Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 19 March 2018

Jadi Menantu Pilihan ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Jom kita kahwin!" - Farhan.

Sebaris ayat tersebut buat hidup seorang Zara jadi huru-hara. Tak pernah terfikir olehnya untuk menjadi isteri pada Ahmad Farhan, anak jiran sebelah rumah yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.

"Pasal apa abang hantar rombongan meminang?" - Zara.
"Sebab abang nak kahwin dengan Zaralah..." - Farhan.

Menjadi tunang kepada Farhan@paan itu tidak mudah. Tetapi lagi sukar menyandang gelaran yang halal di sisi lelaki tersebut. Ada saja langau yang datang menghimpit.

"Yup, bakal madu! Saya kan nak nikah dengan Dr. Farhan." - Maya.

Tak cukup dengan Maya yang menggoda, datang pula cinta pertama si suami.

"Aku akan pastikan Farhan jadi hak aku balik! Aku yakin dia masih cintakan aku. Aku ni cinta pertama dia." - Suraya.

Tapi sedikit pun Zara tak melatah. Dia mula mengatur strategi dalam menepis segala cubaan merampas. Namun bila soal anak dibangkitkan, Zara mula kalah. Dia menjadi takut akan kehilangan suami sendiri.

Mampukah Zara terus bertahan menjadi yang halal buat suaminya bila orang-orang yang mahu merebut Dr Ahmad Farhan itu tak pernah jemu berusaha dan tak pula ada rasa malu?