Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday 29 December 2018

#Bridesmaid ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Walaupun selalu digelar gadis blur, Aisyah bahagia hidup dalam dunia kecilnya yang hanya berpusat pada kerjanya di sebuah farmasi yang sunyi dan lepak bersama kawan karibnya, Akil. Apabila kakaknya, Aireen menyuarakan niat untuk menikahi Annas, seorang lelaki yang curang dan mahu Aisyah menjadi bridesmaidnya, keadaan menjadi huru-hara. Aisyah yang menyimpan rahsia perbuatan belot Annas dan Rilda terpaksa memikirkan cara untuk berterus terang dengan kakaknya. Annas dan Rilda pula bijak memanipulasikan keadaan untuk menyelamatkan diri.

“Tak kira sejauh mana pun aku pergi satu hari nanti, aku takkan lupakan kau, Cah. Aku akan balik cari kau semula. Kalau kau tinggalkan aku, aku akan tunggu kau sampai kau balik cari aku,” - Akil.

“Kil, kenapa kau tinggal aku? Kau janji nak jaga aku. Kau yang janji, Kil. Kenapa kau sampai hati tinggal aku? Kau selalu ada. Sekarang aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa kau, Kil,” – Aisyah.

Kehadiran si kacak, Airil membuatkan Aisyah terfikir tentang cinta yang selama ini amat asing baginya. Airil yang enggan putus-asa terus cuba merebut hati Aisyah manakala Akil yang overprotective berlagak bagaikan abang besar yang cuba melindungi adiknya. Mampukah gadis blur seperti Aisyah memahami definisi cinta yang sebenar?

Rahsia Hati Cinta ~ Ayuma Umairah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

CINTA, hadirnya memberi pelbagai reaksi, ada yang sudi menerimanya sepenuh hati, menjaga sepenuh jiwa. Ada yang membenci tanpa henti, dipandang pun tak sudi. Ada yang sedar kehadiran cinta tapi tidak mahu memperduli, dibiarkan Cinta sendiri seperti menagih kasih dari yang tak sudi. Jika tiada yang mahu menjaga Cinta biar dia sahaja yang memberi kasih, lagipun Cinta sudah lama wujud dalam hidupnya, tanpa Cinta harinya tak akan ceria, tidurnya tak akan lena. Tapi adanya Cinta juga membuatkan dia gundah, hati dan mindanya tidak sekata, mahu diikut kata hati atau minda, dia bingung kerana rahsia Cinta terlalu rapi disimpannya.

Cinta memberi Ishraf rasa yang berbeza, jika dulu harinya hanya ditemani alam sepi, dia seperti hidup sendiri walau keluarga ada di sekeliling, kini dia sentiasa senyum sendiri, Cinta sentiasa ada di sisi. Tapi kerana Cinta juga dia dibohongi, terasa diri dipermainkan selama ini, kini Cinta seakan sudah mati, tiada lagi di hatinya. Khalil menerima Cinta dengan perasaan hiba dalam gembira, tidak tahu tentang kewujudan Cinta selama ini, hadirnya seperti cahaya yag menerangi hidup, kini dia miliki Cinta. Tiada apa lagi dia perlukan, hidup dan matinya hanya untuk Cinta. Cinta membuatkan dia marah, perasaan benci tidak dapat ditahan lagi, Cinta datang tidak diundang, Cinta tidak diperlukan dalam hidupnya. Sally mula mengatur langkah, Cinta perlu dihapuskan.

Gadis Bermata Hazel ~ Lily Irdina

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Selena – Model cantik kacukan darah orang London. Wajahnya bak pelakon terkenal Cara Delevigne. Tidak hairanlah dia boleh berdamping dengan Jared yang punya rupa. Merah jambu warna pilihannya. Mulutnya agak becok. Hobinya suka cuci mata tengok mat saleh. Kacak-kacak katanya.

Amanda – Bakal memegang title doktor. Lebih suka memerhati daripada berkata-kata. Bila diusik, malas dia nak ambil kisah. Hitam warna kegemarannya. Menghias bilik warna hitam menjadi hobinya. Kata Oppa Rain, ‘Hitam itu kemas’. Suka benar dia melayan cerita Korea dan Jepun. Comel-comel katanya.

Tragedi di kota London telah membawa diri Selena dan mamanya Amira pulang ke bumi Malaysia. Di sini, Selena dan Amanda bertemu tanpa sengaja. Mereka kembar yang terpisah 20 tahun lamanya! Tiba-tiba muncul idea gila-gila buat Selena. Selena mahu jadi Amanda. Amanda pula membawa watak Selena. Haru jadinya semata-mata mahu menyatukan semula sebuah keluarga.

“Kita jadi manusia sebab apa yang kita belajar daripada kehidupan. We are who we are now because of who we were in the past.” – Syafiq, papa Amanda.

“Sikap papa selama ni yang membuatkan mama susah nak percaya papa.” – Amira, mama Selena.

Friday 28 December 2018

Tingkat 15 ~ Ami Amira

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Hafeez mula diganggu sejak dia pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam. Bermula daripada itulah dia sering dihantui satu mesej bertulis yang memintanya membebaskan sesuatu yang dikurung di tingkat 15. Kehidupan Yana serta bapanya, Johari turut diganggu pada setiap malam setelah berpindah ke flat 15 tingkat. Selepas Manaf hampir dibunuh oleh Pak Karim, Hafeez tekad untuk membebaskan satu roh manusia yang didakwa dikurung di tingkat 15 selama tujuh tahun. 

