Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 27 April 2018

Rindu Pada Dia ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

HINGGA saat itu, Inara masih terus mengasah diri. Mengasah diri untuk terus tabah. Dan dia harap, dia akan terus berkembang menjadi wanita yang lebih baik. Wanita yang tahu diri semestinya. Semoga alunan langkah kakinya tidak akan sumbang lagi selepas ini. Inara meraup muka. Dia baru selesai solat maghrib dalam keadaan duduk, masih lagi duduk di kerusi dan masih memakai telekung. Dalam ruang yang sunyi begitu, ada rindu yang mencengkam hati Inara. “Nara rindukan Abang Is!” Pelupuk matanya terasa panas. Inara sedar, dunia ini ibarat lautan yang luas. Inara juga tahu, telah banyak kapal yang karam di dalamnya. 

Pesan arwah ayahnya masih teguh tersemat di hati. 'Muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa. Nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.' Tiba-tiba Inara jadi rindu kepada arwah ayah dan ibunya di kampung. Kalaulah boleh dia meminta ibunya datang menemani dia, alangkah bagusnya. Tapi dia tak sanggup ibunya melihat kesedihan yang melingkari hidupnya sekarang. Pintu bilik diketuk dari luar. Pun Inara tetap membatu dalam duduknya. Sudah pasti jururawat yang datang. Kalau bukan untuk mengambil tekanan darahnya, sudah pasti untuk mengambil suhu badannya. Inara membiarkan sahaja sehingga pintu bilik ditolak dari luar. 

Terdengar derap kasut melangkah menghampiri katilnya. Inara berdiri sambil membetulkan tiub air yang disambung ke tangannya agar mudah untuk dia bergerak. Setelah yakin tiub itu tidak mengganggu pergerakannya, Inara berpusing ke arah katil. Dan seketika itu, dia tergamam. Satu saat, dua saat, lima saat, masing-masing mengunci kata. “Saya terfikirkan awak, jadi saya datang.” Inara menggaru pangkal hidungnya. Sesuka hati saja nak datang. “Tak ada sebab nak fikirkan tentang saya. Pun tak ada sebab untuk datang.” “Getting better?” Afkar abaikan riak tidak suka akan kehadirannya di wajah Inara. Dia tak peduli apa pun perasaan Inara terhadapnya. Yang dia mahu tahu, keadaan Inara baik-baik sahaja.