ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 28 November 2012

Bukan Sekadar Teman Mesra ~ Ezra Azad

Cinta adalah anugerah Allah apabila dijaga dengan sempurna

Sudah 15 tahun Ezryna dan Ezhar berkawan baik. Ezhar umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori Ezryna. Tanpa Ezhar, Ezryna rasa hidupnya sunyi sepi.

Aku tak nak ada orang lain yang boleh ambil tempat aku sebagai kawan kau. ~ Ezryna

Tempat kau tu hanya untuk kau sorang aje. Kau member baik aku sampai bila-bila. ~ Ezhar

Suatu hari, Ezhar tergamak menengking Ezryna kerana seorang perempuan lain. Buat pertama kali, mereka bergaduh besar!

Ezryna kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Ezhar. Ezhar pula baru sedar perasaannya terhadap Ezryna setelah ketiadaan gadis itu di sisi. Namun, belum sempat dia meluahkan rasa, Ezryna mengkhabarkan tentang berita pertunangannya. Hati Ezhar hancur berkecai.

Tanpa diduga, suatu peristiwa yang tidak tersangka mengubah hidup Ezryna 180 darjah telah terjadi! Mampukah Ezryna menerima kembali ‘bukan sekadar teman mesranya’ itu?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Bougainvillea ~ Packy Sidique

Terbelenggu dek kenangan silam membuatkan Hakimi menutup pintu hatinya. Tak dibenarkan sesiapapun membukanya. Dirinya masih mencari Nina, cinta hatinya yang hilang tak bertanda. Bertahun dia mencari, namun jawapan yang dicari tetap tak ditemui. Suatu hari dia bertembung dengan seseorang. Gadis itu mirip sekali dengan Nina.

Deena, gadis yang sentiasa riang dan lincah. Hidupnya berubah setelah dia dan keluarganya berpindah ke Rumah Bougainvillea. Kedatangannya disambut dengan bisikan lembut di telinga. Tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya?

Akhirnya Deena bertemu dengan Hakimi. Dia yakin Hakimi ada jawapan untuk semua itu. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku. Kebetulan demi kebetulan berlaku. Rahsia yang terpendam sekian lama, sedikit demi sedikit timbul. Namun, terbukanya rahsia, bermakna terdedahlah mereka dengan bahaya. Bougainvillea... di situ segalanya bermula.

dekat dengan aku, walaupun tak tercapai dek tangan

*****

(SEM) RM22.00 -  RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Saturday, 24 November 2012

Epik Cinta Dari Agia ~ Pingu Toha

Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas dua belas tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarah yang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus. Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri.

Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukannya untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama. Untuk Ophir.

Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal hitam berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, ke Ophir. Demi Orkal.

Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday, 21 November 2012

The Wedding Breaker ~ Evelyn Rose

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Tuesday, 20 November 2012

Dan Sepi Pun Berlalu ~ Fauziah Ashari

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…

Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq
FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.
FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.
‘Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.
Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa…

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Monday, 19 November 2012

Antologi Jiwa Kacau ~ Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lyn Dayana, Dhiya Zafira, Salina Salleh

Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.

Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.

Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Monday, 12 November 2012

Tolong Pikat Hatinya ~ Izza Aripin

Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka.

Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya?

Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Thursday, 8 November 2012

Sayang Awak, Sayang ~ Murni Aqila

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Amir Minah Macho ~ Ummu Wafa

SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.

Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Bila Kupetik Gitar ~ Fahmi Faiz

Demi mencari jiwa dan inspirasi, seorang ahli muzik muda membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan menjelajah ke Tanah Besar Asia Tenggara yang merangkumi negara Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos seorang diri.

Berbekalkan wang tunai sebanyak RM500 sahaja dan beberapa kelengkapan pengembaraan yang asas, Fahmi Faiz nekad untuk menghabiskan misi kembaranya hingga ke garisan penamat meskipun ramai yang mengatakan bahawa misi tersebut mustahil kerana persediaan yang kurang rapi serta sumber kewangan yang begitu terhad. Dalam memasti kan pengembaraannya berjalan lancar, Fahmi terpaksa mencari jalan untuk mencari wang saku di negara asing serta senti asa memilih alternati f yang paling murah meskipun dihimpit kesusahan dan keti dakselesaan. Namun dalam segala kesulitan yang dihadapi, senti asa ada kemanisan dalam setiap pengalaman yang dilalui.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Asam Pedas Untuk Dia ~ Nureen Mirza

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Wednesday, 7 November 2012

Ensiklopedia Makkah Untuk Anak-Anak ~ Ummu Ammar

Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain.” Rasulullah SAW sangat mencintai kota Makkah ini. Jika ingin menjadi hamba Allah yang dicintai Allah, sewajarnya kita mencintai apa yang Rasulullah SAW cintai dan membenci apa yang Rasulullah SAW benci.

Kenapa Rasulullah SAW sangat mencintai kota ini? Mesti ada keistimewaannya. Tetapi apakah keistimewaannya? Adakah hanya daripada sumber al-Quran dan hadis sahaja yang menceritakan keistimewaan Makkah? Atau ada lagikah bukti-bukti dari sumber yang lain? Bagaimana pula sejarahnya? Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kota ini yang mesti kita ketahui. Semestinya insya-Allah banyak lagi maklumat yang berkaitan tentang kota suci ini dalam Ensiklopedia Makkah untuk Anak-anak. Semoga usaha yang sedikit dan murni ini akan memberi jawapan yang padu kepada anak-anak dan pembaca sekalian. Semoga buku ini bermanfaat kepada anak-anak dan para pembaca sekalian. Selamat membaca dan menghayatinya.

*****

(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

60 Tip Mengembara: Persediaan Sebelum Musafir ~ Wan Hassan Wan Ismail

Al-Quran al-Karim telah mengajar kita bahawa pencarian kebenaran harus dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu. Justeru, dalam usaha mengembalikan kembali penghayatan Islam bagi setiap aspek kehidupan manusia, Telaga Biru Sdn. Bhd. berusaha untuk menerbitkan “60 Tip Mengembara” hasil usaha penulis berpengalaman, Wan Hassan Wan Ismail.

Buku ini amat istimewa kerana sarat dengan panduan dan tip yang berguna bagi seorang yang mengembara. Membimbing pengembara cara menjadi pengembara Muslim yang sebenar. Padat dengan teknikal yang remeh tetapi penting untuk membantu anda bermusafir dan dipenuhi dengan info dan maklumat tambahan daripada al-Quran dan hadis.

*****

(SEM & S/S) RM15.00 - RM13.20

Kotak Bentuk Hati ~ Nabilah Nur

Syifa' tidak tahu apa salahnya dibenci oleh ibunya sendiri. Kasih sayangnya pada si ibu tidak pernah berbelah bahagi. Hatinya yang sudah sedia luka jatuh berderai apabila mendapat tahu teman lelakinya, Megat Nizar telah merisik kakaknya, Syazreen. Bukannya dia!

Lalu, dia membawa hati untuk tinggal berasingan dengan keluarganya dan menyewa sebuah rumah dengan pertolongan Diyana, sahabat baiknya.

Syahid. Nama lelaki itu tiba-tiba sahaja hadir dalam hidup Syifa'. Siapakah dia? Pertemuan pertama mereka di Langkawi telah membawa ke pertemuan-pertemuan yang seterusnya secara kebetulan. Adakah ini dinamakan jodoh, Syifa'? Aduhai... dia sendiri pun tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu pun.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Ossieanna ~ Sayidah Mu'izzah

Suri, Lisa, Hafy, Amzar dan Alya berada di Pulau Suri atas arahan Biru, anak orang asli di pulau itu. Kononnya Profesor Noh dan Pakcik Mo telah mati semasa bencana di Pulau Suri. Mereka tidak percaya lalu berusaha mencari dua orang lelaki itu. Tanpa disangka-sangka, mereka berenam telah terjatuh dalam sebuah lohong lalu berada di kota lautan, Ossieanna yang sangat indah.

Profesor Noh dan Pakcik Mo dipercayai telah ditawan oleh Volga, bekas penduduk Ossieanna yang memberontak akibat perbuatan durjana manusia di daratan atau digelar sebagai Manuda.

Di Ossieanna, Suri mendapati dirinya dipanggil sebagai myla yang bermaksud ‘puteri’ dalam bahasa Ossieanna. Dia menjadi hairan, namun satu per satu rahsia tentang Suri terbongkar setelah ingatannya dipulihkan oleh Permaisuri Ossieanna.

Volga yang telah lama menyimpan dendam pada Manuda berjaya menculik Suri. Tujuannya hanya satu, untuk mempengaruhi Suri untuk menentang Ossieanna. Di tempat Volga, Suri bertemu pula dengan Marin, tukang masak Volga. Dialah orang yang paling dicari-cari oleh Suri. Siapakah Marin?

Ikuti perjalanan luar biasa Suri, Biru, Lisa, Hafy, Amzar dan Alya meneroka dunia lautan Ossieanna yang sangat indah. Ossieanna: sebuah kisah dua dunia yang mengasyikkan.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Friday, 2 November 2012

Cahaya Cinta ~ Izra Noh

Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usia tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bos yang berperangai seperti papanya hadir dalam hidup. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci terhadap Haziq dan tambah tertekan apabila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Suatu hari...Ellynna terkedu apabila berhadapan dengan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya...

"Adik akan ikut cakap papa?"
"Tidak!" tegas jawapan Ellynna.
Zumm...

"Argh!!!" Ellynna menjerit apabila dengan kejam papa menyimbah air panas ke mukanya. Namun, jeritan itu tersekat di kerongkong apabila air yang dicurah itu adalah air sejuk!

"Itu baru air sejuk." Kamal tersenyum sambil menjeling cerek di tangannya. Kini, Ellynna tahu air di dalam cerek itu memang air panas!

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...