Namun selepas pembebasan roh yang bernama Hafira, pelbagai kejadian serta gangguan misteri berlaku di flat itu sehingga menyebabkan kematian akibat tidak menghormati ‘tempat keras’ itu. Manakala Pak Karim masih merancang untuk membunuh Manaf serta mereka yang mengetahui perkara sebenar seperti Hafeez, Yana dan Johari. Apakah perkara yang telah diketahui sehingga Pak Karim sebagai pengerusi flat sanggup membunuh mereka? Adakah Pak Karim berjaya melakukannya? Siapakah Yusoff dan apa kaitannya dengan Pak Karim?

Anding Ayangan II ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Berkisarkan mengenai dua
dunia yang mempunyai kehidupan berbeza. Seorang penglipur lara bernama Nyian yang mempunyai kuasa sakti telah membaca dan mengubah cerita dongeng mengenai Anding Ayangan. Segala yang dipertuturkan benar-benar menjadi kenyataan. Kehidupan Furqan Ayyubi di dunia Anding Ayangan terhenti kerana dia telah dibawa ke dunia nyata akibat pengkisahan Nyian. Manakala Nyian dan sahabatnya Damit pula bertukar dengan Furqan Ayyubi dan telah ditelan lautan dan dibawa ke dunia Anding Ayangan.

Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik.

200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah ~ Muhammad Hishyamuddin Yahya

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70
Buku 200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah s.a.w. ini menyajikan bagaimana cara berhibur yang benar menurut Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur, malah ia diharuskan.

Hiburan membantu manusia untuk menjadi lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi tegang akibat daripada masalah harian yang ditanggung.

Namun, hiburan ada batasnya yang perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan Islam dilanggar, maka sesuatu hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada haramnya hiburan itu.

200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah ~ Noor Ainil Munirah Faizol

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah memberi kita pendedahan tentang cara berkomunikasi yang baik menurut Rasulullah s.a.w.

Buku ini memuatkan sebanyak 4 bab yang terdiri daripada kaedah Rasulullah s.a.w. berkomunikasi dengan sahabat, komunikasi sebagai seorang pemimpin, komunikasi dengan kanak-kanak dan wanita, dan juga komunikasi dakwah berpengaruh baginda.

Buku ini dapat membantu kita dalam memperbetulkan gaya komunikasi kita dalam kehidupan seharian supaya tidak menjerumuskan kita ke lembah dosa kerana mulut yang petah berbicara.

Mereka Yang Harum Di Langit ~ Ustaz Nazmi Karim

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Kita selalu mendengar nama-nama sahabat yang besar. Tetapi terfikirkah kita, tanpa mereka yang tidak terkenal ini, mampukah nama-nama besar itu menjadi segah yang didengar?

Antara Kandungan:
SAIDINA SAAD BIN MUAZ– Pemegang Panji Ansar
NU’MAN BIN MUQARRIN AL-MUZANI– Penakluk Kerajaan Parsi
NUA’IM BIN MAS’UD– Wira Perang Ahzab
ABDULLAH AL-HUZAFAH AS-SAHMI– Sahabat Yang Bertemu Dua Raja
TULAIHAH BIN KHUWAILID AL-ASADI– Pahlawan Berkekuatan Seribu Tentera
SAIDINA QA’QA BIN AMRU– Pahlawan Yang Tidak Pernah Tertewas
SAIDINA AL-BARRA’ BIN MALIK- Penakluk Kota Kematian

Dahsyatnya Qiamullail ~ Mahmudin Abdullah

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?

Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.

Di sebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan iman.

Rasulullah s.a.w. mengalami peristiwa Israk dan Mikraj pada waktu malam. Allah s.w.t. memberikan petunjuk kepada Nabi Musa a.s. pada waktu malam. Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat Tuhan pada waktu malam. Al-Quran dan kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam. Bahkan banyak lagi deretan peristiwa spiritual yang dahsyat berlaku dalam kepekatan malam.

Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan, dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. pada waktu malam, khususnya bagi umat Islam.

Penyeru ~ Resmanshah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bila kuasa TUHAN dilupakan

sebutan: pe-nye-ru
Penyeru adalah orang yang menyeru atau menyerukan. Terbit Daripada kata dasar seru, bermaksud memanggil atau melaung dengan suara yang nyaring untuk menarik perhatian.

DIA seorang lelaki yang hidup dengan jiwa yang terseksa dan merana. Kerana dia dilahirkan dengan hati yang baik dan jujur. Tetapi pada usia kanak-kanak, kehidupannya dirampas. Dia terpaksa bekerja. Gajinya besar. Hidupnya mewah. Dia mampu memiliki kereta yang berharga jutaan ringgit. Kerjanya itu adalah membunuh.

Julianshah tidak membunuh dengan senjata. Sebaliknya, dia menghapuskan sasaran dengan bantuan satu makhluk. Dengan kebolehan yang diberikan kepadanya ketika berusia sembilan tahun, dia mampu menyeru keluar makhluk yang taat pada perintahnya.

Seorang lelaki bernama Sernam membawa kebenaran kepadanya. Memberitahu tujuan sebenar kewujudannya. Tiada manusia yang tahu dan sedar, keselamatan bumi terancam. Bangsa manusia bakal pupus. Mendengar semua itu, Julianshah nekad mahu menyelamatkan keadaan.

