“Mulut kau ni suka sangat cakap perkara buruk pasal aku. Aku nak balik dengan dia, suka hati akulah. Kau tak ada hak dalam hidup aku!”- Hanan
“Kau nak bercakap pasal hak ya? Tunggu!”- Hafiz
Tercabar dengan sikap Hanan, Hafiz sanggup membuat kerja gila sebelum bertolak ke Jepun. Kata Hafiz, mereka bertunang untuk menunaikan hajat orang tua mereka. Hanan yang lurus, buta-buta percaya. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu muncul semula setelah lima tahun menghilang.
“I will make you mine, shorai no tsuma.” – Hafiz
“Baik. Kau nak kahwin dengan aku sangat, kan? Kau tengoklah nanti. Huru hara hidup kau beristerikan aku.”- Hanan
Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Sikap Hafiz terlalu berbeza