NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 23 September 2013

Di Penghujung Cintaku Adelia ~ Wan Rohayu

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini. Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan? Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” -Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa? Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Si Pencuri Hati ~ Dayana Darwisy

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Kau Kekasih Gelapku ~ Que Sera Sera

Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.

Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya.

Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Titian Cinta ~ Ridhya Iman

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Miss & Mrs ~ Lyn Dayana

Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?

Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!

Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?

Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Actually, I Love You ~ Azieana

Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benar benar membuatkan Nisreen buntu untuk membuat keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya… siapakah yang Nisreen cintai?

“Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya.”

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Kupilih Hatimu ~ Areila Sahimi

Daripada pertemuan pertama, kedua dan ketiga yang tidak disangka-sangka itu... langsung tak ada manisnya. Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tetapi, takdir telah membawa dia begitu dekat dengan lelaki itu. Rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri ini!

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Nak terus menyesal pun dah tak ada guna. Benda dah jadi. Lagipun mereka berdua berkahwin sebab masing-masing ada motif dan agenda yang tersendiri. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah!

Oppsss!!! Rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah la, kan bila hati Imran dah jatuh pada Intan. Lagi parah bila Intan lebih menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita di luar sana. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai di atas bara api dan kemudian dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.

Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta-hati-tak-jadi Intan. Datin Yuhanis tu pulak siapa dan masih ada lagikah bahagia untuk mereka?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Thursday, 19 September 2013

Dendam Ratu Ular ~ Annur Shanana

KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.

Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.

“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA

“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN

“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM

*****

(SEM) RM18.90 - RM16.60
(S/S) RM21.90 - RM19.30

Risik Sama Hati ~ Amie Mohd

Saat mengenali Rizal Fahmi, Khaleeda tidak tahu apa istimewanya dia di mata Rizal. Dia cuma gadis biasa-biasa sahaja. Kerjaya pun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Rizal yang bakal menjadi pakar mata itu. Bukan dia tidak cuba mengelak. Namun makin ditepis, makin rapat Rizal datang menghimpit perasaan Khaleeda. “Kan sekarang ni kita dah berkawan. Kalau I tak anggap you sebagai kawan takkanlah I berani keluar dengan you hari ini."

Namun, lelaki bernama Rizal itu memang tidak faham bahasa.
"I tahu you faham maksud I tu tapi you sengaja mengelak untuk menjawab, kan? Untuk pengetahuan you, I ni penyabar dan tidak kenal putus asa orangnya. I akan berusaha untuk tawan hati you. Percayalah, satu hari nanti you mesti jatuh ke tangan I."

Dan takdir menentu segala. Memang masin mulut Rizal apabila dia berjaya memperisterikan Khaleeda. Siapa yang tidak bahagia andai mimpi yang disulam menjadi kenyataan? Namun di celah-celah kebahagiaan yang baru dibina itu, jauh di sudut hati Khaleeda tersisip satu perasaan hampa. Selama mengenali Rizal, tidak pernah sekalipun lelaki itu meluahkan rasa sayangnya pada Khaleeda. Saat segala rahsia terhurai, Khaleeda kelu seribu bahasa, Rizal mengahwininya hanya untuk menyelamatkan perkahwinan kakaknya, bukannya mencintai Khaleeda sepenuh hati. 

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Muridku Suami Aku? ~ Cahaya Ainn

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Arinana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Arianan dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua. 

Orang kata jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Arinan takut dan gerun pada Akmal yang macam samseng itu, kadangkala timbul rasa menyampah dalam hati Ariana. 

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Cinta 11 Syarat ~ Muna Mahira

RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. “Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.” Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya...

“Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak.” – Syahrie

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Tuesday, 17 September 2013

Kembara Cinta Kahakea ~ Fatimah Saidin

Mengisahkan perjuangan Jihad Nuruddin Abdul Rahman dalam menyebarkan dakwah Islam di Pulau Kahakea, sebuah pulau kecil di Kepulauan Mikronesia. Ternyata apa yang dipelajari tidak sama dengan apa yang ditempuhi dalam realiti kehidupan. Iman dan ilmu Jihad teruji apabila Jihad perlu berhadapan dengan penduduk tempatan yang masih berpegang pada agama nenek moyang mereka.

