NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 12 November 2010

Penjara Rindu ~ Nia Arissa

Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelemat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Dosa Semalam ~ Adilla Tasha

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.

Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahiran tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff muncul tiba-tiba semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggampai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 2 November 2010

3 Campur 1 = Satu ~ Ana Farhana

"Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat." ~ Hakimi


I

ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.

"Menjerit sampai nak cair taik telinga aku," rungut Along.

"Oit! Kau orang ingat benda senang ke?" Susahhh!" omel Khairina.

"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?" Mata angah membuntang.


II

"Nah ni gambar adik kami!"

Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!

"Oit! Tenung lama-lama nampak," Acik berdeham kecil.

Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.

"Cantik adik kau orang ni, adik betul ke adik angkat?" soal Hakimi.


III

Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam naj terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

ANA FARHANA menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranya grup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...