Namun, bagaimana mungkin dia mampu menyelamatkan bangsa manusia dan bumi? Sedangkan dia adalah sebahagian daripada puncanya!

Wednesday 26 December 2018

Arjuna Milikku ~ Mariyati Miskon

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dipinang orang? Kalau orang lain, dipinang orang, biasalah tu kan? Tapi, untuk sweet seventeen macam Dania Hana memang luar biasa. Lagi-lagi daripada orang yang tak dikenali. Gila ke apa?

Eh, tak nak klise… kahwin paksa + paksa kahwin.

Tetapi Qayyum ni bijak, bagi ayat yang manis macam gula, mulalah Dania blink-blink love dekat Qayyum. Sekuat apapun Dania menolak, tetap saja namanya yang terucap saat di ijab qabul.

“Bagi abang apa pentingnya hubungan ini?” – Dania Hana

“Dania ada sesuatu yang abang perlukan yang tidak dimiliki oleh mana-mana wanita. Abang akan jaga Dania hingga ke akhir hayat abang.”- Qayyum Danish.

Saat merasai erti cinta sejati, hati Dania retak seribu bila orang ketiga, orang keempat dan sewaktu dengannya mula menjadi igauan dalam setiap langkah cintanya bersama Qayyum.

Cinta Tersalah Alamat ~ Ezdiani Abd Rahman

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Lain kali nak parking kereta guna akal, bukan guna kepala lutut. Kalau dah tahu nak keluar lama tinggalkan nombor telefon. Taklah menyusahkan. Stupid!” – Raif Widad

Ditulis sebesar-besarnya pesanan itu kepada pemilik kereta yang menghalang keretanya. Puas hati bila dapat menconteng bonet kereta itu.

“Eh, awak ni memang samseng jalanan ke? Sesuka hati pecahkan cermin tingkap kereta saya tu. Tahulah kereta saya tu murah tak semahal kereta awak.” - Eshal

Perkenalan tragis antara Eshal dan Raif Widad meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Eshal. Dari jejaka idaman, lelaki itu menjadi musuhnya. Pantang nampak wajah Raif Widad, Ehsal naik hantu.
Namun, dalam mereka bertelingkah ada perasaan yang menjentik hati. Ada jiwa yang merindu dalam diam.

Raif Widad, dulu kata benci, tup-tup tergolek cinta pulak.. bila dah jatuh cinta, sangguplah Si Raif Widad ni menyamar… nak memikat hati Eshal kan? Hasilnya memang lumayan bila Eshal menerima Raif Widad. Mereka bersatu juga sebagai pasangan suami isteri.

Pelbagai Hukum Solat Secara Duduk di Atas Kerusi ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.30

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat,sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.

13 Golongan Bukan Rasul Dalam Al-Quran ~ Dr. Mohd. Fhakhrurazi Abdul Halim

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Buku ini dihasilkan dengan mengeluarkan 13 kisah-kisah mereka yang beriman yang bukan rasul daripada al-Quran. Kisah mereka yang tersebut dan dinyatakan dalam al-Quran. Ada yang disebut secara jelas dan ada yang kurang jelas. Maka kajian mengenai mereka itu digali lagi dengan mengumpulkan ayat-ayat berkaitan, diikuti dengan rujukan daripada hadis, tafsir muktabar dan kitab-kitab yang dipercayai kebenarannya.

Modul Keluarga Mawaddah ~ Dr. Noor Hisham Md Nawi, Mazidah Muhammad

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Modul ini di rangka khusus untuk membantu masyarakat menyemak semua gerbang perkahwinan dan pembinaan keluarga untuk tujuan penambahbaikan. Modul ini di susun berdasarkan kerangka tasawur Islam yang berpaksikan prinsip tauhid.

Ia ialah terjemahan amali kepada Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan dan Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan. Keistimewaan modul ini ialah persembahannya yang bersifat pratikal dan mudah serta menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh membantu semua ahli keluarga untuk berperanan secara efisien.

Kurnia ~ Reyna Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Naskhah ini adalah diksi-diksi hati seorang ibu yang bergelar ibu, mama, umi, bonda dan seangkatan dengannya. Sebagai wanita yang bergelar ibu, sungguh sulit memperincikan perasaan yang terbenam, sukar menzahirkan apa yang bergolak serta perit menyimpan perasaan gusar tatkala melihat masa yang teramat pantas berjalan seiring dengan kedewasaan putera puteri kita. Masa yang berlalu membawa bersama detik-detik kejauhan anak-anak daripada kita (sebagai ibu mereka).

Tanpa sedar, masih banyak pesanan, nasihat serta bimbingan yang belum sempat kita sampaikan.

Kurnia ialah himpunan pesanan yang ingin penulis sampaikan kepada putera puteri beliau. Ianya boleh diambil sebagai suara hati yang mewakili suara hati ibu-ibu di luar sana. Bersama para ibu, buku ini berkongsi perasaan dan idea bagi menzahirkan pesanan-pesanan buat buah hati tercinta.

Cukup cantik sekali jika naskhah berintikan pesanan hati seorang ibu ini dapat dimiliki oleh setiap anak di luar sana.

Metanoia ~ Luqmmann

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Metanoia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'satu perjalanan mengubah minda seseorang, hati, diri, atau cara hidup'.

Seorang lelaki kaya membawa anaknya berjalan di sebuah perkampungan orang miskin bagi menunjukkan betapa kaya dan banyaknya harta mereka.

Dan perjalanan itu telah mengubah anaknya.

Di penghujung kampung, sang ayah bertanya kepada anaknya,"Sudahkah kamu melihat betapa miskinnya perkampungan ini?"

Lalu si anak menjawab, "Wahai ayah, terima kasih...kerana sudah menunjukkan betapa miskinnya kita ini berbanding mereka."

Baiki Solatmu Untuk Khusyuk ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ini membicarakan tentang langkah atau cara kita menunaikan solat yang wajib iaitu solat fardhu dari awal hingga akhir. Bermula dengan Takbiratul Ihram sehingga Tahiyyat Akhir berserta bacaan sunat. Istimewanya buku ini dilengkapi dengan cara untuk khusyuk dalam solat dan hukumnya.

Syarah Hadis 40 Imam Al-Nawawi & Tatmim Al-Kafi ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM70.00 > RM61.60
Imam Nawawi Rahimullah adalah salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan merupakan pendokong besar dalam Mazhab Syafie. Beliau dikenali dengan pelbagai tulisan yang bermutu dan bernilai tinggi.

Kebanyakan hasil karyanya yang bermutuu dan bernilai tinggi telah menyumbang banyak manfaat dan kefahaman mengenai agama kepada masyarakat sejak dari zamannya sehingga ke hari ini.

Antara karyanya yang sering dibaca dan diajarkan adalah Hadis 40. Antara keistimewaan kitab ini ialah:
-Ia merangkumi semua hadis berkaitan kehidupan manusia.
-Hadis-hadisnya pula menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
-Ramainya yang mensyarahkan hadis ini
-Kitab ini menjadi kitab yang amat masyhur di kalangan ulama dan orang awam di segenap pelusuk dunia.
-Kitab ini dipelajari lapisan masyarakat

Amat sesuai setiap Baitul Muslim memiliki karya penulisan yang bernilai ini untuk dapat melayari bahtera kehidupan berkeluarga dengan jayanya.

Thursday 20 December 2018

Kembali Mencintai ~ Syamnuriezmil

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan ‘seorang’ buaya! Mulanya, Thiya ingatkan penyamaran itu dah kantoi apabila Tengku Fareha betul-betul muncul. Sekali... Tengku Fareha pun mula berlakon. Rupa-rupanya, Tengku Fareha ada agenda lain! Tengku Fareha menyuruh Thiya terus menyamar dan...

Terpaksalah Thiya bertahan dengan Tengku Faal. Pelbagai cara yang Tengku Faal cuba buat untuk Thiya menyerah kalah untuk tidak menjadi calon menantu Tengku Fareha. Tapi bukan Thiya la yang mempunyai hati sekental dinosaur untuk menyerah kalah dengan ‘seorang’ buaya!

“I nak tahu juga you ni spesies dinosaur yang mana. So that, I boleh tahu cara untuk pupuskan you dan keturunan you!” – Tengku Faal

Tengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah.

Dia Ketuk Pintu Hati ~ Azimah Lily

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Nur Hasliya meneruskan hidup dalam trauma yang dihadapinya setelah terselamat daripada kemalangan ngeri. Pintu hatinya untuk lelaki tertutup setelah kejadian ngeri tersebut. Namun, kehadiran Adli, merangkap sahabat abang kembarnya mengetuk hatinya untuk jatuh cinta lagi.

Shahrul Adli melarikan diri ke Perlis setelah cintanya dikhianati kekasih hati, Rita dan abangnya sendiri. Namun, ketika hatinya kian terubat, Rita hadir menagih kembali cintanya. Adli buntu. Tiada siapa yang boleh membantunya melarikan diri daripada pujuk rayu Rita melainkan Liya.

“Ini Liya. Bakal isteri aku. Kami akan bertunang dan berkahwin tak lama lagi. I dah move on. So kita masing-masing ikut haluan sendiri. So, jangan buat kecoh di sini.” – SHAHRUL ADLI

“So nak buat macam mana sekarang ni?” – NUR HASLIYA
“Kita kahwin!” – SHAHRUL ADLI

Nur ~ Rose Harissa

(SEM & SS) RM34.00 > RM29.90

NUR. Nama itu tidak secerah takdir hidupnya. Dibayangi gelaran tunasusila, Nur berusaha keras untuk keluar dari lorong gelap yang seakan mahu menjebaknya hingga ke akhir hayat. Namun, hidayah Allah membisikkan hatinya agar terus berkunjung ke rumah suci Allah.
.
Dilempar terompah oleh ahli masjid tidak pernah memadamkan nyaalan hatinya yang tetap mahu mengenali dan mencintai Allah. Bagai disirami air dingin hatinya tatkala mendengar suara indah yang menyampaikan kuliah pada satu subuh yang mendamaikan itu.
.
ADAM, seorang anak kepada seorang penceramah terkenal, ditambah pula gelaran lulusan usuluddin dari Jordan membuatkan beliau dilihat sebagai seorang yang mulia dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi masyarakat.
.
Ketampanannya menyerlahkan lagi nilai tambahnya sebagai seorang pendakwah yang dikatakan akan menggantikan tempat ayahnya. Permulaan beliau mengendalikan kuliah subuh di masjid milik ayahnya menemukan beliau dengan ujian yang terbesar dalam hidupnya…

Bisik-bisik Gelora ~ Fauziah Ashari

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

JAD IZZUDDIN: Aku berhabis wang ringgit kerana dia. Isteri apakah dia jika menghilangkan diri tiba-tiba? Bukan sekejap tapi tujuh tahun! Isteri apakah dia yang berpeluk dengan macam-macam lelaki? Tidak Arumi, Tidak... aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Deritalah kau di sisi aku!

