NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 19 June 2017

Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Novel ~ Ebriza Aminnudin

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya?

“Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir

“Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. Dia ada di mana-mana.” ~ Qasidi

"Kalau begitu, titiskan darah masing-masing ke dalam mangkuk bunga ini. Ia bertujuan untuk menjamin keberkesanannya.” ~ Sabrella

Mencintai Satu Nama ~ Rose Aleyna

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tujuan Dahlia masuk ke syarikat milik keluarga Zafiy adalah untuk melunaskan dendam kepada seseorang yang telah menyebabkan kakaknya lumpuh.

Lain pula yang terjadi apabila Dahlia kerap kali bertemu muka dengan Najman. Mengenali lelaki itu membuatkan hati Dahlia terusik. Najman, di dalam marahnya, ada sayangnya. Dia bukanlah seorang yang mementingkan pangkat, kedudukan, ataupun harta. Dia sudi menerima Dahlia seadanya.

“Seumur hidup, saya cuma akan mencintai satu nama. Hanya Nur Dahlia.” ~ Najman

“Lupakan dendam yang pernah wujud dan maafkan segala kesilapan mereka. Itu saja cara untuk melepaskan perasaan sakit di dalam hati. Supaya suatu hari nanti tidak ada hati yang akan terluka lagi.” ~ Jasmin

Cinta Najman dan nasihat Kak Jasmin memadamkan api dendam Dahlia.

Namun, ketika dia mula meletakkan cinta Najman di dalam hatinya, keluarganya pula dihancurkan oleh orang yang menyebabkan Kak Jasmin lumpuh. Malah, Dahlia juga hampir-hampir dibunuh oleh tangan yang sama.

Projek Seram: Mitos ~ Akma Saidon, Eqbal Mohaydeen, Suzani Nadzir

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

EQBAL MOHAYDEN - MARIA LABO
Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

AKMA SAIDON - MIYONGKKAE
Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan.Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?

Al-Farabi: Filsuf Ulung Islam ~ Dr. Adibah Abdul Rahim, Abdul Rauf Badaruddin

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

AL-FARABI (257H/870M – 339H/950M) boleh dianggap sebagai filsuf Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al – Tsani, iaitu Guru Kedua dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.

Selain biografi al-Farabi, buku ini turut memuatkan falsafah-falsafah beliau seperti falsafah ilmu, falsafah ketuhanan dan alam semesta, falsafah wahyu dan kenabian, falsafah kemanusiaan serta falsafah politik. Antara keistimewaan buku ini juga ialah pemaparan komentar kritis Imam al-Ghazali yang mewakili perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemikiran al-Farabi.

Lantera Ilahi ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Lentera Ilahi merupakan tafsir al-Nur yang memuatkan Fiqh al-Quran, yang membawa para pembaca untuk lebih mudah memahami surah ini serta mampu mentadabbur dan beramal dengan isi kandungannya.

Perumpamaan cahaya dalam dalam surah ini amat signifikan dengan kandungannya. Surah ini mengetengahkan tiga dimensi penting yang menjadi panduan kepada individu dan masyarakat Muslim, iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga dimensi ini mampu untuk melahirkan individu dan masyarakat yang baik berlandaskan Lentera Ilahi.

Tuesday, 13 June 2017

Lelaki Kiriman Tuhan ~ Umie Nadzimah

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. 

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. 

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira 
"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid 
"Sebab awak tu miring!" - Naira 

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? 
Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...

Antara Mawar dan Kaktus ~ Atie Atiya

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Pertemuan mereka tidak dijangka. Saat hiba menyelubungi hati Lisa, saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya. Ia merobek hati Lisa yang sedang merintih. Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar telah dilakukan Lisa. Sekelumit dendam akhirnya perlahan-lahan hadir dalam hati Irfan. Namun, senyuman itu menghadirkan rasa tenang di hati dan memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala. Lamaran dihantar Irfan membuatkan Lisa serba salah. Dia cintakan orang lain sebenarnya.

Namun, Lisa tidak pasti orang yang dicintainya itu sukakan dia ataupun tidak. Lalu, Antara ‘Mawar’ dan ‘Kaktus’, adalah penentu kepada pilihan Lisa. Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan perkahwinan sedang berlangsung, Lisa nekad membatalkan perkahwinan itu. Irfan pasrah dan berserah kepada takdir.

