Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 31 January 2019

Oh My Protective Pakwe ~ Murni Aqila

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Intan lari ke Kuala Lumpur atas desakan ayahnya yang tidak mahu dia dilacurkan lintah darat. Dia meredah kota raya itu bersendirian. Dia menunggu ayahnya di Dataran Merdeka seperti yang dijanjikan. Namun, tiada khabar berita daripada ayahnya .

Intan terumbang-ambing di Kuala Lumpur sebatang kara. Perutnya cuma diisi dengan roti dan air kosong kerana duit yang ada sangat sedikit. Dia terpaksa menanggung kesusahan, kelaparan dan ketakutan.

Ketika Intan diragut, seorang lelaki bernama Airel mengejar peragut itu untuk mendapatkan dompetnya semula. Airel juga menyelamatkan dirinya daripada dirogol oleh mat rempit. Sejak itu Airel selalu muncul di hadapannya. Intan mula terasa ragu-ragu dan menyampah. Dia tidak mempercayai Airel. Kata orang, lelaki di Kuala Lumpur ini buaya tembaga.

“Tiba-tiba je mengaku awak tu pakwe saya. Awak nak saya rasa terharu kan? Awak fikir saya akan rebah dalam genggaman awak. Awak pun bolehlah buat apa saja yang awak suka kat saya.” – Intan.

“Memang awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Tapi awak rasa, bila saya dah tahu yang awak ni umur 19 tahun, perempuan, sorang-sorang kat KL ni, tidur bawah jambatan, kena kacau dengan mat rempit... tergamak ke saya nak buat bodoh je?” – Airel.

Persoalannya, siapa Airel? Banyak pertolongan yang diberikan kepada Intan. Siap mengaku jadi pakwe Intan pula tu!