BANIN ARUMI: Aku pergi kerana aku tidak kenal siapa dia. Aku perlu kejar cita-citaku. Nah, sekarang aku berjaya. Tapi, mengapa dia muncul di saat aku di ambang kerjayaku. Dia jahat! Bekas banduan! Allah... tolong aku. Bagaimana aku mahu lari kalau dia suamiku?

SAAT tertekan... seorang perlukan wang dan seorang lagi berdendam.

"Oleh kerana kita pernah sekatil dan bersama sebelum ini, maka aku nak kau bayar upah aku melayan nafsu kau tu." - Arumi
"Aku boleh bebaskan kau tapi dengan syarat! Kau gugurkan dulu kandungan kau tu." - Jad

Lambaian Bulan ~ Syasya Bellyna

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Melingkari Abad ke-18 sehingga 2018, generasi Nang Lana hidup dalam ketakutan. Penolakan Nang Lana untuk mewarisi amalan sihir yang kuat menimbulkan dendam dalam diri Melur. Anggun dipergunakan oleh Melur untuk membuat Nang Lana menderita. Nang Lana melarikan diri ke tempat baru, iaitu Kampung Tujuh Tanah. Tercetus huru-hara di situ. Warisan amalan sihir menjadi rebutan, lebih banyak nyawa menjadi korban. Nang Lana sentiasa selamat menjadi sebab buat Melur melakukan perjanjian dengan makhluk hitam.

Helah makhluk hitam telah menyebabkan kematian secara tidak wajar sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk Kampung Tujuh Tanah. ‘Pagar’ ghaib yang melindungi kampung dari anasir ‘jahat’ telah roboh. Kedatangan Andara, seorang pegawai polis untuk menyiasat kes kematian dan Azhar, pengamal spiritual membuka rahsia sebenar. Siapakah Melur yang sentiasa berusaha menggugah keimanan Nang Lana? Adakah sengketa yang berlaku di setiap generasi Nang Lana dan penduduk Kampung Tujuh Tanah akan berakhir?

“Apa yang ikut kau balik, Khairul? Makhluk jahat mana yang kau buru ni?” - Azhar
“Aku akan berikan korban yang aku cabut nyawanya baru-baru ini. Kau boleh ambil qarinnya untuk dijadikan hamba.” - Melur
“Dia menyantet orang dengan ilmu paling kejam. Santet tusuk konde. Amalan dari sihir lambaian bulan.” - Pawarka.

Projek Seram: Toys ~ S. Kausari, Aida Adia, Jessy Mojuru

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Nazri, Munirah dan anak-anaknya, Iskandar serta Hana berpindah ke sebuah rumah sewa bagi memulakan perniagaan restoran baru. Rumah itu pernah mengalami kebakaran dan budak bernama Syaqila yang terperangkap di dalamnya masih tidak diketahui penduduk di situ. Setelah terjumpa kotak berisi mainan di stor, pelbagai kejadian aneh mula menimpa Iskandar dan Hana. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Iskandar supaya gangguan itu berakhir. Akhirnya, terbongkar apa yang sebenarnya telah berlaku kepada Syaqila.

Dia muncul kerana ada perhitungan yang belum selesai! / SAYANG SYAQILA

Satu demi satu musibah melanda keluarga Pak Cik Mail. Namun dia reda walaupun dia sendiri meragui mengapa ianya terjadi kepada keluarganya. Akhirnya, dia menemui jawapan apabila menyedari segala musibah yang berlaku berpunca setelah anaknya, Diana membawa pulang teddy bear yang dipanggil Cik Teddy yang dijumpainya di belakang rumah. Namun apa yang berlaku, bukan Cik Teddy itu sahaja penyebabnya. Ada penemuan lain yang lebih mengejutkan! Apa kena-mengena teddy bear itu dengan keluarganya? Dan apa pula penemuan lain yang dimaksudkan itu?

Berjanji dengan jin, dituntutnya sampai mati! / MISTERI CIK TEDDY

Wednesday 19 December 2018

Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Kitab Resipi adalah hasil air tangan Chef Hanieliza yang mengandungi 1001 resipi 'gerenti jadi' yang praktikal dan pastinya lazat. Himpunan 1001 resipi daripada pelbagai kategori yang pastinya memberikan idea terbaik buat suri di dapur.

Antara Kandungan:
Resipi Ayam
Resipi Daging
Resipi Kambing
Resipi Ikan
Resipi Sayur
Resipi Makanan Laut
Resipi Kerabu dan Salad
Resipi Nasi
Resipi Mi, Mihun dan Kuetiau
Resipi Makanan Barat
Resipi Puding dan Desert
Resipi Kuih Minum Petang
Resipi Herba Bunga Kantan
Resipi Herba Daun Pudina
Resipi Herba Daun Kari
Resipi Herba Daun Limau Purut
Resipi Herba Halia
Resipi Herba Serai
Resipi Herba Daun Kesum
Resipi Herba Daun Kunyit

Logout Syaitan ~ Zulkifli Khair

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40

Tidak lengkap menuju Tuhan menerusi ‘login iman’, jika musuh tidak dikenalpasti dan dibatasi, menerusi ‘logout syaitan’.

