ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 25 December 2012

Seindah Hujan Cinta ~ Qash Shazwani

“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”

Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.

“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”

“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”

“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”

“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”

“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”

“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”

“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.

Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Saturday, 22 December 2012

Izinkan Kumiliki Hatimu ~ Ameera Ameer

Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Apa pun yang terjadi, dia tidak rela melihat Irina bahagia lebih-lebih lagi dengan lelaki sebaik Zairil.

“Rina, aku pernah beritahu kau kan, lelaki seperti Zairil tak pernah ada tempat di dalam hati aku. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kau dapat lelaki yang baik seperti Zairil. Aku nak lelaki seperti Ferdy yang menjadi suami kau sebab aku nak tengok kau menderita seumur hidup!”

Di kala bahagia mula menunjukkan sinarnya, tiba-tiba derita datang menjengah tanpa di pinta. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada.

“Kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat melihat senyuman itu maka dia akan lakukan apa saja untuk melihat bibir itu untuk terus tersenyum... kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat mendengar tawa dari bibir lelaki itu… maka dia akan bercerita apa saja supaya bibir itu akan terus tertawa… biarlah senyum dan tawa itu tersimpan kemas dalam ingatannya…”

Pemergian Irina secara tiba-tiba membuatkan hati Zairil terpalit seribu kedukaan. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya..

“Macam mana aku nak bahagia Riz kalau orang yang mampu memberi kebahagiaan kepada aku sudah pergi jauh meninggalkan aku.”

Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti.

*****

(SEM ) RM28.90 - RM25.40
(S/S) RM31.90 - RM28.10

Friday, 14 December 2012

Manisnya Persaudaraan Dalam Islam ~ Muhammad Zuhaili Izzati Farhana

Keteguhan ikatan persaudaraan sesama umat Islam amat dititikberatkan dalam usaha mewujudkan kesatuan umat Islam yang kukuh. Malah, persaudaraan yang dijalinkan atas dasar akidah adalah lebih kuat memandangkan umat Islam berpegang kepada dasar yang satu iaitu Islam. Buku ini memaparkan kisah-kisah teladan, syarat-syarat serta hak-hak persaudaraan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pembaca mengenai hebatnya persaudaraan yang dituntut dalam Islam. 

Buku ini menerangkan konsep dan dasar akidah Islam secara mudah dan ringan. Disertai kisah-kisah teladan yang memberi inspirasi dan mendidik jiwa. Memberi panduan dan tip menghayati ukhuwah yang sebenar. Dipersembahkan secara ringkas, padat dan santai serta dihiasi dengan lakaran yang berkaitan.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Al-Hayah: Kamus Istilah Muamalat ~ Mohd Soberi Awang

Dinamakan dengan ‘al-Hayah’ yang bermaksud kehidupan, selari dengan persoalan muamalat yang merupakan persoalan kehidupan. Mengadunkan istilah-istilah muamalat yang digunakan oleh ulama-ulama Islam klasik dan juga kontemporari. Menyediakan jadual kadar timbangan, sukatan, ukuran jarak dan luas yang pernah diguna pakai pada masa silam. Terdapat juga istilah-istilah muamalat yang diguna pakai dalam al-Quran dan as-Sunnah bagi memudahkan para pengguna.

*****

(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Faridah Al-Fara'id ~ Ahmad Muhammad Zain

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad yang tidak bercampur dengan syak dan keraguan. Mudahnya akidah Islam bermakna kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT sebagai Rabb dan Illah secara pasti dan tanpa keraguan. Oleh sebab membina akidah itu wajib, maka para ulama Islam menyatakan bahawa mempelajari ilmu yang berkaitan akidah itu adalah fardhu ain dan wajib ke atas semua mukalaf. 

Kitab Faridah al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id yang berada di tangan anda ini adalah antara bahan ilmiah yang ideal dalam memberikan kefahaman ilmu akidah yang mantap. Hal ini kerana buku ini membahaskan perbahasan tauhid asas secara mudah. Disertakan dengan huraian ringkas menggunakan bahasa Melayu moden di samping mengekalkan ciri-ciri tulisan Jawi daripada teks asal. Buku ini padat dengan penerangan pada ruangan nota kaki yang membantu kefahaman.

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Tuesday, 11 December 2012

Dia Tak Tanya ~ Aleya Aneesa

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang la
in hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Aku Bercerita ~ Ramlee Awang Murshid

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunak
an komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...