NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 29 September 2011

Biarkan Ia Berlalu ~ Sha Ibrahim

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….



*****


(SEM) RM37. 00 - RM32.60
(S/S) RM40.00 - RM35.20

Monday, 19 September 2011

Percuma!!! Penanda Buku Bersadur Perak

PERCUMA !!! PENANDA BUKU BERSADUR PERAK DENGAN PELBAGAI UKIRAN EDISI TERHAD


Sempena sambutan Hari Malaysia, kami ingin memberikan anda penanda buku bersadur perak dengan pelbagai jenis ukiran menarik SECARA PERCUMA!!!


Mudah saja, anda hanya perlu membuat pembelian minimum 4 buah buku. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan Jemari Seni + 1 @ lebih buku dari penerbit lain ATAU
2. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan NB Kara + 1 @lebih buku dari penerbit lain ATAU
3. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan Jemari Seni + 1 buah buku terbitan NB Kara ATAU
4. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 2 buah buku terbitan Jemari Seni @ NB Kara

Promosi ini bermula dari 16 September -25 September 2011. Setiap belian, hanya mendapat sebuah penanda buku sahaja.


STOK ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

Monday, 12 September 2011

Ekspo Buku Islam di KL Sentral...


Dapatkan buku-buku Islamik dari Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Mustread & MMP Communications. Ekspo akan berlangsung di Stesen Sentral KL @ KL Sentral pada 26/10/2011-1/11/2011.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh disertai dan dapatkan juga potongan hingga 50% bagi harga buku-buku terpilih.

Sunday, 11 September 2011

Keimanan Cinta ~ Munie Asra

“Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.”
Mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada Allah. Alan beristighfar, moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-Nya.

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati.
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama, menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya?

Sedikit petikan bab:

Alan tidak dapat menumpukan perhatian pada bacaan. Kata-kata datuknya masih terngiang-ngiang di telinganya. Nampaknya datuknya serius kali ini. Datuknya benar-benar ingin melihat dia berkahwin.
“Granpa, she’s a Muslim. I can’t marry her.”
“You embrace Islam. Then, you will be a Muslim too.”
“What? Are you crazy?”Alan terkejut dengan kata-kata datuknya. Dia tidak sangka begitu mudah datuknya membuat kesimpulan – menyuruhnya memeluk Islam. Bukankah dulu datuknya sendiri yang selalu merendah-rendahkan Islam? Bukankah datuknya yang mengata Islam adalah agama yang ketinggalan zaman dan agama ekstrim?
“Granpa, I don’t believe in God.” Alan mengingatkan datuknya. Dia tidak percaya adanya Tuhan. “Do you think God really exist?”
“Marry her, then you will find the answer,” jawab Tan Sri Koh.
“If I refuse?” Alan menguji kesungguhan datuknya.
“Remember, I’m still alive. I can take back the company and donate all the asset to charity. I’m old already,” ugut Tan Sri Koh.
Nampaknya datuknya serius sekali. Alan tahu kalau datuknya sudah membuat keputusan, sukar bagi sesiapa pun untuk mengubahnya.
“Let me see her first.”Alan beralah.
Tan Sri Koh senyum.
“You will never regret, grandson,” Tan Sri Koh menepuk belakang Alan sambil menyanyi-nyanyi kecil. Cepat pula dia berubah apabila Alan menyatakan persetujuan untuk menemui Fazura. Ternyata gadis itu seorang yang penting bagi datuknya.
“I hope so,” dengus Alan sambil berlalu pergi.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Tuesday, 6 September 2011

Aku Bukan Mistress ~ Acik Lana

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Kuseru Rindu Itu ~ Hanni Ramsul

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?


*****


(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...