Antara Kandungan:
Bahagian 1
Mengenali iblis dan syaitan
Bab 1 : Siapa Kami?
Bab 2 : Aku Jutawan!
Bab 3 : Ketika Remang Senja
Bab 4 : Allah Lebih Perkasa

Bahagian 2
Teknologi Syaitan Menyesatkan Manusia
Bab 5 : Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
Bab 6 : Bahaya Virus P1A1 21 Bab 7 : Bahaya Pihak Ketiga
Bab 8 : Sihir dan ‘Bomohisme’
Bab 9 : Filem Seram dan Mesra Magis
Bab 10 : Zaman Gawat, Iman Tenat
Bab 11 : Wanita Agen Syaitan?
Bab 12 : Seksi yang Seksa
Bab 13 : Lawrence of Arabia
Bab 14 : Mustafa Kemal Ataturk
Bab 15 : Mirza Ghulam Ahmad

Psikologi Cinta ~ Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam. Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta.

Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan

Tip Menjadi Individu Menarik ~ Dato' Dr. Mohd Fadzlilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Ramai yang mahu menjadi seorang yang menarik. Mereka membelanjakan wang yang banyak bagi membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Buku ini membongkar rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa.

Antara Kandungan:
Mengapa Perlu Jadi Menarik?
Definisi ‘Menarik’
Faktor Fizikal
Faktor Material
Faktor Jawatan
Faktor Luar Biasa
Faktor Populariti
Faktor Pandai Bercakap
Lelaki yang Menarik pada Pandangan Wanita
Kemas
Kebijaksanaan Emosi
Dia Seorang yang ‘Gentleman’
Berjiwa Romantik

Belitan Tipu Daya Iblis ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Berkenaan Iblis, Syaitan, dan Tipu Daya
Bahagian 2: Perintah Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah
Bahagian 3: Tipu Daya Iblis kepada Para Ulama
Bahagian 4: Tipu Daya Iblis terhadap Orang Awam
Bahagian 5: Tipu Daya Iblis terhadap Pemerintah

Login Iman ~ Zulkifli Khair

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40
Hubungan dengan Tuhan tanpa wayar (wireless) sudah pun wujud sejak manusia pertama. Demikian juga halnya hubungan denganTuhan tanpa wayar menerusi iman sudah wujud sejak manusia pertama, Nabi Adam a.s.

Antara Kandungan:
BAB 1 Internet Itu Makhluk, Allah Itu Khalik
BAB 2 Wahyu Tanpa Wayar
BAB 3 Browser al-Quran
BAB 4 Sekiranya Tuhan Keluarkan Bil
BAB 5 Allah Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan
BAB 6 Uzair dan Isa bukan anak Tuhan
BAB 7 Jangan Sebarangan Kata Tuhan Ada Anak!
BAB 8 Bukan Semua Yahudi Jahat
BAB 9 Zionis dan Perang Siber
BAB 10 Apabila Modem Dipanah Petir

Tafsir Juz 'Amma ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
Pengantar Juzuk 30
Surah An-Naba'
Berita yang Besar!
Alangkah Hebatnya Penciptaan Allah
Hari Keputusan
Penderitaan dalam Neraka Jahannam
Nikmat Syurga bagi yang Bertakwa
Surah An-Nazi`aat
Bila Kiamat Datang
Sedikit Peringatan tentang Musa
Hal-Ehwal Hari Kiamat

Monday 10 December 2018

Bahagia Yang Dijanjikan ~ Sara Irdina

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang berlagak sombong.. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya.

Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yangmuncul dalam hidupnya cukup buat dia gila dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil peduli tetap mahu dia jadi peneman hidup lelaki itu.

“Kalau betul awak cintakan saya dan sanggup lakukan apa sahaja untuk saya. Saya nak awak tinggalkan semua harta awak dekat sini dan kita tinggal dekat kampung dengan umi. Awak kena bangunkan tanah arwah ayah saya dengan bercucuk tanam. Sanggup?”

“Abang sanggup. Kecil punya hal tu sayang.”

Sempadan 2 Dunia ~ Nurharyati Ishak

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Perpisahan kita bukan abang sengajakan.Fiona yang memulakan,membuatkan abang sangat terluka.Tetapi cinta abang terikat mati padamu sampai bila-bila. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim

Fiona terluka,abang.Kehadiran Fiona bagai tersua-sua meminta cinta dari lelakimacam abang.Siapalah Fiona di mata abang.Biarlah Fiona bawa diri.Tempat Fiona bukan di sisi abang. ~ Fiona

Jiwamu aku pegang.Rohmu kuseru. Kaulah cinta hatiku.Biar jiwa kita bersatu di alamku. Nur Fiona, datanglah kepadaku.Aku tahu kau juga menyintaiku. ~ Megat Iskandar

Ya,Nur juga cintakan kanda.Nur rela menjadi isterimu,kanda.Demi cinta kita,Nur rela segalanya. ~ Fiona

Abang takkan biarkan Fiona pergi lagi.Abang akan rampas Fiona dari dia.Dia bukan dari dunia kita.Dia bukan makhluk Allah yang diciptakan untukmu,sayang.Fiona hanya untuk abang. Biarlah kita cantumkan kasih kita kembali demi cinta yang abang masih pegang. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim

Sila Tinggalkan Pesanan Cinta ~ Moniralily

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Aku boleh menjadi pendengar setia waktumu,
Tetapi untuk hari-harimu,
Aku perlukan sebuah cinta...

