Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Khairunnisa Hamzah. Show all posts
Showing posts with label Khairunnisa Hamzah. Show all posts

Tuesday, 9 June 2020

Dekor Dekor Cinta ~ Khairunnisa Hamzah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang:
· Cara berfikir
· Gaya kehidupan
· Persekitaran
· Tanggapan
· Mood dan aura
· Juga kasih sayang.

Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu. Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.

Thursday, 22 December 2016

Supermama ~ Khairunnisa Hamzah

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Menjadi suri rumah bukanlah perkara mudah dan segalanya perlu dipelajari. Bagaimana mahu mengurus rumah agar selesa dan kemas dalam masa yang singkat? Apakah aktiviti kekeluargaan yang sesuai dilakukan pada hujung minggu? Bagaimana untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar berperibadi mulia? Apa yang perlu dilakukan untuk menarik minat ahli keluarga untuk turut membantu melakukan kerja rumah?

Segala persoalan ini dan banyak lagi persoalan dijawab dalam buku yang amat bernilai ini. Perkara yang dikongsi adalah tentang tip dan panduan untuk seorang suri yang menjalani kehidupan sepenuh masa di rumah agar menjadi seorang suri yang profesional. Yakni tidak kalut, mudah dan mahir tentang pengurusan rumah, masa, wang dan anak-anak, demi menjaga kepentingan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga.