NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 24 November 2011

Jom sertai kempen "Sayang NAk Buku"


Salam sejahtera kepada pengunjung blog semua.

Kali ini, satu kempen kemasyarakatan sedang dijalankan oleh pihak Jemari Seni dan JS Adiwarna. Program 'Sayang Nak Buku' ini bertujuan untuk menyumbangkan buku kepada perpustakaan @ kutubkhanah sekolah-sekolah yang 'masih lompong'.

Objektif kempen ini adalah:

  1. Membantu menambah jumlah buku untuk kutubkhanah sekolah-sekolah yang memerlukan;
  2. Menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat Malaysia;
  3. Menyalurkan buku-buku bermutu tetapi tidak diperlukan lagi di rumah ke saluran yang betul;
  4. Membantu menyelesaikan masalah kekurangan buku bagi sekolah-sekolah yang tercicir mendapat peruntukan untuk kutubkhanah,
  5. Meningkatkan minat membaca kanak-kanak dengan menyediakan buku yang bermutu dan pelbagai variasi untuk mereka.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan kempen ini dan juga jika saudara-saudari berminat, bolehlah menghubungi pihak JS Adiwarna di talian 03-89260142 atau emelkan kepada hadiahbuku.warna@gmail.com. Anda juga boleh layari www.jsadiwarna.com untuk info-info lain.

Terima kasih.

Booksville Ent.

Sunday, 20 November 2011

DISKAUN 15% UNTUK BUKU KANAK-KANAK & REMAJA

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI...

Sempena cuti sekolah kali ini, kami di Belidiskaun menawarkan diskaun istimewa kepada semua.
Sebarang belian buku kanak-kanak & remaja diberi potongan diskaun sebanyak 15%. Antara buku-buku yang boleh dibeli adalah dari terbitan Karangkraf (Alaf21 & Buku Prima), JS Adiwarna, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru, NB Kara dan Fajar Pakeer. Promosi bermula dari 21 November sehingga 31 Disember 2011.

Jumlah belian yang mencecah RM40 akan mendapat goodies menarik dari Belidiskaun. Jadi, jom jadikan budaya membaca aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah...


p/s: Senarai nama buku atau novel kanak-kanak & remaja boleh dilihat di link nama-nama penerbit di atas.

Marilah membantu mereka


Salam pada anda semua yang melayari blog ini.

Di sini saya ingin mengajak atau mempelawa anda semua untuk bersama meringankan beban anak-anak yatim & miskin di TERATAK RAHMAT, Mata Ayer, Perlis. Program bantuan ini dijayakan oleh Grup Ukhwah yang turut dinaungi oleh penulis prolifik, Puan Norhayati Berahim.

Bantuan dari segi kewangan amat diperlukan bagi mereka untuk menampung kehidupan dan persekolahan anak-anak ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, saudara/saudari semua boleh menghantar emel ke nbkara@yahoo.com atau langkuit_mn@yahoo.com. Ataupun boleh hubungi terus pihak NB Kara Sdn Bhd di talian 03-8736 4025 atau pergi Facebook mereka.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)

Keprihatinan anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Booksville Ent.

Friday, 18 November 2011

Suami Yang Kubenci ~ E-Man Sufi

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?

***** 

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Thursday, 17 November 2011

Dia Yang Kusayang ~ Diya Elora

Di saat aku menyayangimu, gelora keikhlasan cintamu teruja, menjengah keyakinanku, sehingga mengeladakkan arus cinta dan mengucar-ngacirkan benting kesetiaan. Malah, kebencian umpama tombak, menghunus jantungku sehingga berkecai, meranapkan panji-panji cinta yang megah berkibar di puncak kasih. Leburlah sebuah janji yang kita ukir bersama.

Kubiar cintaku direnggu demi maruah diri. Kuketepikan sayang demi kebencian. Kurela melihat kau senyum pada orang lain...

Namun, setiap detik kenangan manis kita menjadi perisai, mampu mengatup kelopak mataku, malah menumpulkan tombak kebencian yang begitu tajam. Biar bibirku membilang benci, namun hatiku tetap memanggil nama mu ... sehingga meruntuhkan tembok rasa.

Di saat cinta menyatu semula, kasihmu terbahagi dua. Kepada dia yang menjadi dian di saat kejerihanmu. Dan aku pula ... bagai orang ketiga. Demi itu, biarlah kusimpan rindu ini ...

*****

(SEM) RM42.70 - RM37.60
(S/S) RM45.70 - RM40.20

Terpenjara di Kamar Sutera ~ Kamsiah Abu

Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.

Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.

“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.

Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?

Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira?

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Bukan Terlarang ~ Nur Hazma

Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.

Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina.

Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan untuk diri dan maruahnya sebagai wanita.

Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Menggamit Syurga Firdaus ~ Kamsiah Abu

Natasha dan Zamir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. Malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kasih yang membunga terlerai diragut tragedi hiba. Natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebarang cinta lain. Baginya, Zamir tiada taranya. Cinta Zamir terlalu agung sehingga tiada siapa yang mampu menandingi. 

Tetapi, haruskah dia menyisihkan setiap cinta yang hadir? Natasha bertambah keliru apabila jodohnya dengan Firdaus - lelaki yang tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lagi Natasha menolaknya.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Sesegar Nailofar ~ Zaid Akhtar

Menjadi siswa menuntut upaya ilmu. Upaya kepimpinan. Upaya iltizam, intelek, sabar cekal kental. Iqbal siswa tahun akhir, merenangi laut duga di bumi Isra' bersarna sekalian rafik-Syahid penuh wibawa, Hamizan si tukang masak, Widya si teguh prinsip, Nur Hazwani penyokong yang lembut, dan Icha yang memahami, serta Aiman pejuang Palestin yang sentiasa diburu ancaman.

Sibuk mendepani imtihan, dipasung rindu resah kepada Salsabila yang jauh, disakat oleh pengagum yang tak pernah alah mengacah lewat selindung e-mel, Iqbal ditahan, disoal siasat atas nama jihad.

Sesegar kuntuman nailofar diapung air, Iqbal tidak pernah layu oleh gelombang ganas walau atma jadi taruhan.

*****

(SEM) RM14.70 - RM12.90
(S/S) RM17.70 - RM15.60

Monday, 14 November 2011

Merahnya Ceri ~ Zulina

Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!

Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.

Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?

***** 

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Sunday, 13 November 2011

Noorah ~ Ummu Hani Abu Hassan

NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire.
Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya ‘dahsyat’ dan ‘teruk’. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. 

Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...