujung.

Friday, 28 April 2017

Tuan Inspektor Cik Drama ~ Emma Mariam

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mereka berdua berbeza latar belakang. Berbeza kerjaya dan minat. Hanya satu persamaan mereka... Cinta. Fareeq dan Karmila saling mencintai sejak pertemuan pertama lagi.

Fareeq yang menyangka Karmila merupakan seorang peragut, terus bertindak menggari tangan itu. Bagi Karmila pula, bukan sahaja tangannya yang digari, malah hatinya juga. Karmila jatuh cinta pandang pertama kepada Tuan Inspektor itu. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk mewujudkan pertemuan demi pertemuan antara mereka.

Walau sejauh mana pun mereka cuba menyangkal kehendak hati, rasa itu tidak mampu mereka buang. Dalam diam mereka menyulam cinta. Dalam diam mereka menyimpan rindu. Namun, keindahan cinta mereka tidak berpanjangan apabila kerjaya memaksa mereka mengakhiri segalanya.

Mampukah bahagia itu dicapai andai masih tiada kepercayaan pada sebuah perhubungan? Mampukah impian cinta itu direalisasikan andai masih ada rahsia yang tersimpan?
Tuan Inspektor, Cik Drama. Bisakah bahagia itu milik mereka?

Friday, 14 October 2016

Teka Hati Dia ~ Emma Mariam

Kerana takut kariernya sebagai wartawan musnah begitu sahaja, Yuhana tekad untuk menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang lelaki misteri yang dia gelar Hakim di Bukit Impian.

Hari pertamanya di Bukit Impian tidak seindah yang dia sangkakan. Demi laporannya yang belum menemukan noktah, Yuhana turutkan juga sikap dan perangai jelik Hakim Bukit Impian. Misinya untuk mengorek rahsia lelaki itu semakin sukar apabila Hakim menyukarkan keadaannya di sana. Sekali Yuhana memulakan langkah, seribu kali langkah Hakim menghalangnya.

Bilik Encik Hakim? Aduh, aku ingatkan bilik rahsia!
“Keluar sekarang juga dan aku anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Keluar!”

Hidupnya semakin kucar-kacir setelah Hakim mengisytiharkan dirinya sebagai bakal isteri. Yuhana hilang kata. Lelaki bernama Hakim itu sewenangnya bermain dengan hidupnya. Namun, kerana satu pengkhianatan, Yuhana relakan jua menerima lamaran lelaki misteri itu. Ya, Hakim lelaki misteri yang belum dia kenali sepenuhnya. Oleh kerana itu, Yuhana dan Hakim tetapkan satu syarat.