Pertemuan kali pertama Ezzad Fareeq dengan Ery Qaireena menerbitkan rasa cinta dalam diri Ezzad. Ditambah lagi apabila merasa sambal udang petai Ery buat pertama kali. Makin bertambah rasa cintanya.
“Sudikah Ery Qaireena menjadi isteri Ezzad Fareeq?” – Ezzad
Lamaran cinta dihulur. Nasib baik Ery sudi menyambut. Rumah tangga dibina setelah berbagai peristiwa terjadi. Perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan ibu Ezzad, Puan Sri Kasmah kerana wanita itu ada pilihan sendiri untuk Ezzad. Tapi, lama-kelamaan rahsia terbongkar juga. Puan Sri Kasmah berusaha untuk meruntuhkan rumah tangga anaknya, apatah lagi setelah mengetahui Ery adalah anak yatim piatu dan orang miskin. Rancangan diatur bersama Mazuen, gadis pilihannya untuk Ezzad.
“Ezzad, I cintakan you dan masih mencintai you!” – Mazuen
Mazuen masih menggoda menggoda Ezzad. Macam-macam cara dilakukan Puan Sri Kasmah untuk memisahkan Ezzad dan Ery. Menyihir, menjatuhkan Ery di dalam bilik air malah menculik anaknya sendiri pernah dilakukannya.