Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 30 May 2019

Demi Dia... Aaira Dalili ~ Syina Hamdan

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

“Jom dating?”
Tiada jawapan.
“Nak tak?”
Diam.
“Aaira?”
“Oh, aku mamai rupa-rupanya.”
“What? Mamai?”

Berkawan dengan abang, tak semestinya dapat berkasih dengan adik. Begitulah nasib yang menimpa ASHRAF UMAR BIN ZAIDI bila hati sudah terpaut dengan adik Aariz, teman baiknya. Rupa paras elok nyata tak menjamin si gadis terpikat.

“Pasal kawan Abang Riz tu. Siapa eh namanya?”
“Kawan?”
“Alah.. yang Abang Riz sibuk nak kenenkan dengan orang itu.”
“Ashraf ke?”
“Hah, betullah tu.”
“Kenapa dengan Ashraf?”
“Orang tak naklah kenal dengan Ashraf tu. Abang Riz tak ada kawan lain ke? Yang bagi sedap mata memandang. Yang orang boleh terbuai-buai tengok wajah dia. Yang orang boleh termimpi-mimpi sampai tak nak bangun.”

Aduhai... terbatuk Ashraf mendengarnya. Namun, dia memang spesies yang tak putus asa. Usaha memikat dipertingkatkan. Macam-macam cara dipraktiknya.

Bagi AAIRA DALILI BINTI AARIF pula, mengintai pemilik kafe Kopi Love adalah hobinya. Wajah yang tampan dan menawan itu benar-benar membuatkan dia dan Shila, si teman baik menggedik lebih.

“Faiz! Isteri kesayangan kau panggil ni!”

What?!
Musnah harapan bila halwa mata mereka itu sudah berpunya.
Tetapi...
Yang ada di depan mata mereka kini adalah...
Jackpot!

Bila ada yang mahu menjadi telangkai, awal-awal Aaira menolak. Hakikatnya, Aaira tak sedar orang yang mahu dijodohkan dengannya adalah jackpot yang diperkatakan.

Seorang menolak, seorang lagi tak putus asa memikat. Kata Ashraf, nyawa pun dia sanggup gadaikan untuk Aaira. Tapi, bagaimana pula dengan Aaira? Sanggupkah korbankan hati untuk kebahagiaan yang belum pasti?

Percaturan Allah itu cantik. Cara dan bagaimana ianya terjadi adalah usaha manusia itu sendiri. Mengenai Aaira dan Ashraf, hanya mereka yang mempunyai jawapannya.