NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, 27 February 2011

Seandainya ~ Rys Areesa

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.



Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki.


*****


(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Monday, 21 February 2011

Dia & Dia ~ Bunick Firdaus


“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

* * *

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya! 

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.20

Saturday, 19 February 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu ~ Siti Rosmizah

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api  kebenciaan terhadap dirinya. 


Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


*****


(SEM) RM26.90 - RM23.70
(S/S) RM29.90 - RM26.30

Thursday, 10 February 2011

Rindu Di Awan Biru ~ Meen Zulaikha

JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercina buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?



*****


(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.10

Doktor Cinta ~ Dyadila

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.



*****


(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Aku Yang Kau Tinggalkan ~ Alina Haizar

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit. 

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.  

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.



*****


(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...