Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 12 July 2018

Mangsa ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Peristiwa hitam yang menimpa Iris telah mengubah segala-galanya. Rahsia yang disimpan rapi selama ini oleh neneknya, Seruni kini terbongkar. Kematian Rizal masih belum terjawab. Sepuluh tahun berlalu, Iris bertemu semula dengan mereka yang pernah muncul dalam hidupnya dan mempunyai kaitan dengan neneknya selama ini.

“Jadi, kau betul-betul terima semua yang ditinggalkan Atuk Indra?”

“Mestilah aku terima!” Usai berkata-kata Balqis terasa hembusan angin lembut di belakang lehernya.

“Kenapa? Ada rasa sesuatu ke?”

Pusaka ~ Ebriza Aminnudin

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Cahayakan pusaka kita, cu!

Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra?

“Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA

“Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK
“Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA

Wednesday, 4 July 2018

Setelah Terlafaznya Akad ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Syarah Basmalah ~ Sofwan Harizan

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mengandungi pencerahan yang menarik dan jarang diketahui tentang Basmalah. Bermula daripada makna Basmalah, faedah-faedahnya, hukumnya, dan keistimewaan-keistimewaannya. Disertakan juga pelbagai kisah menakjubkan tentang kelebihan Bismillahir Rahmanir Rahim.

Keajaiban 40 Selawat Pilihan ~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini:

- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal dan banyak lagi.

Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita ~ Prof. Dr. Hamid Arshat

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu.

Monday, 2 July 2018

Tafsir Mini Surah Al-Syams ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Menerangkan dengan lebih mendalam tentang surah al- Syams sehingga anak-anak boleh memahami dan mentadabbur setiap ayat.
Membantu ibu bapa dan para pendidik memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu dan mentadabbur kitab suci al-Quran.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dan memeudahkan pemahaman setiap ayat suci Al-Quran.

Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan kominikasi berkesan dengan anak-anak melalui penceritaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan sama ada di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak.

The Amazing Al-Quran ~ Dr. Ammar Fadzil

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Penghasilan buku ini mengupas tentang beberapa isu yang perlu diketahui oleh masyarakat yang berdamping dengan al-Quran sama ada secara langsung bagu Muslim atau secara tidak langsung bagi bukan Muslim. Hal ini demikian kerana al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh manusia. Interaksi seseorang dengan al-Quran menekankan tiga aspek utama; apakah itu al-Quran, pembacaan al-Quran dan pemahaman al-Quran.

Membumikan Syariah ~ Mohd Daud Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Syariah bukan hanya soal hukum halal dan haram, dosa dan pahala atau itu boleh dan ini tidak boleh. Akan tetapi, syariah ialah solusi pratikal yang mesti diambil faedah dan manfaatnya secara berterusan. Ia melangkaui bidang kewangan, perubatan, pengurusan aset, kemasyarakatan, politik, rakyat, undang-undang, kebajikan dan sebagainya.

Kita mesti melihat syariah bergerak dan memainkan peranan penting yang berkesan ke arah hasil yang positif dan berimpak tinggi untuk semua pihak.

Surah Al-Kahfi Dengan Panduan Wakaf & Ibtida' Kaifiat & Terjemahan ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM4.00 > RM3.50
Surah al-Kafhi adalah surah ke-18 di dalam al-Quran, juzuk yang ke-15, yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 110 ayat. Oleh sebab diturunkan di Mekah, maka kebanyakkan isi kandungannya menerangkan tentang KEBENARAN al-Quran, menegaskan dasar tauhid kepada Allah dan iman, menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi dan menekankan konsep amal soleh serta kesannya kepada individu dan keluarganya.

Konsep RAHMAT Allah mendominasi seluruh serita yang diperkenalkan dalam surah ini. Cerita pertama ialah mengenai “Ashabul Kahfi”, dengan pendekatannya adalah ke arah keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Cerita yang kedua melibatkan sebuah kebun dan dua orang individu; seorang daripadanya beriman dengan Allah dan seorang lagi tidak beriman. Cerita ketiga pula mengisahkan Nabi Musa dengan seorang individu soleh daripada kalangan wali Allah, yang ditemui di pinggir laut dan perjalanan mereka itu dikaitkan dengan iman kepda Allah. Cerita terakhir yang dibentangkan dalam surah ini ialah mengenai perjalanan Zulqarnain dan penaklukan empayarnya di timur dan barat. Kesemua cerita ini mengundang penelitian kita kepada amal soleh dan iman pada Allah serta rahmat-nya.