"Amna bukan disleksia. Dia keturunan mama, keturunan Ghaz dan Gina. Keturunan bijak pandai.” - Puan Syatilla.
Gazza buntu. Bagaimana lagi dia harus terangkan kepada ibunya tentang keadaan Amna, si anak buah yang menderita disleksia? Penderita disleksia bukan orang bodoh malah ada di antara mereka lebih bijak daripada orang biasa. Walau dicuba sehabis daya tetapi ibunya tetap tidak mahu menerima hakikat itu. Risau dipandang rendah oleh masyarakat kerana mereka daripada golongan keluarga terpelajar. Itu yang dirisaukannya, bukan risaukan Amna. Sesak dada Gazza memikirkan tentang hal itu. Dalam keadaan risau yang membelenggu diri, Gazza tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan caranya tersendiri. Gila-gila dan sukakan muzik. Bahkan sewaktu merawat pesakit pun dia mendengar muzik.
"Nak lagu apa?”
"Haaa...”
"Saya suruh pilih lagu. Nak lagu apa? Lagu Anuar Zain ada. Lagu Dayang Nurfaizah pun ada. Cepat cakap nak lagu apa?”
"Doktor ada lagu Sepohon Kayu tak?”