Di sinilah Jihad bertemu dengan Elima Tino Aroha, seorang gadis tempatan yang berjaya mencuri hatinya. Suka, duka, pahit, manis pengalaman yang dilalui oleh para sukarelawan Yayasan Dalquds dalam berjihad di jalan Allah memberi pengajaran bermakna kepada kita. Kisah cinta bermotivasi ini bukan hanya berkisar pada cinta sesama manusia, namun merangkumi cinta dan kasih sayang terhadap pencipta cinta, Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Surah Yasin dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Fauzi Abdul Hamid

Surah Yasin merupakan salah satu surah lazim yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memohon hajat atau perlindungan daripada Allah SWT. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain. Surah Yasin juga sering dibaca dalam majlis-majlis kesyukuran, doa selamat, qiamullail, mahupun ketika ditimpa musibah seperti keuzuran atau kematian. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya.

Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini ialah panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida’ berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta panduan transliterasi Arab Melayu. Oleh itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan surah Yasin ini bukan sahaja untuk memudahkan pembacaan, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada ayat yang panjang. Selain itu, ia juga relevan dan sesuai bagi saudara baru dalam Islam, golongan kurang atau tidak mahir dalam bahasa Arab, anak-anak dan semua peringkat masyarakat Islam. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat dan dinilai sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30

300 Hadis Bimbingan ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Al-Quran Al-Karim dengan Waqaf & Ibtida' (Lebih Nipis) ~ Prof Madya Dr. Hj. Abdul. Raof Hassan, Tan Sri Hassan Azahari

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ merupakan satu panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan Al-Quaran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

*****

(SEM & S/S) RM70.00 - RM61.60

Setelah Hati Berbunga ~ Iris Ixora

Sukarnya mencari cinta sejati. Ada sahaja yang menjadi penghalang. Bagi Ehsan, Syafiq dan Harith… cinta itu perlu ada di dalam diri untuk mewujudkan perasaan kasih, sayang dan rindu.

Nurul Hani dan Faradina pernah menambat hati Harith. Namun entah kenapa lelaki ini ada sahaja membuatkan hati mereka sakit! Harith tidak pernah serius dalam bercinta. Akhirnya, dia sendiri gigit jari apabila mereka mengundur diri.

Kematian Natrah ketika melahirkan anak membuatkan jiwa Ehsan tertekan. Kehadiran Rini secara tiba-tiba di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Perasaan kasih mula berputik di hati. Namun kehilangan wanita itu secara misteri merobek rindunya bertambah mendalam.

Shafiqah menerima Syafiq seadanya walaupun lelaki itu berpewatakan lembut. Dia tahu Syafiq punya perasaan cinta dan ingin dicintai. Tetapi, halangan daripada ibu bapanya merobek kegembiraan mereka untuk hidup bersama.

Siapakah insan yang sudi bertakhta di hati mereka?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Monday, 16 September 2013

Mr London Ms Langkawi ~ Herna Diana

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Antologi Orang Berdosa: Islamku Sekadar Pada IC

Menangislah...
Menangislah tatkala mengenang dosa-dosa silam. Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan.

1. Air Mata Di Putrajaya – Asnidar Shafie
2. Air Mata Mariam – Azalea Eshal
3. Anak Syurga – Lily Kamarruddin
4. Ceritera Cinta Ramadhan – Wazrul Shah
5. Cinta Tak Terlihat – Sauriani
6. Dalam Bingkai Mahabbah – Isha Idiaz
7. Damba Bunga Syurga – Qisha Nur’ain
8. Ferris Wheel – Pistachio
9. Gemulah Papa – Mardihah
10. Gula-gula Kapas – Mia Kaftiya
11. Hadiah Yang Terindah – Kusyi
12. Haruman Setanggi Syurga – Syafeza Sauli
13. Islamku Sekadar Di IC – Natrah Leeya Imani
14. Isteri Untuk Suamiku – Domi Nisa
15. Kerana Dia – Hanis Hasni
16. Kerana Dosa Itu – Ezdiani A. Rahman
17. Kerana Kau Isteriku – Syafeza Sauli
18. Kuusir Debu-debu Noda – Aulia Iman
19. Mahabbah Rindu – Wan Mazuan
20. Mak, Maafkan Indah – Lily Kamarruddin
21. Mampukah Aku Mencintainya? – Domi Nisa
22. Permata Yang Dicari – Nur Faiza
23. Puasa Itu Jihad – Domi Nisa
24. Salahkah Aku Mencintainya? – Isha Idiaz
25. Satu-satunya Cinta – Isha Idiaz

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Tuesday, 10 September 2013

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Sebenarnya Dia Milik Aku ~ Fatinilam Sari

Setelah kematian suami, Nur Laila meninggalkan kampung dan anaknya yang masih bayi dengan emak mentuanya. Kehidupan Nur Laila berubah selepas bergelar pelakon terkenal dengan menggunakan nama Laura Jane. Hawa Fatihah turut meminati pelakon itu tanpa mengetahui wanita itu adalah ibu kandungnya. Bayang-bayang Khairil juga sering mengganggu kehidupan pelakon terkenal itu lantaran ugutan yang diterima.

Kemalangan yang menimpa Hawa Fatihah telah mengakibatkan wajah gadis itu tidak secantik dahulu. Kecacatan pada wajahnya juga menyebabkan Sufian telah beralih pada cinta lain dengan mengahwini seorang wanita Inggeris. Takdir telah menemukan semula Hawa Fatihah dengan Laura Jane setelah sekian lama terpisah. Hawa Fatihah menjalani pembedahan wajah di luar negara dengan kos rawatan ditanggung oleh Laura Jane. Adakah pembedahan wajah itu menjadikan Hawa Fatihah lebih cantik? Kenapa Sufian kembali menagih cinta daripada gadis itu? Bagaimana pula dengan Azim yang sanggup berkorban demi cintanya kepada Hawa Fatihah?

“Maaf? Cukup ke hanya maaf Hawa? Abang Pian merentas lautan dan benua untuk balik jumpa Hawa. Nak tengok keadaan Hawa. Ingin berkongsi penderitaan Hawa. Mengapa Hawa buat Abang Pian macam ni?” – Sufian

“Kalau jadi pada kau macam mana? Sanggup pergi tengok ex-boyfriend kau menikah?”- Hawa Fatihah

Masanya sudah tiba. Aku akan buka topeng yang menutup wajah kau yang jelita. Peminat dan masyarakat akan tahu siapa sebenarnya LAURA JANE – Khairil

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Ingat-ingat Lupa ~ Zulfati Hanis

NURUL Amira terpaksa bertatih untuk memulakan hidup baru akibat tragedi yang meragut semua yang dia miliki. Bancuhan air kopi yang umph telah menemukan Nurul Amira dengan Hasnan, bos yang kacak dan baik hati. Hati Hasnan yang terluka dengan kecurangan tunangnya mulai terubat dengan keperibadian Nurul Amira. Hasnan berusaha untuk memenangi hati Nurul Amira. Berjayakah dia?

Namun sebaliknya bagi Eziwan, kemunculan Nurul Amira telah membangkitkan kenangannya terhadap Khyrulhydza a.k.a Ekhi. Bayangan Ekhi sering menghantuinya setiap kali dia memandang Nurul Amira. Di mana Ekhi sebenarnya? Benarkah Eziwan sudah jatuh cinta pada Nurul Amira? Atau sebenarnya itu hanyalah mainan perasaannya yang terlalu merindui Ekhi? Bukan mudah untuk Nurul Amira bertatih. Dugaan yang datang bertali arus hampir melemaskan dirinya. Melemahkan keimanan dan keyakinannya. Mampukah Nurul Amira meng- harunginya? Berjayakah Eziwan merungkai teka-teki di hatinya? Kecewakah Hasnan jika cintanya tidak bersahut?

“Memang banyak restoran. Tapi kat sini aje ada air kopi umph kegemaran I. Please...I dah gian ni.” – Hasnan

“Ekhi boleh cakap Ez gila ke apa ke. Tapi tolong dengar apa yang Ez nak cakap ni. Di sebalik nama ‘EKHI’, tahu-kah awak, dah tertulis awak untuk saya. ‘E’ mewakili nama Eziwan dan ‘KHI’ mewakili nama Khyrulhydza.” – Eziwan

“Restoran lain kan banyak lagi. Kenapa mesti setiap hari datang sini? Dekat sebulan pulak tu Encik Hasnan bertandang kat sini.” – Khyrulhydza

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Monday, 9 September 2013

Rasa Yang Tertinggal ~ Siti Khadijah

“Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Pemegang Watak Cinta ~ Nurrul Shuada

“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Bermusim Badai Cinta ~ Zara Ryana

Sampai hati! Tergamak sungguh memperlakukannya sebegini. Mungkin sikap sambil lewa dan kurang prihatin dia menyebabkan teman lelaki sendiri curang.

