Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 2 December 2015

Pemburu Kesepian di Bumi Geordy ~ Dr. Maszlee Malik

Buku ini merupakan catatan ala travelog mengenai pelbagai corak kehidupan yang berjaya dikutip oleh penulis dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil sebahagian daripada permukimannya di Durham, England. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk ataupun membuka kisah peribadi sebagai tatapan umum, tetapi lebih kepada satu catatan sejarah untuk diambil ibrah atau pengajaran daripadanya jika terdapat apa yang bermanfaat.

Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga pelbagai nasihat untuk dijadikan renungan bagi para pembaca. Penulis percaya bahawa perjalanan hidup setiap individu lebih lengkap dan seimbang dengan memberi makna kepada kehidupan individu lain.

Hal demikian kerana setiap daripada kita adalah pelengkap kepada yang lain. Antara kisah dan pengalaman yang mencuit rasa dan mampu menjentik minda bawah sedar para pembaca ialah kisah-kisah perjuangan umat Islam untuk survive di bumi yang majoritinya non-Muslim. Ada juga kisah teladan tokoh-tokoh non-Muslim yang perjuangannya melebihi perjuangan Muslim itu sendiri.
Selain itu, perjuangan yang sentiasa menjadi perhatian utama seluruh umat Islam termasuk di Malaysia sendiri ialah perjuangan menentang Israel dan Syiah turut dibincangkan dalam buku ini. Manakala pengalaman-pengalaman lain seperti perihal penulis dan sahabatnya menyertai demonstrasi jalanan di London, Bonfire Night di UK. Turut dikongsi juga pengalaman penulis ketika berpuasa dan berhari raya di Durham

Justeru buku ini juga menyediakan info-info pengetahuan secara am yang berlaku di luar negara dan jarang didengar di Malaysia. Maklumat ini mampu mengubah serba sedikit persepsi masyarakat di Malaysia tentang kehidupan di luar negara apatah lagi sebuah negara bukan Islam.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90