Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Mohamed Rohidzir Rais. Show all posts
Showing posts with label Mohamed Rohidzir Rais. Show all posts

Friday, 5 August 2022

Ensiklopedia Solat Premium ~ Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM179.00 > RM175.00

Kelebihan

Sesuai dengan isi kandungan buku yang menceritakan perihal solat, maka ia sangat sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat Muslim.
Dipersembahkan dalam bentuk ilmiah dan berfakta sehingga boleh menjadi bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sesi perkuliahan di masjid serta surau.
Dipersembahkan dengan gambar berwarna dan kod QR, menjadikan buku ini tidak seperti membaca ensiklopedia biasa dan memudahkan segenap lapisan pelajar untuk membacanya.


Sinopsis

Buku ENSIKLOPEDIA SOLAT PREMIUM membawa penampilan sumber-sumber hukum fiqah yang lebih detail dan autentik daripada kitab turath, perbahasan ulama dalam hukum furuk serta kajian saintifik dan geografi yang akademik. Contoh-contoh amali digambarkan melalui proses fotografi dan ilustrasi yang tidak terdapat dalam buku-buku yang seangkatan dengannya.

Wednesday, 8 January 2020

Bimbingan Lengkap Solat Sunat (Edisi Kemaskini) ~ Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat disusun menggunakan segala teknologi dan kemajuan dunia penerbitan yang ada. Buku ini tampil berbeza kerana ia menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai demi menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca serta mampu membimbing pembaca memahami dan mengamalkan kandungannya.

Antara kandungan:
BAHAGIAN 2: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN SENDIRIAN
BAHAGIAN 3: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN BERJEMAAH
BAB 1: Solat Sunat Rawatib
BAB 2: Solat Sunat Witir
BAB 3: Solat Sunat Dhuha
BAB 4: Solat Sunat Isyraq
BAB 5: Solat Sunat Zawal
BAB 6: Solat Sunat Ghaflah
BAB 7: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
BAB 8: Solat Sunat Selepas Azan
BAB 9: Solat Sunat Wuduk
BAB 10: Solat Sunat Malam Pertama
BAB 11: Solat Sunat Selepas Hafaz Al-Quran
BAB 12: Solat Sunat Masuk & Keluar Rumah
BAB 13: Solat Sunat Hajat

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat ~ Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Solat & adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat untuk Semua

Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat?

Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.Solat, Pelerai Status Sosial amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu.

Friday, 3 May 2019

Ensiklopedia Soal Jawab Agama (Akidah, Tasawuf, Taharah, Solat, Muamalat) ~ Dr. Muhammad Nidzam Abdul Kadir, Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid, Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani Azhar, Mohamed Rohidzir Rais, S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM69.00 > RM62.00

Ensiklopedia (atau ensaiklopedia) berasal dari bahasa Greek “egkyklios paideia” yang bermaksud sebuah lingkaran (a circle of instruction) yang lengkap.

Soal Jawab Agama adalah satu kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan yang pelbagai dalam hal ehwal agama secara pantas (fast track). Pengajian atau pembacaan tidak semestinya melalui penelitian hierarki ilmu step-by-step dari awal tetapi boleh sahaja ditanya serta mendapat jawapan spontan di mana-mana bahagian ilmu.

KEISTIMEWAAN BUKU INI:
• Mengandungi kumpulan soal jawab berkaitan akidah, tasawuf, taharah, solat dan muamalat.
• Menjawab persoalan yang remeh-temeh dan yang menjadi kontroversi dalam masyarakat serta yang jarang-jarang di dengari meliputi aspek akidah, tasawuf,taharah, solat dan muamalat.
• Huraian yang lengkap daripada penulis kepada setiap persoalan yang dikemukakan untuk memudahkan pemahaman pembaca.