Hadis Qudsi adalah salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW. Hadis Qudsi ialah firman Allah SWT yang disabdakan oleh Baginda SAW. Jumhur ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi SAW yang dinisbahkan kepada Allah SWT dan maknanya adalah daripada Allah SWT.
Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi dari tujuh kitab hadis iaitu Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' Al-Tirmizi, Sunan Al-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari.
Antara kandungan buku ini ialah:
1. Kitab Tauhid
2. Kitab Solat
3.Kitab Rahmat Allah
4. Kitab Melihat Allah
5. Kitab Zikir dan Doa
6. Kitab Kematian
7. Kitab Akhir Zaman
8. Kitab Para Nabi