Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 26 April 2018

Kahwin Paksa Ke? ~ Yumi Hyra

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever After
Itu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan dengan jalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak.

Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!
Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapan mata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyo a.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi suka pula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya.
“Nak pergi mana?” – Ariq
“Pergi ke hati awak.” – Dian
Bagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnya menghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi… kalau sudah berjodoh memang
takkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkan mereka bersatu juga akhirnya.
“Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, saya
akan paksa awak sampai awak jatuh cinta …” – Dian
Jalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mula merancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar ada hati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai ‘happily ever after’, datang pula pelbagai dugaan dan cabaran.
“Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegeh
sangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya.” – Dian
“Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?” – Ariq
Masihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwin
paksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang Kahwin
Paksa