Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Tentang kita. Show all posts
Showing posts with label Tentang kita. Show all posts

Tuesday, 22 August 2023

Yang Tertulis Pergi ~ Farah Lee

(SEM & SS) RM79.00 > RM75.00

Pergi bukan sebuah kehilangan, tapi pinjaman Tuhan yang telah dipulangkan.

Di dalam sebuah buku yang sederhana ini, seorang Farah telah mengabadikan semuanya; baik puisi lewat episod hidup yang perit, kata-kata lewat krisis emosi, dan catatan-catatan ringkas lewat perjalanan yang penuh debaran.

Seorang perempuan mandiri, seorang pengembara, seorang aktivis, seorang ibu... dan sebuah buku.

Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita ~ Fakhri Fadzli

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Allah menciptakan hati dengan sifatnya yang paling 'alami, iaitu mencari ketenangan.
Tanpa melakukan apa-apa, tentu sahaja hati itu akan berusaha; merangkak mencari cahaya ketika ia sedang kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar ketika ia sedang kesesatan.

Tidak hari ini, esok. Tidak esok, lusa. Tapi yang pasti, hati yang sedang sakit akan tetap sembuh. Seberapa lamapun tempohnya.

Tentu sahaja al-Quran itu sendiri ialah wahyu yang penuh as-syifa' (kesembuhan), dan di dalam setiap huruf, kata dan ayat, terselit seribu satu ubat untuk seketul hati yang sedang melarat.

Dan ketika kita semua masih belum berhasil memahaminya, terhalang dengan banyak hal, pesan-pesan sembuh dari Ayat Kursi yang dicerakin dengan amat teliti oleh Fakhri Fadzli ini hadir menjadi rentasan buat kita yang sedang meronta-ronta mencari Tuhan.

Rupa-rupanya dari ayat yang sering kita baca, ada ubat yang tidak terkata mujarabnya.

Terus Sembuh Walau Sedang Runtuh ~ Farhah Anuar

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Perjalanan menuju sembuh tidaklah semudah yang kita sangkakan. Ia sebuah perjalanan yang penuh duri, penuh air mata dan penuh luka yang masih berdarah. Jalan sembuh itu juga ada naik dan turunnya tetapi itu tidaklah menentukan yang kita gagal. Itu adalah tanda bahawa kita sedang berjuang dan tidak ingin mengalah. Dan satu kenyataan jujur yang perlu diterima, sembuh itu sebuah perjalanan yang sangat panjang. Tapi tak apa, Perlahan-lahan kita akan sampai juga. Kerana ia bukan tentang hujungnya, Tapi prosesnya. Mempersembahkan, naskhah healing terbaru dari Tentang Kita, seorang penghidap PTSD (Post Traumatic Stress Disorder), seberkas luka peristiwa dan serentang jalan sembuh di saat runtuh....

Tentang Pergi ~ Hafizul Faiz

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Tak semua pergi adalah kehilangan. Tak semua pergi adalah sia-sia. 

Banyak yang kita temui di sebalik sebuah kepergian. Adakalanya lebih banyak dari kenangan yang sempat dibina bersama. 

Kita menjadi seseorang yang baru, setelah kita belajar menerima bahawa hidup tak perlu bergantung seperti dulu.

Tentang Dewasa ~ Hafizul Faiz

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Kita tidak pernah memilih mahu mendewasa bagaimana, tapi ternyata kita tetap saja dewasa. Jika ditanya apa yang paling mendewasakan kita, jawabnya mudah, airmata. Kita membuang banyak airmata untuk akhirnya tiba di titik ini, di titik untuk tersenyum sahaja saat mengenangkan luka-luka lama.