Semenjak itu, Arissa serik! Tak mahu bercinta lagi. Tapi… muncul pula seorang mamat ni, asyik menyakat dan mengacau hidupnya. Semakin lama, entah mengapa, kehadirannya mula membuatkan rasa geram dan sakit hati berubah menjadi sayang dan rindu…

“Awak... suka saya?”
“Sebagai bos, ya... mungkin,”
“Mungkin?”
“Yalah. Sebab Encik Hez suka sakat saya, kenakan saya. Rasa suka tu jadi kuranglah.”
“Macam mana nak buat supaya suka tu tak berkurang tapi bertambah?”
“Entah.”

Bertemu dengan Arissa yang selamba itu, Hezriq nekad untuk melanggar perjanjian yang telah dimeterainya. Hati dan perasaan, siapa dapat jangka?

Ah, pedulilah apapun pantang larangnya, dia dah jatuh sayang dan cinta kepada gadis itu! Lantas segala kata-kata yang bermain dalam hati harus diluahkan di bibir.

“I’m so in love with you, Arissa. Tolong jangan tolak. Can you? No one will know.”

Mendengar saja kata-kata itu, Arissa jadi resah sendiri. Namun Hezriq tak putus asa.

“I’ll lock it for you. Until I die.”

Oh, macam mana ni???! Walaupun Hezriq tahu hubungan ini takkan ke mana, namun mengapa Hezriq masih memberi harapan kepada Arissa?

Semenjak itu, Arissa sering dilanda masalah dan musibah. Kehadiran Rayyan yang cuba melepaskannya daripada kesedihan bersama Hezriq menyebabkan hati Arissa jadi berbelah bahagi.
Lalu… Siapakah yang mampu memiliki cinta sejati Arissa? Adakah kekal untuk Hezriq? Ataupun Rayyan yang menagih harapan? Atau… mungkin ada yang lebih berhak?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Nak Bercinta Dengan Saya Tak? ~ Katrina Adam

“Alahai... Kami pula yang kena denda? Okeylah, tak kisah... Apa denda kami?” - EIZHAM

“Sekarang abang berdua berpeluk di depan saya. Tadi bukan main suruh saya, kan? Apalagi, peluklah. Alah... Macam loving couple tu.” - JULIANA MAZ

Senior dan junior. Peristiwa yang tidak disangka-sangka telah menjadi titik permulaan bagi sebuah perkenalan dan sebuah jalan kehidupan baru. Juliana Maz ingin merasakan kehebatan bercinta. Alangkah bahagia dan sejuknya jiwa apabila diri dicintai dan dirindui seseorang yang bernama Eizham.

Akhirnya cinta terikat namun Juliana Maz hanya dapat memeluk bayang-bayang Eizham. Identiti Eizham membunuh kepercayaan dan cintanya selama ini. Dia berusaha mengajak Eizham ke jalan yang diredai Allah SWT. Tapi, usahanya hanya setakat itu saja apabila lafaz terucap... Eizham semakin hanyut dan Juliana Maz semakin jauh...

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Membesar Anak Hebat Dengan Susu Ibu ~ Dr. Faridah Idris

Buku ini mempunyai 28 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Antara topik menarik yang dikupas adalah:
  • 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampau 'menyusukan' anak
  • Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif
*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Friday, 6 September 2013

Kau Belacan, Aku Keju! ~ Ayuna Asma

“Tak ada maknanya aku nak kahwin bagai. Selagi tak ada perempuan yang berjaya membuat tempat ni bergetar, tak ada makna aku nak kahwin.” Kata Faeq sambil menunjuk ke arah dadanya.
“Pigi dah! Banyak kau punya bergetar, Paet! Meh aku ketuk dada kau tu dengan tukul, kita tengok itu tukul ada kasi getar itu dada atau tak!”


