Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Penerbit X. Show all posts
Showing posts with label Penerbit X. Show all posts

Wednesday, 23 March 2022

Kru Paranormal: Hantu Misi ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & SS) RM12

“Mangsa bernama Farina. Berusia enam belas tahun. Masih bersekolah. Ibu dan ayahnya meninggalkan dia bersendirian di rumah pada jam dua petang tadi dan kembali ke rumah dalam jam lapan malam,” lapor Koperal Darina.

Inspektor Rahil menghampiri mayat gadis itu dan meneliti keadaannya. “Kesan kelar di leher, dan tidak ada banyak darah menitis di lantai. Sama dengan kes hantu misi?”

“Ya, tuan,” jawab Koperal Darina.
“Jadi, kita ada kes pembunuh bersiri,” kata Inspektor Rahil sambil mengenakan cermin mata hitamnya.

* * *

Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti.

Kisah hantu misi yang popular di Internet menarik Imtiaz untuk menjadikannya sebagai bahan dalam saluran YouTube Kru Paranormal. Dia memulakan penyiasatannya sendiri, dan ia membawa kepada pertemuannya dengan seorang gadis, yang tanpa pengetahuannya, dihantui oleh lembaga manusia berkepala kambing.

Dapatkah Inspektor Rahil dan Koperal Darina, dengan bantuan Imtiaz menghentikan kes pembunuhan bersiri ini dan mencari dalangnya yang bertanggungjawab?

Kru Paranormal: Baphomet ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & SS) RM12.00

“Apa istilah cerita mistik yang disebarkan melalui sosial media ni? Lupa aku,” tanya Huda.

“Creepypasta! ” jawab Zamir. “Di Malaysia pun ada sekarang.”

“Kisah creepypasta Malaysia? Slender Man versi Malaysia? Hantu galah ke?” tanya Huda separuh berseloroh.

“Bukan,” jawab Zamir. “Hantu kepala kambing.” Imtiaz dan Huda mengekek ketawa.

Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.

Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu

Friday, 18 June 2021

The Extraordinary Adventure of Arsene Lupin: Gentleman-Burglar (Edisi Bahasa Melayu) ~ Maurice Leblanc

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran. Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.

Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout. Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!

Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dengan judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar dan pertama kali diterbitkan pada 10 Jun 1907.

Monday, 8 May 2017

Demi Dara ~ Abdul Rahim Awang

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. 

Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. 

Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...

Monday, 27 March 2017

Frankenstein (Edisi Bahasa Melayu) ~ Mary Shelley

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Robert Walton dalam ekspedisi mencari laluan baru untuk ke Lautan Pasifik melalui Lautan Artik, menemui lelaki yang hampir mati, terapung di atas lautan ais. Lelaki itu adalah Victor Frankenstein, yang menceritakan kisah hidupnya yang tragis. Seorang genius yang cuba menjadi Tuhan dengan menghidupkan makhluk yang dihasilkan daripada cantuman mayat-mayat. Tragedi bermula apabila makhluk itu mula menuntut kasih sayang penciptanya.

---- Mary Wollstonecraft Shelley, menghasilkan novel gothik Frankenstein; or, The Modern Prometheus (Frankenstein) ketika usianya 18 tahun dan diterbitkan pada tahun 1818, dua tahun selepas berkahwin dengan penyair, Percy Bysshe Shelley.