Perkenalan Zuhar Izqi dengan seorang gadis bernama Ismira Liyana membuatkan Zuhar jatuh cinta buat kali kedua, begitu juga dengan Ismira. Mereka berdua bercinta, tetapi mendapat halangan daripada Fareed, Rina dan kedua-dua orang tua mereka sendiri. Fareed mahukan Ismira, manakala Rina juga mahukan Zuhar sedangkan Fareed dan Rina merupakan pasangan kekasih.

Pelbagai kisah menarik berlaku ketika Ismira bersetuju untuk bekerja di ZI Kafe. Jejaka kacak bernama Hazim menaruh hati kepada Ismira. Hari berganti hari, bekas tunang Zuhar, Usyarita datang kembali merebut cinta Zuhar.

Makna dalam mengenal erti cinta adalah berkorban demi insan yang disayangi dan melepaskan apa yang bukan mereka miliki. Siapakah yang perlu mengalah dan siapa pula yang akan menang dalam cinta?

Mr. Mama ~ Shahrul Zaman Lukman, Dr. Mohd Khamizi Aziz, Kushairi Ismail

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Kisah tentang lelaki hebat yang sanggup menjadi ‘suri rumah’. Ini kisah-kisah bapa penyayang. Ini adalah kisah-kisah hero yang tidak didendang!

Mereka bertiga adalah lelaki berkarier yang akhirnya memilih untuk melindungi dan membantu keluarga dengan cara mereka. Masing-masing punya alasan dan situasi yang berbeza-beza, namun yang pasti ketiga-tiga mereka menyandang jawatan yang sama – MR MAMA!

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa kisah-kisah ini perlu dibukukan. Pertama untuk membuka ruang pemikiran masyarakat kita tentang peranan dan pengorbanan seorang suri rumah yang sering kali dipandang remeh. Ya, adakalanya, para suami perlu berada ‘dalam kasut’ isteri, jika mahu menjadi seorang yang lebih memahami.

Selain itu, ia diharap menjadi inspirasi kepada satu kelompok lelaki di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari kerjaya dan akhirnya memilih untuk menjadi seorang suami yang gagal serba-serbi. Semoga ia akan menyuntik inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang berguna. sementara masih tidak mampu memberi nafkah kepada keluarga, ringankanlah tugas isteri dengan turut sama melakukan kerja-kerja rumah tangga!

Akidah Ahli Iman ~ Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan (Akidah Ahli Iman Yang Dikarang untuk Mengajar Para Wanita dan Kanak-kanak). Ia antara kitab ilmu akidah yang masyhur khususnya di Maghribi.

Kitab ini mengandungi matan yang menerangkan tentang ketuhanan, kenabian, perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan tanda-tanda kiamat seperti terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s.
Ia menggunakan pendekatan ilmu akidah yang mudah dan dasar sahaja berpaksikan akidah Asy‘ariyyah yang merupakan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

KANDUNGAN


- Panduan Transliterasi
- Mukadimah
- Kata Pengantar
- Biografi al-Sharif ‘Abd al-Qadir al-Fasi al-Fihri
- Pengenalan kitab Akidah Ahli Iman
- Ijazah Periwayatan Kitab Akidah Ahli Iman ‘Abd al-Qadir al-Fasi
- ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan

Diet Tanpa Stress ~ Arif Sukri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya.

Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan.

Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu.

Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti.

Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.

Ubat Dari Dapur ~ Dr. Suri Roowi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Makanan yang berasaskan sumber alam di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat.

Bermula dengan makanan asas kita setiap hari seperti nasi dan gandum, semua jenis makanan itu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Jadi kita haruslah bijak membuat pilihan.

Demikian juga dengan minuman dan pemanis haruslah mengikut jenis dan kadar yang bersesuaian. Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca yang mengutamakan nilai kesihatan. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita beribadah kepada Allah.

KANDUNGAN
Bab 1 Sumber makanan asas berkhasiat.
Bab 2 Minuman berkhasiat.
Bab 3 Buah-buahan berkhasiat.
Bab 4 Sumber manisan berkhasiat.
Bab 5 Minyak pati dan aroma terapi.
Bab 6 Khasiat pewarna asli.
Bab 7 Sayur-sayuran dan ulam-ulaman berkhasiat.
Bab 8 Khasiat ramuan makanan.
Bab 9 Herba berkhasiat.

Nota Pasca Haji ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Umrah ke satu umrah lainnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain syurga’.” (Riwayat Bukhari)

Ibadat haji wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup. Itu pun jika mampu. Lalu haji mabrur menjadi impian dan harapan setiap jemaah. Tiada balasan melainkan syurga.

Anugerah ini bersyarat. Ia perlu dirancang dan diusahakan. Malangnya tidak ramai yang bergelar ‘haji’ dan ‘hajah’ berjaya mengekalkan haji mabrur hingga akhir hayat.

