Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi dari tujuh kitab hadis iaitu Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' Al-Tirmizi, Sunan Al-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari.
Antara kandungan buku ini ialah:
1. Kitab Tauhid
2. Kitab Solat
3.Kitab Rahmat Allah
4. Kitab Melihat Allah
5. Kitab Zikir dan Doa
6. Kitab Kematian
7. Kitab Akhir Zaman
8. Kitab Para Nabi
Siapa yang perlu memiliki buku ini?
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan kepada:
1. Setiap individu yang ingin mengetahui dan mendekatkan diri dengan intipati hadis qudsi
2. Setiap keluarga sebagai input harian
3. Para pelajar yang menginginkan rujukan tambahan dalam penulisan dan kajian terutamanya mereka yang berada dalam bidang hadis
4. Tenaga pengajar sama ada di institusi pengajian formal atau tidak formal
5. Surau dan masjid sebagai bahan bacaan berkala selepas solat fardu
*****
(SEM & S/S)