“Walaupun kaktus berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga.
Walaupun kau sukar untuk kuhampiri,
tapi dalam hatiku, putik cinta mula berbunga.” – Irfan

“Kukirimkan pokok mawar ini sebagai lambang cintaku kepadamu. Jika ALLAH takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca surat ini dan dapatlah jugak mengetahui niat dan hajatku.” - Dr. Haikal

Dimensi ~ Ida Anuar

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Dia wanita yang udah terlajak usia meniti hari sepi tanpa cinta di hati. Cinta itu bukan keperluan, tanpa lelaki dia masih gah berdiri. Hidup walaupun hanya black and white, dia tetap gembira.

Benarkah ada dimensi lain di sudut dunia? Dia tak percaya tapi bila dia sendiri tercampak ke sana, dia mula sedar. Rupanya hidup ini beraneka coraknya dan dia terpaksa lalui sama ada dia suka ataupun tidak.

Di dunia berdimensi itu juga dia temui cinta sejati yang membuai jiwa. Maka jadilah dia puteri di dalam dongengan cinta seorang lelaki... I.K.

"Cinta kita bersatu di sini, di dunia sana mungkin engkaulah jodoh terakhirku."
Tetapi...
Benarkah cinta sejadi itu wujud?
Atau...
Sekadar mimpi yang hanya penyedap tidur?

Tuesday, 6 June 2017

Bahagia Yang Tertangguh ~ Rissa Ahdiya

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?

Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Oh! My Hubby... Mr. Dentist ~ Bunga Amani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Mawar mula merasai ada yang tidak kena dengan sikap kekasihnya Danial. Saban hari sikap Danial mulai dingin dan kerap melupakannya. Namun bukan mudah bagi Mawar untuk menyimpan syak terhadap lelaki itu kerana usia percintaan mereka yang sudah sekian lama. Segala kesetiaan dan kepercayaan tersemat kukuh dihati Mawar buat Danial. Hinggalah saat Mawar menemui sebiji kek indah tertulis 'Awin' di atasnya. 

Hati Mawar mula penasaran dan berkocak. Sah! Danial menipunya selama ini. Memang ada yang tidak kena! Awin kekasih Danial yang baru? Biar sukar hendak percaya tetapi itulah kenyataannya. Biar pedih dan rasa dikhianati,Mawar rela undur diri. Bukan prinsipnya untuk merebut seorang lelaki. Biarpun Danial sedaya upaya menidakkan kenyataan itu.Mawar sudah tawar hati .Dia tambah pula Awin sendiri datang memperkenalkan diri. Makin hancur lumat perasaan Mawar. 

Suatu hari,Mawar mendapat khabar bahawa dirinya sudah ditunangkan dengan seorang lelaki. Tidak marah dengan khabar itu, malah Mawar sendiri merasakan itulah khabar terbaik tika dia rimas dengan gangguan Danial. Megat Mizwar,doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam-diam. Dia menerima Mawar sebagai isterinya,sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu bila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar. Cuma... Cuma....bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak mengapai bahagia. 

Honey Bunny ~ Ammara Ayyash

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

BERKAWAN pun tak sudi apatah lagi bercinta. Namun, dia tekad aku harus jadi miliknya. Usikan dan gelaran Honey Bunny untukku pun tak pernah lekang dari bibirnya.

"Keluar dari rumah ini! Mulai saat dan detik ini, Ummu Hani bukan anak aku lagi."- Abah.

MERAUNGLAH sepuasnya, kasih sayang abah sudah terputus. Yang ada cuma bisikan seorang lelaki yang ingin meraih cintaku. Namun mengapa ungkapan itu tidak pernah keluar dari mulutnya?

“Dengan melihat mata kau, aku hanyut. Dengan mendengar suara kau, aku terbuai. Dengan sentuhan kau, aku lemas dan dengan ketulusan kasih kau, aku khayal. Hanya dengan kau, jantung aku berdegup kencang tak kira masa. Bersama dengan kau, aku lupa waktu sedang beredar. Hanya kau satu-satunya, Hani.” – Reza

BAGI Reza, biarlah cintanya tak terucap asalkan segala belaian dan perhatiannya menggambarkan rasa yang menggebu di hati. Dia sanggup lakukan apa sahaja untukku tetapi bukan menyatakan perasaannya secara lisan. Ya, apa saja sehinggakan aku putus tunang dengan pemuda pilihan keluargaku.

Friday, 2 June 2017

Dr. Alpha Male ~ Anjell

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Cik Juliet & Cik Romeo ~ Airisz

(SEM & S/S) RM21.00 > RM 18.50

AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama?