Ada yang gagal sebaik sahaja pulang ke tanah air. Lihat sekitar. Sudah ada yang ‘tidak solat berjemaah di masjid’ bagi bagi si haji dan ‘tidak menjaga aurat’ bagi si hajah. Ini bukan perwatakan dan akhlak bakal ahli syurga. Jika di Tanah Suci, segala-galanya terpelihara, mengapa pulang ke tanah air kembali kepada watak asal?
Sangatlah rugi jika haji mabrur tidak dipertahankan kerana bagi kebanyakan orang peluang menunaikan haji hanya datang sekali.

Monday 3 December 2018

Yang Selalu Ada Di Sini ~ Eyla Hime

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Aku nak kau tolong aku tackle Ailin jadi girlfriend aku.” – ANIQ

Zafreen sangka, pada hari jadinya yang ke 29 tahun, Aniq akan meluahkan perasaan dan mengajaknya bercinta. Namun, lain pula yang berlaku bila Aniq jatuh cinta pada sepupunya yang cukup menjengkelkan itu.

Kesedihan Zafreen membawa kepada pertemuannya dengan Imaad, pemain piano terkenal dunia yang ketika ini sedang hiatus.

Mamat ni nak merompak aku ke? Ke dia nak culik, lepas tu rogol aku? Eh! Lepas tu jual semua organ dalam badan aku! – ZAFREEN

“Miss, orang-orang tu adalah orang-orang yang merbahaya. Kalau you tak start enjin dan beredar dari tempat ni, you dan I… Kita berdua akan dibunuh!”- IMAAD

Pertemuan pertama membuatkan perkenalan mereka berpanjangan.
Imaad yang mendengar setiap kali dia meluah, Imaad yang menemani di saat dia berduka, Imaad yang selalu ada di sisi. Zafreen terusik dan bahagia.

Tiba-tiba…

Sepahit Kopi Semanis Cham ~ Syima Syawal

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Aku akan potong gaji kau sebab patahkan batang anak lada tu.” - FAWWAZ RADI
“Eh mana boleh, namanya pun dah ‘ter’… bukan sengaja pun.” - DAYANG IRDINA
“Cuba aku ‘ter’patahkan jari kau, kau nak tak?” – FAWWAZ RADI
“Eh jangan tuan muda. Nanti tuan muda ‘ter’kahwin pula dengan saya sebab dah patahkan jari saya ni… tuan muda nak ke ada isteri jari yang dah patah? Tak nak, kan… kan?”- DAYANG IRDINA

Dari tak suka, boleh saja bertukar menjadi cinta. Dari menyampah boleh saja menjadi gila bayang. Jampi apa yang Dayang dah buat sampai Fawwaz yang hatinya suam-suam kuku mula berbunga-bunga cinta. Bagi Dayang, Fawwaz adalah pelajaran terindah dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan mengubah hatinya untuk lelaki lain.

“Cinta abang sebanyak air di lautan. Tak pernah sedikit pun berkurangan.” - FAWWAZ RADI
“Cinta saya sebanyak darah yang mengalir di tubuh kita. Yang memisahkan hanyalah sebuah kematian.” – DAYANG IRDINA

My Miss Universe ~ Wannie Nordin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Nama saya Intan Darissa binti Ahmad Imran.” – Darissa

Bagaikan terpaku Hakim mendengar suara itu memperkenalkan dirinya. Cantik macam bidadari kayangan! Memang cantik, secantik Miss Universe!

Ya… Miss Universe! Itulah gelaran yang sewajarnya diberi untuk gadis cantik yang telah berjaya membuat hati lelakinya terusik dan terpikat dengan hanya sekali pandang sahaja. Tetapi, ternyata untuk memiliki cinta Miss Universe yang bernama Darissa itu bukannya mudah; penuh dengan sifat degil, keras hati, ego, angin satu badan dan pendendam. Bertahun-tahun Hakim rela menunggu dan bersabar, namun gadis kesayangan tetap juga tak lembut hati.

Bagi Darissa, dia terlalu takut untuk jatuh cinta kerana baginya cinta hanya membuatkan dia menderita. Berbicara soal cinta saja sudah membuatkan hatinya terluka, kerana cinta yang ditinggalkan Iqram amatlah menyakitkan!

Al-Quran Al-Karim Multazam ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM70.00 > RM61.60

Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca.

Membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani.

Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama' yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma'sur).

Tampil berbeza dengan al-Quran al-Haramain, al-Hambra dan al-Kautsar dengan keistimewaan perbahasan tafsir al-Quran yang disokong olah hadis-hadis sahih pada ayat-ayat terpilih.

Turut disertakan dengan indeks bertema yang memudahkan untuk merujuk pada ayat berkaitan.

Al-Quran Al-Karim Amazing Perjilid ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM199.00 > RM175.00

SPESIFIKASI:
• 5 Jilid Kulit Keras, 6 Juzuk 1 Jilid (Hard cover)
• Setiap jilid Kertas khusus Al-Quran
• Ukuran: 21.3 cm x 30.3 cm (saiz A4)
• Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu
• Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
• Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
• Doa Khatam al-Quran

KEISTIMEWAAN:
• Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.
• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan.
• Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah.
• Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid.
• Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran)
• Perbahasan Tafsir Jalalain
• Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema)
• Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari
• 7 Klasifikasi Tema Al-Quran.