Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 8 May 2017

Kerajaan Paling Seram ~ Daisy Zahra, A. Anuar, Khairul Aswad, Hasrudi Jawawi, Cempaka Meerniz

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Jangan Ganggu Aku – Daisy Zahra
“Aku pun pernah minta benda yang sama. Jangan ganggu aku...” Suara halus itu kedengaran dengan wajah yang memendam kemarahan.
“Ak... aku tak kenal ss... siapa kau...” tutur Zack dalam ketakutan. Dia yang semakin berundur ke belakang akhirnya terhenti apabila tiada lagi ruang yang ada. Kedua-dua belah kakinya sudah bertemu dengan katil.

Sari – A. Anuar
Apa yang mereka tahu tentang aku? Ya, aku. Dahulunya seorang penari yang dipuja ramai tapi cinta aku hanya pada Adika. Dia pujaan aku. Tapi satu kisah yang tidak semua orang tahu tentang aku. Tentang derita aku… tentang kematian aku.
“Nama aku Sari, dan biarkan aku bercerita.”

Di Antara – Khairul Aswad
“Kau boleh tinggalkan aku. Tapi hidup kau takkan pernah tenteram kerana sekali kau pernah jadi milik aku, tiada apa yang akan mampu memisahkan kita kecuali mati.”
Syita merenung lukisan tersebut agak lama. Apa yang membuatkan dia kurang senang dengan lukisan itu, adanya tiga orang kanak-kanak yang botak dan berkulit hitam bersama seorang wanita tua yang bongkok tiga sedang berdiri di sebelahnya seolah-olah sedang memerhatikan dia.

Incarnate – Hasrudi Jawawi
Isi mesej yang dia terima tadi kembali terulang di mindanya.
“Aku datang setiap kali cahaya menghilang...”
Pelbagai andaian mula bermain di minda Jasmin. Tangannya kembali menggeletar pantas. Lampu dipadamkan lagi demi memastikan apa yang sedang bermain di mindanya ketika ini realiti dan bukan ilusinya. Saat lampu kembali terpadam. Bayang hitam tadi kembali terlihat. Tapi kali ini lebih dekat!

Puaka Mang Temah – Cempaka Meerniz
Mang Temah adalah simbol insan yang bertopengkan syaitan dan hidup bertatahkan ilmu hitam. Rohnya hidup semula setelah namanya diseru berkali-kali setelah kematiannya yang tragis mengundang dendam kepada sang pembunuhnya. Seorang demi seorang pembunuhnya diruntun dendam Mang Temah. Akhirnya, kekuatan ilmu syaitannya kecundang juga bila ilmu Allah menjadi benteng.