Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 16 March 2022

Sayangku Hanan ~ Mia Azwari

(SEM & SS) RM37.00 > RM36.00

Hanan dan Hafiz... Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena. Hanya disebabkan Hanan selalu menumpang kasih ibunya, hati Hafiz terbakar gara-gara cemburu. Namun ada sesuatu yang membuatkan perasannya selalu keliru setiap kali gadis itu di sisi lelaki lain. 

“Mulut kau ni suka sangat cakap perkara buruk pasal aku. Aku nak balik dengan dia, suka hati akulah. Kau tak ada hak dalam hidup aku!”- Hanan 
“Kau nak bercakap pasal hak ya? Tunggu!”- Hafiz 

Tercabar dengan sikap Hanan, Hafiz sanggup membuat kerja gila sebelum bertolak ke Jepun. Kata Hafiz, mereka bertunang untuk menunaikan hajat orang tua mereka. Hanan yang lurus, buta-buta percaya. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu muncul semula setelah lima tahun menghilang. 

“I will make you mine, shorai no tsuma.” – Hafiz 
“Baik. Kau nak kahwin dengan aku sangat, kan? Kau tengoklah nanti. Huru hara hidup kau beristerikan aku.”- Hanan 

Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Sikap Hafiz terlalu berbeza membuatkan Hanan mula jatuh cinta. Namun kebahagiaan mereka tergugat saat satu per satu rahsia silamnya terbongkar termasuklah kisah suaminya ketika di Jepun. 

Siapakah Zati dalam hati suaminya sebelum mereka disatukan? Adakah sejarah silam hidup Hanan bakal terjadi sekali lagi sehingga ikatan perkahwinan mereka terlerai?