Belian & Pertanyaan:
Tuesday, 22 August 2023
Terus Sembuh Walau Sedang Runtuh ~ Farhah Anuar
(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00Perjalanan menuju sembuh tidaklah semudah yang kita sangkakan. Ia sebuah perjalanan yang penuh duri, penuh air mata dan penuh luka yang masih berdarah. Jalan sembuh itu juga ada naik dan turunnya tetapi itu tidaklah menentukan yang kita gagal. Itu adalah tanda bahawa kita sedang berjuang dan tidak ingin mengalah. Dan satu kenyataan jujur yang perlu diterima, sembuh itu sebuah perjalanan yang sangat panjang. Tapi tak apa, Perlahan-lahan kita akan sampai juga. Kerana ia bukan tentang hujungnya, Tapi prosesnya. Mempersembahkan, naskhah healing terbaru dari Tentang Kita, seorang penghidap PTSD (Post Traumatic Stress Disorder), seberkas luka peristiwa dan serentang jalan sembuh di saat runtuh....