Buku dan kanak-kanak perlu ada hubungan bagai irama dan lagu. Namun, kanak-kanak zaman ini lebih tertumpu pada gajet & data internet. Bagi mereka, buku bukan sesuatu yang menarik & best untuk dihadap. Ianya tidak interaktif & kelihatan hambar pada pandangan mereka.
Berdasarkan pada statistik yang diberikan oleh NOP World Culture Score Index, Malaysia tidak tersenarai dalam negara-negara yang suka membaca. Kita kalah pada negara-negara Asia lain seperti India, China, Thailand, Filipina, Hongkong, Taiwan dan Jepun. Kadar membaca kita dikategorikan sebagai kurang daripada 3 jam seminggu. Namun, sebaik Kuala Lumpur mula diangkat sebagai Kota Buku Dunia tahun 2020 ini oleh UNESCO, diharap, tabiat dan gaya membaca rakyat Malaysia dapat diubah menjadi lebih baik.
Buku-buku di Malaysia khasnya buku kanak-kanak diharap dapat direka, dicetak dan diwarnai dengan pelbagai kreativiti bagi menarik minat membaca semula. Di sini, kami senaraikan beberapa langkah menarik yang boleh digunapakai oleh semua untuk memotivasikan kanak-kanak agar suka membaca. Jadikan ia satu tabiat yang baik & mengujakan.
Read-aloud time with children - Pernah tonton filem US atau UK? Pernah perasan scene kanak-kanak yang hendak tidur dibacakan buku oleh ibu bapa mereka? Ya, ia salah satu tabiat yang bagus diterapkan oleh orang dewasa pada kanak-kanak. Mereka membaca buku tersebut dengan suara yang kuat & menarik. Kanak-kanak pula akan berasa seperti diberi perhatian.
Read a book that movies coming out - Carikan buku-buku yang bakal diadaptasi menjadi filem. Ia lebih menarik bila apa yang dibaca terlayar di depan mata. Antara contoh yang anda kenali seperti file The Hobbit, Dr. Seuss: The Lorax, Alice in Wonderland, Harry Potter dan Diary of a Wimpy Kid.
Create cozy reading nook - Selalunya tempat yang menarik, bersih, ceria akan menarik minat bukan sahaja kita tetapi juga kanak-kanak. Untuk menggalakkan kanak-kanak membaca, 'satu sudut' yang ceria, bersih, selesa & menarik diperlukan. Jika anda Google, terdapat pelbagai jenis reading nook atau sudut bacaan direka untuk menggalakkan aktiviti membaca di rumah mahupun di sekolah.
Create fun activities relates to the book - Cipta satu permainan yang menarik berkaitan buku yang dibaca. Contohnya buku membuat kraf kertas. Anda boleh galakkan penyertaan kanak-kanak membuat kraf kertas seperti di dalam buku. Jika baca buku berkaitan melukis, boleh aje carikan pensel & kertas untuk mereka melukis apa yang diceritakan dalam buku.
Make up fun voice when read together - Jika anda pernah tonton cerita Sesame Street, anda akan perasan bagaimana orang dewasa menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Mereka menggunakan suara yang pelbagai untuk menaikkan mood pendengar yang mendengar mereka bercerita. Anda sebagai ibu bapa & guru boleh juga cuba cara ini.
Select funny or humor book - Pilihlah buku yang kelakar & tidak terlalu berat pembacaannya. Contohnya seperti buku Oh My Jep!, Lawak Budak Sekolah dan lain-lain.
Display fun cover book to entice children - Orang selalu kata, 'Don't judge a book by its cover'. Tetapi, untuk menarik minat kanak-kanak atau remaja, anda perlukan cover buku yang menarik untuk tarik minat mereka untuk membaca. Jadikan muka hadapan buku bagi golongan tertentu perlu 'boom', untuk tarik minat cinta pandang pertama.
Reading log for completed books as a motivator - Buatkan satu log atau senarai kosong untuk anak anda atau pelajar anda isi buku apa yang telah mereka baca. Dari situ kita akan lihat buku apa yang menarik minat mereka & tentunya ia menjadi penanda aras untuk anda membeli buku seterusnya.
Buy them comic books - Tak semua kanak-kanak suka membaca buku bertulis. Ada yang suka melihat gambar & sedikit tulisan. Jadi, buku yang sesuai untuk mereka adalah komik. Pastikan komik yang ada belikan untuk mereka bermanfaat & tidak terlalu pornografi grafiknya :)
Give reward if they finished reading - Semua orang sukakan ganjaran atau hadiah. So, cuba anda fikirkan sesuatu yang menarik untuk dihadiahkan sebaik anak atau pelajar anda selesai membaca buku. Lama-kelamaan ia akan membuatkan mereka akan terus membaca kerana tabiat.
Nice home library - Jadikan satu sudut di rumah anda tempat untuk meletakkan bahan bacaan. Dari dewasa hingga kanak-kanak. Kiranya perpustakaan kecil ini bakal menjadi ruang untuk anak-anak mencapai bahan bacaan untuk rujukan mahupun menambah ilmu.
Reading material based on children abilities - Bahan bacaan perlulah mengikut keupayaan kanak-kanak dalam membaca. Jika anak-anak berumur 3 tahun ke bawah, bolehlah belikan mereka soft buku dahulu. Apabila meningkat umur 4-6 tahun, boleh belikan mereka buku jenis kulit keras (hard cover) yang menarik agar tidak mudah cepat koyak.
Just read one or two pages a day - Tidak perlu tekan sangat bab membaca ni. Dapat satu ke dua mukasurat pun dah bagus untuk tambahkan ilmu & patah perkataan mereka pada hari itu.
Happy reading everyone