NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 17 August 2015

Sabarlah Duhai Hati ~ Mimie Afinie

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?” 
“Sejak Fira curi hati abang.” 
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.” Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama. Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu. 

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?” 
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!” “Kecik hati dengan abang la ni?” 
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek. Lagi sekali Affan hamburkan tawanya. Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan. 

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia 
Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...