ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 29 July 2019

Mon Amour ~ Hezzy Azra

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Bagi Areeq, Athia Alisa adalah childhood lovernya...
Pada Athia pula, Areeq Mikael itu superheronya...

Saat terungkap 'Je T'aime Mon Amour' di bibir, mereka lapangkan hati untuk memaknakan cinta. Walaupun ada yang kata mereka masih terlalu muda, tetapi lafaz akad Areeq telah menghalalkan hubungan mereka.

Bahtera perkahwinan dilayari dengan keindahan dan kemanisan. Namun tiba-tiba, hubungan itu berubah dibawa arus masa. Kemesraan yang wujud dulu bertukar dingin dan beku.

"Di mana silapnya, Areeq?"
"Apa dah jadi pada perkahwinan kita, Thia?"

Bukan sehari dua mereka kenal hati budi. Sudah dua dekad saling mengenali. Mereka bukan setahun berkahwin. Sudah bertahun berkongsi kelamin. Tetapi kenapa saling mengasingkan diri? Jurang itu semakin sukar didekati.

Tidak tinggal sebumbung dijadikan pilihan. Perpisahan dirasakan satu penyelesaian. Namun hati tidak dapat dibohongi. Bila berjauhan mereka diburu kerinduan. Benarkah ini sekadar ujian? Atau ini satu ketentuan?

Cemburu Seorang Aku ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Sufi Tihani vs Fitri Firdaus

Kenal mesra tak bermakna jodoh itu ada. Mungkin Tri, jodoh orang lain yang Sufi jaga. Mungkin Sufi perlu melepaskan sesuatu yang tak tersimpul mati. Hubungan erat terjalin selama 17 tahun lamanya... tapi kini,

"Aku nak kahwin."

Dunia Sufi pun terhenti. Perlahan-lahan dia melihat satu persatu mimpi dan harapan berkecai. Hati seperti dihiris, nipis-nipis. Satu persejuta nanometer...

"Aku dah sedia."
Aku belum. Aku belum Tri. Sufi mahu menjerit kuat-kuat.
"Jodoh aku dah sampai." Bicara Tri terus riuh bergema.

Sufi melihat Tri yang ceria. Tri, dunia aku hancur. Punah. Ranah. KLCC runtuh. Berjaya Times Square rebah. Tugu Negara musnah. Tak ada lagi Menara Berkembar Petronas. Tak ada Kafe Murni. Tak ada panggung wayang di The Curve. Tak ada acara buka puasa di Masjid Negara. Tak ada. Tak akan ada. Tri...
Tuhan, siapakah seorang Sufi tanpa wujudnya seorang Tri?

Tafsir Surah As-Saff, Al-Jumu'ah, At-Talaq dan Juzuk 28 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara Kandungan:
SURAH AL-MUJADALAH (PEMBANTAHAN) 
Zihar
An-Najwaa (Perundingan Rahsia)
Sopan santun (Etiket) dalam Majlis
Keruntuhan Jiwa Orang-orang Munafik
Disiplin

SURAH AL-HASYR (PENGUSIRAN)
Pengusiran
Harta Rampasan Perang
Al-Ansar
Kebohongan Kaum Munafik
Persediaan untuk Hari Esok
Gunung Pun Boleh Runtuh
Nama-nama yang Mulia bagi Allah

Tafsir Surah Al-Ma'idah dan Juzuk 6 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara kandungan:
Surah An-Nisaa’ (Perempuan-Perempuan)
- Nabi Isa Tidak Mati Disalib
- Kepercayaan Terhadap Salib
- Kepercayaan Kristian Terhadap Salib Al-Masih
- Pandangan Seorang Muslim Yang Mengerti Agamanya Tentang Kepercayaan Itu
- Ajaran Islam Tentang Pembersihan Dosa
- Dari Mana Kepercayaan Tebus Dosa Dengan Salib?
- Kesimpulan Tentang Kepercayaan Salib
- Berita-Berita Kebangkitannya Dari Kubur
- Kematian Yahuda (Yudas) Askhariyuti
- Petrus
- Kesaksian Perjanjian Lama
- Naskah Dari Gua Qamran
- Rasul Yang Dijanjikan Itu

Surah Al-Ma’idah (Hidangan)
- Jangan Mengorak Buhul
- Makanan Yang Terlarang
- Tentang Yang Halal
- Memelihara Anjing
- Wuduk Dan Tayamum
- Lima Syarat Dan Janji
- Ingkar Janji

Tafsir Surah Al-Anbiyaa' dan Juzuk 17 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim. Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah. Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga.

Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah.

Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia dalam menempuh hidup.

Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.

Amalan & Doa daripada Al-Quran & Hadith: Murah Rezeki & Bebas Hutang ~ Nor Aniza Mad Azeri, Nurul Hidayah Mohamad Zuki

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza. Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit, rezeki anak-anak yang solehah dan solehah, rezeki kesihatan, dan lain-lain lagi. Namun, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan seperti disempitkan pintu rezeki dan dibeban dengan hutang yang banyak. Persoalannya, bagaimana untuk diluaskan pintu rezeki dan dijauhkan bebanan hutang? Salah satu cara untuk mendapat rezeki yang luas ialah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1 : Jaga Hubungan dengan Allah, Kunci Murah Rezeki
• Yakin Rezeki Itu dari Allah s.w.t.
Doa 1 : Diberikan Kekuatan dan Keyakinan dalam Diri
• Berusaha Menjadi Hamba Allah s.w.t. yang Bertakwa
Doa 2 : Doa Dikurniakan Keluarga yang Bertakwa
• Dosa Penghalang Rezeki, Istighfar Kunci Rezeki
Doa 3 : Penghulu Istighfar

Inspirasi Murabbi ~ Ustazah Norhafizah Musa

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

‘Inspirasi Murabbi’... cetusan idea dan kompilasi pengalaman Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa yang merangkumi nasihat, doa, kisah, tips, nota, puisi sepanjang menjalankan amanah sebagai seorang Murabbi.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Ya Allah, Ampunkan Kami
Bahagian 2: Bingkisan Nota, dari Al-Quran
Bahagian 3: Alunan Doa, Tasbih, Zikir
Bahagian 4: Cinta Suami, Kasih Isteri
Bahagian 5: Wahai Anak Permata Hati
Bahagian 6: Aura Positif, Hati Nurani
Bahagian 7: Inspirasi Diri, Tambat Emosi

Friday, 26 July 2019

Gerhana Cinta Yana ~ Nia Afeerah

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Sara Aryana gadis manja dan periang yang tidak pernah mengenal erti cinta menjadi keliru pada saat rasa itu mula mengetuk pintu hatinya. Berulang kali cuba dinafikan perasaan cinta yang mula berputik untuk Haqimie. Bagi Yana, Haqimie hanya dianggap seperti abangnya sendiri.

Mengalah dengan mudah bukan salah satu prinsip dalam hidup Zacqryl Haqimie. Dua kali ditolak oleh Yana tidak menjadikan dia berputus asa untuk memperjuangkan cintanya.
“Cinta ni hadir tanpa abang sedar. Abang cuma minta diberikan peluang untuk rebut hati Yana. Kalau abang masih tak dapat ubah perasaan Yana pada abang, only then, I’ll back off.” – Haqimie.
“Pleaselah Abang Qimie! Jangan cuba pujuk Yana lagi. Tak akan ada cinta selamanya untuk Abang Qimie!” – Yana.
Kehadiran Hafizah di sisi Haqimie membuatkan Yana tertanya-tanya sendiri tentang perasaannya terhadap lelaki itu. Malangnya ketika merencanakan kejutan untuk Haqimie, Yana pula yang dikejutkan dengan berita yang tidak dijangka. Lalu dia pergi jauh membawa hati yang terluka bersama rahsia cintanya yang tersimpan rapi.

