Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 13 June 2016

Plot Cinta Untuk Big Boss ~ Cik Sakura

Benarkah semua novelis cinta boleh selesaikan semua jenis masalah cinta?

Ini kisah Lisa. Seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri, untuk menjalankan satu misi penuh mustahil.

“Bos, saya cuma seorang penulis novel cinta dan bukannya Tuhan yang boleh rancang takdir seseorang!”
“Saya tak suruh awak jadi Tuhan. Saya suruh awak jadi seseorang yang boleh selesaikan masalah saya.”

Sejak itu, kehidupan Lisa bertambah kacau-bilau. Kena jadi PA, kena jadi penulis dan kena cipta plot untuk big boss pula! Tambah menyulitkan keadaan apabila Nazurah, teman wanita big boss itu lebih mementingkan kerjaya dan perniagaan, menyukarkan misinya. Itu belum masuk kena buli dengan big boss.

Namun, satu kejadian telah mengubah segalanya...

“Kalau awak kahwin dengan saya, hari-hari awak boleh makan stik.”
Stik? Hari-hari? Oh my...Peluang ke perangkap ni???

Apakah yang telah berlaku sehingga cinta big boss beralih kepada Lisa? Adakah Lisa akan menerima lamaran big boss? Bagaimana pula dengan Nazurah? Adakah cinta fairy tale itu benar-benar wujud? Atau hanya dalam novel sahaja? Lisa dan big boss ada jawapannya..
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60