Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label motivate children. Show all posts
Showing posts with label motivate children. Show all posts

Thursday, 23 June 2022

Creativity is making mistakes & having fun


ANDA SEORANG YANG KREATIF JIKA ADA INI SEMUA 🎨🎳🎭🎸🀸

Jika anak anda buat perkara yang pelik, selalu kena marah, ceria, mungkin dia seorang yang kreatif. Mahu cuba pelbagai perkara. Jangan marah sangat. Perhatikan apa dia lakukan sesuatu hingga selesai. Anda pasti kagum dengan pencapaiannya. 

Tuesday, 11 February 2020

Bagaimana memotivasikan kanak-kanak membaca @ How to motivate children to read


Buku dan kanak-kanak perlu ada hubungan bagai irama dan lagu. Namun, kanak-kanak zaman ini lebih tertumpu pada gajet & data internet. Bagi mereka, buku bukan sesuatu yang menarik & best untuk dihadap. Ianya tidak interaktif & kelihatan hambar pada pandangan mereka.

Berdasarkan pada statistik yang diberikan oleh NOP World Culture Score Index, Malaysia tidak tersenarai dalam negara-negara yang suka membaca. Kita kalah pada negara-negara Asia lain seperti India, China, Thailand, Filipina, Hongkong, Taiwan dan Jepun. Kadar membaca kita dikategorikan sebagai kurang daripada 3 jam seminggu. Namun, sebaik Kuala Lumpur mula diangkat sebagai Kota Buku Dunia tahun 2020 ini oleh UNESCO, diharap, tabiat dan gaya membaca rakyat Malaysia dapat diubah menjadi lebih baik.

Buku-buku di Malaysia khasnya buku kanak-kanak diharap dapat direka, dicetak dan diwarnai dengan pelbagai kreativiti bagi menarik minat membaca semula. Di sini, kami senaraikan beberapa langkah menarik yang boleh digunapakai oleh semua untuk memotivasikan kanak-kanak agar suka membaca. Jadikan ia satu tabiat yang baik & mengujakan.

Read-aloud time with children - Pernah tonton filem US atau UK? Pernah perasan scene kanak-kanak yang hendak tidur dibacakan buku oleh ibu bapa mereka? Ya, ia salah satu tabiat yang bagus diterapkan oleh orang dewasa pada kanak-kanak. Mereka membaca buku tersebut dengan suara yang kuat & menarik. Kanak-kanak pula akan berasa seperti diberi perhatian.

Read a book that movies coming out - Carikan buku-buku yang bakal diadaptasi menjadi filem. Ia lebih menarik bila apa yang dibaca terlayar di depan mata. Antara contoh yang anda kenali seperti file The Hobbit, Dr. Seuss: The Lorax, Alice in Wonderland, Harry Potter dan Diary of a Wimpy Kid.