Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebenar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah kehilangan orang tuanya.
“Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!”- Syahiran
Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu.
“Beri aku peluang jaga kau, Nia. Mungkin Hafiz lebih baik dari aku. Tapi aku janji akan jaga kau lebih baik dari dia.” - Syahiran.
Perkahwinan mereka pada dasarnya untuk membantu Rania dari menjadi mangsa dera emak saudara sendiri. Tapi di sebalik itu, cinta antara mereka telah wujud di hati masing-masing. Namun, bahagia mereka dicantas musibah apabila Hafiz yang selama ini mengaku kawan baik sehidup semati rupanya menjadi duri dalam daging.
Apa yang akan terjadi bila tiba-tiba Syahiran sendiri nampak Hafiz di dalam bilik bersama Rania? Dan apa akan jadi pada Rania apabila dia ditinggalkan sendirian oleh suami saat dia memerlukan sokongan? Akan adakah peluang kedua buat Syahiran bila dia sedar tindakannya adalah satu kesilapan?