NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 30 April 2012

Mampu Mencintaimu ~ Auni Amauni

Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Selepas selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

KEA ~ Arasharrina

“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”

“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”

"Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”

“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”

“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!

“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.

Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.

“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

*****

(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Saturday, 28 April 2012

Cahaya Qaseh ~ Kathy Tuah

“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Teduhan Kasih ~ Marissa

“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

*****

(SEM) RM 22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Friday, 27 April 2012

Suami Aku Ustaz ~ Hannah Dhaniyah

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Terlerai Kasih ~ Rehan Makhtar

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah

“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri

“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.

- Wafiah

“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Thursday, 26 April 2012

Cerita Cinta Kita ~ Shazie Kamaruzaman

Humayra, gadis biasa yang tanpa sedar dapat mengubah sikap yang dulu begitu teguh dalam diri Hasif Harraz. Gadis yang memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hasif Harraz. Gadis yang seboleh mungkin mahu meletakkan dirinya di hati Hasif Harraz. Tapi, siapa dia mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.

Dendam lama dan harta, dua sebab utama Hasif Harraz bersetuju menerima Humayra sebagai isteri. Jika diturutkan rasa hati, wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya. Namun, sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah. Dia mula menyayangi Humayra.

“Demi Allah, abang cintakan Mayra!”

Andai dua mata saling bertatapan, dua hati saling menyimpan rasa, mana mungkin rasa sayang itu tiada. Kasih disulam, cinta disemai. Namun, saat kebahagian mula dikecapi, satu rahsia terbongkar. Hati Humayra terluka. Kemaafan buat Hasif Harraz bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.

“Sayang awak dah tak ada maknanya pada saya!”

Apakah rahsia yang terbongkar itu? Siapa Ridwan dan Camelia dalam hidup Humayra dan Hasif Harraz? Mampukah Humayra menghulurkan kemaafan kepada Hasif Harraz? Apakah Hasif Harraz akan berusaha menambat kembali hati si isteri yang sememangnya telah lama bertakhta di hati? Adakah cerita cinta Humayra dan Hasif Harraz yang baru bermula, akan terkubur begitu saja?

*****

(SEM) RM22.00- RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Thursday, 12 April 2012

Aksesori Hadiah Buat Tersayang...


Salam pengunjung semua,

Di sini kami ingin maklumkan kepada anda bahawa kami telah mula menawarkan satu lagi perkhidmatan istimewa.
Jika saudara/ri pengunjung semua ingin menghadiahkan buku atau novel kepada rakan, ahli keluarga, kekasih atau secret admire, kami turut menyediakan beberapa perkhidmatan istemewa menurut keinginan anda iaitu:
  1. Menyelitkan ungkapan kata-kata ucapan anda di atas kertas yang di'print' & dipotong cantik. (RM0.80)
  2. Merebenkan buku-buku yang ingin dihadiahkan. (RM1.00)
  3. Menyelitkan kad ucapan kecil / besar yang dimahukan oleh anda kepada mereka (Happy Birthday, I Love You, Wedding Wishes, Best Wishes dan lain-lain). (Harga adalah berdasarkan saiz dan keunikan kad. Dalam lingkungan harga RM1.50 - RM4.50).
  4. Membalut buku dengan kertas pembalut yang menarik serta direbenkan. Kad ucapan turut diselitkan di dalam bungkusan. (Harga adalah berdasarkan jenis kertas pembalut, saiz kad & reben. Dalam lingkungan harga RM7.50 – RM10.00).
Semua perkhidmatan ini adalah berbeza mengikut harga dan kehendak saudara/ri kecuali perkhidmatan no. 1 dan 2.
  • Adalah amat penting saudara/ri dapat memberikan nama penuh, alamat & no. telefon penerima dengan tepat. Ini bagi mengelakkan hadiah yang diberi tidak diterima. 
  • Tempahan perlulah dibuat 2 minggu sebelum tarikh penghantaran yang diminta saudara/ri. Ini bagi memastikan stok buku yang dikehendaki dapat diperolehi oleh kami dari pihak pengedar. 
  • Bayaran perlu dibuat 2 hari selepas tempahan dibuat. Jika stok buku tidak ada dengan pengedar atau sedang di’reprint’, kami akan memaklumkan saudara/ri sama ada buku hendak ditukar atau duit perlu dipulangkan kembali. Jika tiada pembayaran dibuat dalam masa 2 hari, kami beranggapan anda tidak berminat.
Terima kasih & Ceria selalu...

Booksville Ent.

Thursday, 5 April 2012

Mr Right Buat Ann ~ Ruby Hazri

“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.”

Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.

Calon-calonnya ialah:
Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.
Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.

Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, 
sehingga kamu kehilangannya.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Seadanya Kamu ~ Iman Xara

Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu.

Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.

Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.

Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.

Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Duka Bersulan Rindu ~ Ameera Ameer

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan. Namun ikatan yang dibina hanya mampu bertahan selama 5 bulan apabila dipisahkan kerana keegoan Tan Sri Ariffin. Namun kerana cinta yang masih mendalam dan demi satu ikatan Mohd Idzhar Hakimi terus memburu cinta Arissa Saffiya walau apa pun halangannya.

*****

(SEM) RM22.90 - RM20.20
(S/S) RM25.90 - RM22.80

Cinta Gila ~ Dya Vanilla

Nurislam, sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta sonsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata.Itulah dunianya.

Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat,musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

*****

(SEM) RM24.90 - RM21.90
(S/S) RM27.90 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...