Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 19 March 2018

Sambal Udang Petai ~ Riyana

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Pertemuan kali pertama Ezzad Fareeq dengan Ery Qaireena menerbitkan rasa cinta dalam diri Ezzad. Ditambah lagi apabila merasa sambal udang petai Ery buat pertama kali. Makin bertambah rasa cintanya.

“Sudikah Ery Qaireena menjadi isteri Ezzad Fareeq?” – Ezzad

Lamaran cinta dihulur. Nasib baik Ery sudi menyambut. Rumah tangga dibina setelah berbagai peristiwa terjadi. Perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan ibu Ezzad, Puan Sri Kasmah kerana wanita itu ada pilihan sendiri untuk Ezzad. Tapi, lama-kelamaan rahsia terbongkar juga. Puan Sri Kasmah berusaha untuk meruntuhkan rumah tangga anaknya, apatah lagi setelah mengetahui Ery adalah anak yatim piatu dan orang miskin. Rancangan diatur bersama Mazuen, gadis pilihannya untuk Ezzad.

“Ezzad, I cintakan you dan masih mencintai you!” – Mazuen

Mazuen masih menggoda menggoda Ezzad. Macam-macam cara dilakukan Puan Sri Kasmah untuk memisahkan Ezzad dan Ery. Menyihir, menjatuhkan Ery di dalam bilik air malah menculik anaknya sendiri pernah dilakukannya.

“Semua orang dalam rumah ni, pergi mampus!” – Puan Sri Kasmah

Perkahwinan Ery dan Ezzad tiba-tiba menjadi dingin kerana Puan Sri Kasmah. Ery terasa hati dengan suaminya yang sering menyebelahi ibunya itu.

“Siapalah kita, kan? Hidup pun menumpang” – Ery

Sampai bila Ery akan mengalah dengan ibu mentuanya yang berhati busuk itu? Adakah Ery mampu bertahan dengan sikap ibu mentuanya dan Mazuen? Begitu kuatkah penangan sambal petai Ery setelah ada orang ketiga di dalam rumah tangganya?