ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 30 March 2013

Formula Solat Sempurna Edisi Ekspres ~ Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Buku “FORMULA SOLAT SEMPURNA EDISI EKSPRES” ini merupakan ringkasan dari buku “Formula Solat Sempurna ” dengan menggunakan pendekatan yang lebih mudah, ringkas dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa. 

Milikilah buku ini untuk dijadikan teman perjalanan anda. Hadiahkanlah kepada rakan dan keluarga anda atau hadiah di hari istimewa anda agar buku ini mampu menjadi panduan solat yang ekspres!

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30

Jom Cari Kerja! ~ Hj. Azmi Hj. Abu Bakar

Semua perkongsian dalam buku ini sama pentingnya sama ada dari peringkat awal penyediaan resume sehinggalah pengetahuan tentang hak anda sebagai pekerja selepas diterima bekerja di mana-mana organisasi. Anda disarankan supaya membaca buku ini sekurang-kurangnya tiga kali khususnya mengenai contoh-contoh soalan temuduga agar anda berupaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh keyakinan dan sebaik mungkin. Cuba latih soalan-soalan tersebut dengan beberapa orang rakan seolah-olah anda membuat latihan lakonan dan rakan anda menjadi penemuduga manakala anda cuba menjawabnya.


Buku ini lengkap dengan info yang padat dan terkini tentang proses mendapatkan pekerjaan secara teratur, lakaran dan gambar rajah serta contoh-contoh yang relevan, bahasa yang santai, perkongsian pengalaman industri dan organisasi yang praktikal serta percaturan teknik NLP.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Mengenali Imam Asy-Syafi'i ~ Umar Muhammad Noor

Buku Mengenali Imam asy-Syafi Syafi‘i, Seorang Pejuang Sunnah ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu, kisah Imam Syafi‘sejak beliau dilahirkan lalu membesar dalam dunia keilmuan hingga diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak dan menceritakan sedikit tentang isteri dan anak-anak beliau. Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi‘i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah. Perilaku dan ucapan orang soleh umpama air sejuk bagi jiwa-jiwa moden yang sedang kehausan. Bukti-bukti kemahiran Imam asy-Syafi’i dalam ilmu-ilmu keislaman, kemahiran asy-Syafi‘i dalam ilmu al-Quran, hadis dan akidah.


Penjelasan mengenai perkembangan mazhab ini, tokoh-tokoh utamanya, buku-buku rujukan muktamad dalamnya dan sebahagian daripada hukum-hukum furuk mazhab asy-Syafi Syafi‘i dalam ibadah. Sebahagian besar perbahasan ini sebenarnya boleh dikembangkan menjadi tulisan yang lebih besar dan buku ini sengaja ditulis dengan ringkas agar mudah dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua dan menyelamatkan kita semua daripada kesusahan dunia dan Akhirat.

*****

(SEM & S/S) RM14.00 - RM12.30

Monday, 18 March 2013

Dia Pengantinku ~ Nurfaza Alisya

Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak!

“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?

Entah di mana harus disorok wajahny. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...