Kampung Hilang ~ Rosli Mohd Sah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Demi dendam dan kasih sayang, pertaruhan yang dibuat terlalu besar. Kampung Hilang menjadi saksi kekejaman silam akan berulang dengan watak berbeza.

“Kalau kamu masih berhajat juga nak ke kampung puaka tu, baik hentikan. Jangan cari masalah. Kami di kampung ni dah cukup letih dengan masalah dari kampung tinggal tu. Dah tak larat nak hadap masalah yang berulang-ulang.”
Sesiapa pun boleh datang, tetapi tiada sesiapa pun yang boleh meninggalkannya. Mereka akan diraikan tetapi mereka juga akan diperangkap.
“Kau berdua tidak dapat keluar dari kampung ini. Kau berdua sudah terperangkap di sini!”
Kampung Hilang sentiasa menantikan kehadiran waris-warisnya.
“Kau datang, anak puanku…”
Penghuninya tidak pernah mati walaupun terpaksa mengharungi kehidupan yang berulang-ulang.

Lara Wirang ~ Maria Kajiwa

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya.

“Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal.” – Sahir Zub-yan
Sahir Zub-yan, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hurang, salah sebuah daerah dunia gelap. Sejak dahulu dia menentang segala usaha Ustaz Muiz untuk menghidupkan syiar Islam dan menyebarkan dakwah.
Bersama pembantunya yang setia bernama Derani, mereka menghasut seorang guru silat untuk menentang dan mengkhianati Ustaz Muiz sekeluarga dengan menggunakan ilmu hitam. Tapak madrasah, isteri dan anak Ustaz Muiz menjadi sasaran.
“Engkau sanggup menukar imanmu dengan nyawanya?” Sahir Zub-yan.
Adakah Ustaz Muiz akan tunduk kepada segala seksaan dan ugutan mereka bertiga? Mampukah dia mempertahankan pendiriannya? Ikutilah sebuah pertarungan antara dua pegangan dan dua dunia yang berbeza.

Thursday, 18 July 2019

Dari Sentul Ke Sijangkang ~ Shaza Baharuddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

"Deposit dua bulan dengan sewa RM 1500, deposit elektrik lagi... RM 1600 semuanya. Huh! Banyak juga tu..."

"Mentang-mentanglah rumah kat sini macam goreng pisang panas, berlagak pula tuan rumah ni!"
"Kalau tinggal kat sini, tak jauh ke abang nak pergi kerja?"

"Hah! Baru abang ingat. Kalau pemaju lewat siapkan rumah, pembeli boleh buat tuntutan tau..."

Hampir 8 kali berpindah rumah, saya akhirnya berjaya mewujudkan "Baiti Jannati" saya sendiri. Penat lelah usah dikata. Berhabis wang ringgit tak terkira. Tapi selagi ada daya dan tenaga, saya tetap akan berusaha agar anak-anak dapat hidup selesa. Walau di mana sahaja rezeki kita, dan apa sahaja bentuk rezeki yang diberikan, bersyukurlah dengan kehidupan yang Allah SWT sudah tentukan. Berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik dan nikmatilah kehidupan selagi hayat dikandung badan!

Tuesday, 16 July 2019

Travelove ~ Idora Darwina

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Travelove mengisahkan tentang seorang gadis bernama Leya yang membuat keputusan untuk travel ke India tanpa perancangan yang rapi lepas kecewa dengan cinta. Fahri, lelaki yang dicintainya menolak Leya mentah-mentah walaupun sudah hampir sepuluh tahun mereka berkawan. Bagi Fahri, Leya hanyalah sekadar seorang kawan buatnya.

Di India, Leya bertemu dengan Adrian - jejaka Melayu yang begitu bebas mengejar mimpi-mimpi. Perjalanan menjelajah bumi India bersama Adrian, membuka mata Leya tentang kehidupan. Hidup ini bukan semata-mata untuk terus bergembira. Kadang-kadang kisah duka lebih membawa bahagia. Sesungguhnya kembara ini terlalu bererti buat Leya. Dalam mencari diri, dia temui cinta!

