ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 20 October 2011

Ekspo Buku Islam & Festival Buku Kanak2



Salam semua...
Dapatkan pelbagai buku-buku Islamik dari pelbagai terbitan di Ekspo Buku Islam yang akan berlangsung di KL Sentral pada 26 Oktober - 1 November 2011. Ekspo bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti kuiz, pertandingan mewarna untuk kanak2, pelancaran buku baru, sesi bersama penulis & yg paling penting sekali DISKAUN 50% utk buku2 terpilih...


Anda juga dijemput hadir ke Festival Buku Kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Kuala Lumpur (berhampiran Dataran Merdeka). Festival berlangsung dari 27 Oktober - 2 November 2011. Festival bermula dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung adalah sesi bercerita & pertandingan bercerita, demostrasi origami, pameran buku, sesi bersama penulis dan pelbagai lagi. 

Monday, 17 October 2011

Awak Suka Saya Tak? ~ Melur Jelita

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

***** 

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Thursday, 13 October 2011

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia ~ Umar M. Noor

Buku ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. 

Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Takwil Hadis ~ Umar M. Noor

Dewasa ini, umat Islam sedang mengalami kesedaran untuk merujuk kepada hadis dalam pelbagai perkara. Fenomena ini amat ketara dalam beberapa siri ceramah agama bukan sahaja di radio dan di televisyen, bahkan dalam artikel laman blog dan buku-buku yang dicetak secara meluas. Senario ini tentu sahaja positif dan selari dengan anjuran Islam agar terpelihara kemurnian sumber akidah dan syariah kita. 

Namun begitu, perkara ini masih belum diiringi dengan kesedaran untuk menerapkan metode (cara) pentafsiran isi hadis yang tepat sebagaimana manhaj ulama. Akibatnya, berbagai-bagai fatwa pelik yang kita dengar. Kemunculan puak sesat yang mengajarkan doktrin menyimpang daripada kefahaman jumhur ulama menggunakan nama hadis dan sunah makin membimbangkan masyarakat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Menyingkap Kehebatan Nama-nama Allah ~ Wahid Haniff dan Azrul Ismail

Buku ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Ia padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT. 

Buku ini juga bukan sahaja mampu menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT bahkan menjadi pedoman hidup agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Thursday, 6 October 2011

Rindu Tanpa Kata ~ Ain Marissa

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walauun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?
Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."
Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya, hanya dia cinta pertamanya.

"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan merubah takdir.

*****

(SEM) RM22.90 - RM20.10
(S/S) RM25.90 - RM22.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...