Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ustaz Zulkarnain Dollah. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Zulkarnain Dollah. Show all posts

Tuesday, 27 October 2020

40 Hadis Bala Bencana: Selami Hikmah Di Sebalik Musibah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM11.00

Kelebihan

Mengajak anda agar sentiasa reda dan mensyukuri nikmat Allah
Membantu meneguhkan keimanan terhadap Allah
memahami hikmah musibah yang dihadapi.
Memupuk sifat sabar dalam diri tatkala menghadapi kecelakaan.
Mengelakkan daripada berprasangka buruk terhadap Allah.

Sinopsis
Dalam konsep Islam, semakin besar ujian, semakin besar ganjaran (pahala) yang diperoleh. Ironinya, konsep tersebut seakan-akan diketepikan oleh para penghuni bumi, lebih-lebih lagi umat Islam sendiri disebabkan iman yang senipis kulit bawang. Mereka merasakan bahawa ujian berat yang ditempuhi itu adalah kerana Tuhan telah melupakan mereka dan ingin membebani mereka. Walhal, mungkin musibah yang menimpa mereka itu sesuatu yang baik bagi mereka.

Monday, 3 February 2020

40 Hadis Kelebihan Zikrullah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Buku ini menghimpunkan 40 hadis yang menceritakan kelebihan, pahala dan ganjaran zikir.
Zikir adalah ibadah yang mudah dilakukan namun memiliki ganjaran yang besar baik zikir khusus yang terikat dengan masa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda, atau zikir-zikir umum yang bebas dilakukan pada bila-bila masa.

Kelebihan dan manfaat zikirullah akan sangat terasa di alam barzakh dan hari kiamat. Namun, sebenarnya semasa kita masih hidup juga zikrullah memberi manfaat tanpa kita sedari. Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

Monday, 26 November 2018

30 Kisah Menarik Daripada Hadis ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Al-Quran atau sunah Rasulullah saw dilengkapkan bukan sahaja dengan penetapan akidah, syariah dan akhlak, bahkan dieselitkan juga dengan kisah-kisah menarik yang penuh dengan pengajaran dan panduan bagi kehidupan manusia.

Ia adalah kisah-kisah teladan dan panduan terbaik kerana matlamatnya memperbaiki jiwa menusia dengan cara yang indah dan mudah difahami oleh semua peringkat. Ia juga memaparkan contoh-contoh dan watak-watak orang terdahulu yang paling baik ada dalam sejarah manusia supaya dijadikan ikutan dan boleh diteladani akhlak serta perjalanan kehidupan mereka.

Monday, 28 August 2017

Soal Jawab Solat Musafir ~ Zulkarnain Dollah, Azhar Yahya Al-Batawi

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Solat ialah ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walaupun ketika menghadapi kesukaran dan kesulitan. Allah S.W.T dengan rahmat dan kurniaan-nya telah memberi “sedekah” kepada hamba-hamba-Nya dalam melaksanakan ibadah solat. Antara keringanan dan kemudahan yang diberikan adalah dengan menunaikan solat secara jamak dan qasar khususnya ketika berada dalam keadaan musafir dan ketika menghadapi kesukaran dan kesulitan tertentu.

Monday, 30 November 2015

Kun Anta Muaddaban: Rasulullah ajar... Jadilah Orang yang Beradab ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

RASULULLAH AJAR...JADILAH ORANG BERADAB

Menghuraikan 31 ADAB seorang Muslim yang mudah dan praktikal. Dihuraikan berdasarkan al-Quran dan hadis dan pandangan ulama. Berbentuk isi-isi penting yang ringkas dan padat. Antara adab yang dimuatkan:
Cara tidur dan bagun yang betul mengikut sunnah.
Adab makan dan minum.
Adab berguru.
Adab dengan haiwan
Adab dengan tumbuhan
Adab dengan buku.
Adab menggunakan telefon.
Adab melancong.
Adab bersahabat... dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80