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia.
Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman.
Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja.
Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Dating Jumaat Malam ~ Lynn Suraya

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Kata-kata Amira yang tidak percayakan perkahwinan ternyata menarik perhatian Faizal, arkitek muda yang tidak mahu berkahwin biarpun berkali-kali didesak orang tuanya. Setelah beberapa kali gagal bercinta, Faizal merasakan hidup sendiri lebih mudah dan mendamaikan. Dia juga tidak lagi perlu melukakan hati wanita yang menjadi kekasihnya. Namun, mendengar bicara Amira, Faizal memikirkan barangkali Amira tidak akan terluka jika menghawininya. Faizal memberanikan diri melamar Amira pada pertemuan kali kedua. Namun, Amira mencadangkan untuk mereka berkenalan dahulu. Lalu temujanji setiap Jumaat malam diatur untuk mereka saling mengenal hati budi.

“Saya terfikir, mungkin awak tak suka perempuan Melayu tapi mungkin awak suka perempuan mat salih? Sebab, saya tengok, awak suka makanan barat, mungkin selera awak ada pada wanita barat.” ~ Amira.

“Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula berkawan selepas itu. Kita keluar temujanji setiap Jumaat malam. Ayah awak kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap Jumaat malam dan tidak menyangka awak sudah ada teman lelaki.” ~ Faizal.

Selamat Malam Tan Sri ~ Sri Diah

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Tan Sri Rahman Shah mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok; siang malam memikirkan untung rugi. Ditakdirkan tersiar satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Hal kahwin dua bukan perkara main-main. Wartawan itu dicari! Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekeh kewujudannya sebagai isteri pertama. Dia izinkan tetapi bersyarat. Betul suaminya berkongsi cinta. Itu hak suami dan bahagia seorang lelaki yang kaya bergaya.

Dia adil bab rumah banglo, keperluan harian, duit belanja, percutian dan semua lengkap. Cuma satu sahaja dia tidak adil - bab populariti. Dengan pendedahan dalam majalah itu, Puan Sri Rosnita seperti bunga layu, yang tidak lagi wangi. Bekas ratu cantik, Netty Karmila tiba-tiba buat masalah. Dulu memang dia perempuan glamor, selalu diekori, muka terpamer di majalah. akhbar, televisyen dan media sosial. Namun selepas berkahwin, dia patut sedar diri. Populariti jangan melebihi suami.

Sebagai wartawan, Hanim Hanani seperti kupu-kupu, terbang ke sana sini sebebasnya. Dia ligat hinggap di mana sahaja ada peluang. Dunia muda dan masa senggang mengelilinginya, tidak ubah seperti maharani dipuja-puji. Apabila semuanya terjebak - Netty Karmila, Puan Sri Rosenita dan Hanim Hanni - memang terjadi logik yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki matang berkarisma bernama Tan Sri Rahman Shah.

Pilot ~ Nia Azalea, Illya Abdullah, S. Kausari

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

DI KAYANGAN – NIA AZALEA
Balqis, kadet juruterbang yang tidak pernah lekang daripada masalaha, terutamanya sewaktu latihan penerbangan pesawat. Biarpun telah mengejar impian yang tidak berkesudahan, apatah lagi ditolak ke kiri dan kanan oleh kadet-kadet lelaki yang memandang rendah pada dirinya, semangat waja Balqis tidak sedikit pun berkurangan. Pertemuan pertamanya dengan Hariz, lelaki angkuh yang diminatinya dalam diam, membenihkan rasa meluat dengan sikap ego yang tidak bertempat. Siapa sangka, lama-kelamaan rasa meluat itu berubah menjadi sayang dan rindu yang tidak terlerai.

KISAH HATI – ILLYA ABDULLAH
Cinta itu hadir dalam hati seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Satoshi terhadap seorang gadis berbangsa Melayu bernama Rohani. Satoshi seorang juruterbang Jepun yang bencikan peperangan. Peperangan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Namun, dunia peperangan itu telah mempertemukannya dengan Rohani, gadis yang dilindungi dan dicintai sepenuh hati. Begitu juga Rohani, biarpun cinta itu terhalang, cinta Rohani hanya buat Satoshi. Apabila mereka perlu berpisah, Rohani tekad untuk terus setia menunggu. Lelaki itu ada janji untuknya. Janji untuk membawa dia terbang ke awan biru.