“I akan terus berusaha untuk menggetarkan jantung you, Yuna. Kalau perlu guna vibrate handphone untuk menggetarkan jantung you tu pun I sanggup.”
“I tak buta, Khai. I nampak keikhlasan you. Tapi, Khai... hati ni langsung tak bergetar apabila nampak you. I sendiri tak tahu kenapa.”


Semasa menjalani praktikum, Ayuna mengenali Faeq. Sikap mereka yang berlawanan menyebabkan berlakunya banyak pertelingkahan. Namun tanpa mereka sedar, setiap pertelingkahan antara mereka menjadikan mereka lebih rapat.

“Kiranya orang ni dah berjaya buat hati kau bergetarlah ni?” Zarra mengusik Ayuna.“Jahat kau ni, Zarra! Tapi yes, definitely dia dah berjaya menggetarkan hati aku tanpa aku sedar.”

Sekembalinya daripada praktikum, perkahwinannya dengan Khairy seakan telah diatur, sedangkan hatinya telah ‘dicuri’ oleh Faeq tanpa sedar. Apakah pilihan Ayuna? Menerima rancangan yang telah diatur, atau menunggu orang yang belum pasti?

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Rembat ~ Fairuz Zainal

Hanif boleh meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional, tapi dengan satu syarat. Dia haruslah menamatkan 30 juzuk al-Quran dan menjadi seorang hafiz. Itu janji dia pada ayahnya.
Dan, bermulalah kisahnya sebagai seorang pemain bola.

Saya ingin memiliki hati awak bukan sekadar sebagai teman, malah sebagai puteri nurani.

Dalam pada masa yang sama, Diana, sahabat penjejak impiannya menagih cinta. Jika jawapannya ‘ya’, kirimkanlah poskad Taj Mahal. Jika hubungan mereka dianggap sebagai teman sahaja, maka kirimkan saja poskad Gua Thur.

Dan, Hanif telah mengirimkan poskad yang kedua kepada Diana. Cita-cita lebih penting daripada cinta. Kalau berjodoh, mungkin cinta ini akan terikat juga.

Masih adakah ruang untuk saya memetik kuntuman cinta yang pernah mekar di hati awak dahulu?

Setelah lima tahun, Hanif kembali semula mencari cinta dalam hati Diana. Dia mahu mengikat tali perkahwinan yang sah bersama gadis itu. Namun, selain Hanif, ada Umar yang bersungguh-sungguh meraih cinta Diana.

Dan, Diana harus mengakui kini dia keliru untuk memilih siapa. Hanif, jejaka yang pernah menolak cintanya. Ataupun Umar, pemuda yang bersusah payah memburu cinta. Kedua-duanya memiliki kelebihan untuk menjadi bakal suami yang soleh.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Tuesday, 3 September 2013

Cinta Cape Town ~ Nora Isma Fuad

Cinta boleh membawa kepada sifat obses yang mencetus kepada kehancuran spiritual. Obses terhadap kekasih membawa percaturan hidup kepada Katrina, isteri Saiful. Katrina juga terlalu obses dengan masa lalunya. Dia tersepit antara penyesalan dan realiti. Begitu juga seorang pelukis berbakat, Duha yang terlalu obses terhadap isterinya Manisah. Kehilangan isterinya secara tiba-tiba menjadi misteri sehinggalah dia akhirnya menyedari, dia terlalu hidup dalam fantasinya sendiri. Di manakah penghujung simpulan yang mereka temui?

*****

(SEM) RM25.90 - RM22.80
(S/S) RM28.90 - RM25.40

Saya Tetap Nak Awak ~ Aida Adia

Tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, makanya tentulah nak bercinta! Bibit-bibit cinta mula berputik antara Azlan dan Effa. Namun, mereka begitu ego untuk mengakuinya. Akhirnya, Azlan bermula dengan melamar Effa. Namun, Azlan terperangkap dalam percintaan tiga segi di mana seorang gadis bernama Surya begitu mencintainya. Surya, pesakit Skizofrenia begitu nekad untuk memiliki cinta Azlan walau dengan apa cara sekalipun! 

Dapatkah dia menyelesaikan masalah yang dihadapi sebagaimana selama ini sering berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah negara yang berprofil tinggi?

*****

(SEM) RM18.90 - RM16.60
(S/S) RM21.90 - RM18.40

Suara Tengah Malam ~ Maria Kajiwa

Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...