TAKDIR CINTA IKHWAN – S. KAUSARI
Ikhwan Azril sedang mencari sebab yang kuat untuk berubah daripada kehidupan soSial tanpa batas dengan cara hidup sebagai seorang juruterbang. Pertemuan secara mengejut dengan gadis bernama Warda Anisa seperti membuka jalan untuk itu. Namun, sangkaannya meleset dengan sikap mengongkong Dato’ Bahar, ayah Warda. Setelah satu tragedi menyayat hati, Ikhwan berhadapan kejadian aneh selepas memberi sedekah kepada seorang lelaki tua di kaki lima. Berjayakah Ikhwan hidup bahagia bersama Warda? Apa kaitan semua ini dengan lelaki misteri yang menyebabkan hidup Ikhwan tunggang-langgang?

Ensiklopedia Perang Rasulullah: 84 Perang, 11 Tahun, 321 Syuhada ~ Ahmad Adnan Fadzil, Aizuddin Kamarul Zaman

(SEM & S/S) RM89.00 > RM78.30

Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.


Adab Pembaca Al-Quran ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Kitab at-Tibyan fi Adab Hamalah al-Qur’an merupakan salah satu karya Imam al-Nawawi yang menyentuh perihal al-Quran dari sudut: Kelebihan Al-Quran, Adab membaca dan menghafalnya, hukum hakam berkaitan al-quran dan lain-lain. Seharusnya seorang Muslim perlu mengetahui bagaimana caranya untuk kita berinteraksi dengan Kalamullah. Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai panduan hidup manusia, tetapi ia mestilah dipelihara dan dihormati dengan cara terbaik kerana tindakan ini melambangkan adab kita bersama Allah Taala.

Fiqah Hubungan Etnik ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku ini berusaha merungkai isu-isu dan persoalan yang timbul daripada perspektif Maqasid Syariah. Antara yang di bincangkan adalah seperti hubungan sosial antara kepelbagaian agama, bangsa dan etnik, isu-isu kemasyarakatan dalam masyarakat majmuk, asas-asas kemasyarakatan majmuk dan salah faham terhadap beberapa konsep di dalam Islam.

Penulis juga turut menyenaraikan dasar-dasar utama dalam hubungan etnik daripada perspektif Maqasid Syariah iaitu nilai kemanusiaan insan, rahmat, tolenransi, berbuat baik serta menunaikan haji.

Tenang Ada Di Sini ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Latar penulisan buku ini ialah tentang pentas kehidupan. Nukilan beliau ini mampu mendidik hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakan pancaindera lahiriah untuk menangkap isyarat-isyarat yang datang daripada Allah.

Membaca karya ini juga seperti membaca karya novel tanpa pelakon utama kecuali bermonolog dengan diri sendiri. Yang paling terkesa di hati kita, mereka yang zuhud ini ialah penghuni syurga! Inilah dunia daripada kaca mata seorang ahli akhirat. Bagi mereka, kehidupan mereka di dunia ialah lambang keindahan hidup bersama Allah.

Al-Quran Al-Kareem Dengan Panduan Waqf & Ibtida' (Al-Huda) ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM80.00 > RM70.40
Al-Quran Al-Kareem dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ berdasarkan kitab MANAR AL-HUDA Dan I’RAB AL QURAN. Disertakan indeks I’rab dan nama wakaf bagi perkataan tertentu dalam al-quran.

Terdapat dua tanda wakaf iaitu Wakaf Ibtida’ Merah dan Wakaf Ibtida’ Hijau:-

Wakaf Ibtida’ Merah - memberhentikan bacaan sebelum warna merah dan memulakan bacaan pada kalimah yang berwarna merah.

Wakaf Ibtida’ Hijau - untuk mengulang bacaan pada kalimah yang berwarna hijau sekiranya memberhentikan bacaan selepasnya.
4 warna piliha: biru, hitam, merah, ungu


Amukan Jembalang Tanah ~ A. Darwisy

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa.

Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun kewujudannya. Dapatkah Razali bertahan hidup di kampung itu? Berjayakah tiga sekawan itu membongkar apa yang terjadi di sekolah mereka? Dan mampukah cikgu-cikgu di sekolah itu melindungi para pelajarnya?

“Orang Jepun tak takut dengan hantu Melayu!” – Leftenan Takashi
“Selagi polis belum selesai menyiasat, kita semua kunci mulut.” – Cikgu Mastura

Projek Seram: Kolej ~Fazrin Fauzi, Zyra Safiya, Jessy Mojuru

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

SUMPAHAN - Fazrin Fauzi
Satu sumpahan telah termeterai berpunca daripada keegoan manusia yang mana mengakibatkan pembinaan Kolej Teknologi Naka tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Zamani merupakan penyelia tapak yang terpaksa mengambil alih tugas di kawasan pembinaan kolej itu yang sudah hampir enam bulan terbengkalai. Namun, segalanya bertukar ngeri sebaik Zamani bertemu dengan roh yang ingin membalas dendam. Satu per satu rahsia dibongkar Zamani hingga membuatkan satu nyawa terancam. Mampukah anak muda itu mematikan sumpahan tersebut? Adakah pembinaan kolej itu siap dibina pada akhirnya?

Kerana ego seorang manusia, nyawa seseorang menjadi mangsa.

TIGA - ZYRA SAFIYA
Bila Tis mengikut kekasihnya yang mahu berseronok mencari hantu, dia tidak menyangka apa yang mereka cari di luar bakal membawa kepada terbongkarnya rahsia berdekad lamanya di kolej mereka. Gangguan dan jelmaan kian mengulit kehidupan mereka. Buruan telah bermula. Pemujaan syaitan demi kuasa. Dan demi kuasa manusia sanggup membunuh. Satu manusia. Tiga darah.

Darah sama merah. Hati lain-lain!

Marina ~ Saidee Nor Azam

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

DAHULUNYA Marina pernah mampu melihat akan kewujudan makhluk halus. Namun setelah dia mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aiman dan memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Mylin. Kehidupan Marina kembali aman damai, dan tiada lagi gangguan dari makhluk halus. Sehinggalah suaminya Aiman membeli sebuah banglo yang sudah lama tidak bertuan. Di situ pelbagai peristiwa yang tidak diingini mula berlaku. Rumah yang mempunyai sebuah loteng yang bersaiz sederhana besar itu bagaikan mempunyai sejarah silam yang amat dahsyat. Dalam diam keluarga Marina sedang diburu oleh satu semangat hitam yang masih hidup di dalamnya.

Klimaks ~ Helmi Effendy

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Saiful Hawiz ialah veteran perang Malaysia yang hidup ketika tamadun manusia yang telah hancur. Bayangkanlah zaman ais yang melanda berserta wabak yang menukarkan manusia menjadi pemakan daging segar. Manusia ketika itu pula duduk di dalam tembok batu yang dibina oleh pemerintah diktator bernama Shafrizal Azmi.

Bukan senang untuk hidup ketika era apokalips, lagi-lagi terpaksa membesarkan kedua-dua anak perempuan yang masih lagi berstatus gadis. Kehidupan aman Saiful Hawiz terganggu apabila salah seorang anak perempuannya ditangkap oleh Shafrizal Azmi dan ditempatkan di dalam sebuah penjara bawah tanah sedalam tujuh tingkat.

Saiful Hawiz yang sudah menghampiri usia 50-an terpaksa mengembara bersama anak gadis sulungnya, seorang saintis narsisist dan seorang anak muda yang mempunyai dendam peribadi terhadap Shafrizal Azmi meredah Malaysia yang sudah hancur demi menyelamatkan satu-satu anak gadisnya!

Mampukah salji yang menggigit sehingga ke tulang hitam dan makhluk penghaus darah manusia menghentikan tekad seorang ayah demi menyelamatkan anak gadisnya? Apakah kedalaman 7 tingkat penjara Shafrizal mampu menggegarkan kasih sayangnya? Apakah nasib akan menyebelahi Saiful Hawiz atau nasibnya seperti kebanyakan hamba ALLAH bernama manusia ketika selepas apokalips?

Kiub ~ Arifful Baqi

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Satu pembunuhan tragis golongan militan ke atas kedua ibu bapa Zaki untuk mendapatkan KIUB telah mengubah segalanya. Zaki yang hidup digelumangi kemewahan terpaksa meninggalkan segalanya demi membalas dendam atas kematian insan tersayang. Namun, musuhnya bukan sembarangan. Mereka licik dan kejam. Nama mereka sahaja sudah cukup untuk memberi ketakutan kepada semua orang.

Dua tahun kemudian, pembunuhan semakin kerap berlaku. Tubuh mangsa seakan dirobek dengan benda yang tajam. Mira Hafizah pula menjadi suspek utama. Inspektor Zakwan yang mengendalikan kes ini pula semakin buntu dan tertekan untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila detik perhitungan telah tiba, pasti akan ada darah yang tumpah. Pasti ada jiwa yang akan terkorban.

ZAKI- Mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Kemaraannya umpama ribut yang membadai pantai. Antara dendam dan keadilan, dia harus memilih salah satu! Dia adalah pemilik Kiub Arnab yang diburu militan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...