Sangkaan Leya untuk terus hidup berbahagia bersama Adrian lenyap apabila Fahri muncul lagi buat kali kedua. Status pekerjaan Adrian yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih membimbangkan Leya kerana dia seorang perempuan yang tidak suka hidup tanpa jaminan ekonomi yang kukuh. Fahri yang kembali menagih cinta, mempunyai segala-galanya yang Leya mahukan. Tambahan, Fahri merupakan pilihan ibu bapa Leya. Leya tersepit antara cinta dan kemahuan.

Jangan Ada Benci ~ Julia Basri

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hidup bergelumang dengan dosa, perkara biasa bagi Umaira. Farok, Zaman dan Razif buat hidup Umaira kian celaru hingga akhirnya dia lari jauh membawa diri.

Bahana dosa silam Umaira terpaksa ditanggung Adamia Qaisara. Izwan pula tak putus-putus mengambil kesempatan pada Adamia.
Pertemuan tak di duga melakar kisah baru antara Adamia dan Adam Hakimi. Masing-masing ada agenda tersendiri. Adamia tidak rela dirinya dimiliki Izwan. Adam pula muak dengan cinta murahan Karina. 

“Bagus! Nampaknya kita serupa. Aku tak suka kau, kau tak suka aku. Aku ada satu idea. Apa kata depan nenek, kita pura-pura jadi loving couple tapi belakang nenek kita buat hal masing-masing? Amacam, kau setuju tak?”

Drama tanpa pengarah mula dilakonkan Adam dan Adamia. Bermula dengan babak main-main cinta, akhirnya hati masing-masing mula terjatuh suka pula.

Being A Quran Tag Girl ~ Ayesha Syakira

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Are you in love with your Quran?

Do you know that exhausting feeling of searching high and low for a true meaningful love and life purpose of this life?

“That was exactly how I feel about the Quran. I was so busy finding happiness and love to fill the emptiness in my heart. None worked. Until I found the Quran.”

Building a relationship with Quran cannot happen in one day. It will take years.

It will be a long journey of trying to fall in love with the Quran, but it will be worthwhile.

How Are You ~ Aiman Azlan, Aiman Amri

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

A friend asks, "How are you?"

You want to say, "I'm fine", but you know that is untrue. You are in pain, but you don't know how to express it.
_ _ _

A friend says, "I'm fine", but you know there is something more beyond those simple words. You notice something is not right, but you don't know what to do. You want to understand and help but you don't know where and how to start.

Stress, Anxiety, and Depression are 3 of the most common mental and emotional challenges that people are struggling with. No one should be left to face the struggle alone and no should.

Empayar 2 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia. Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehingga datang mereka yang mendakwa - kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

Rough Diamond ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
What is Rough Diamond all about?

Linda is a rich heiress who seems to have it all; beauty, brains, wealth and social standing.

Desired by men and envied by women, Linda's life seems perfect. But, deep down inside, Linda longs for true love and contentment.

Trapped between the glamorous world that she was brought up in and the overwhelming desire to find solace, Linda finds herself lost. Misery became her companion.

Will Linda continue her pretentious socialite life or will she find the hidden path to happiness?

Tales of Mothers Vol. 2 ~ Iman Publication

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

1. The ability to do something that frightens one; bravery.
1.1 Strength in the face of pain

At some level, we are all afraid of pain, rejection and failure. This fear alone is enough to stop us from challenging ourselves to reach for whatever we want in life.

But mothers would cross the bridge of fear bravely, sacrificing all that they have in pursuit of securing only the best for their children.

Tales of Mothers : Of Love and Courage features 10 real-life anecdotes from mothers and their stories of unconditional love and bravery in the face of adversity.

These stories will break our hearts, but they will also inspire within us a newfound respect and appreciation for our mothers

Konspirasi Illuminati Antarabangsa Dalam Tenggelamnya Kapal Titanic ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10
Konspirasi Illuminati Antarabangsa bukanlah perkara baru dalam dunia ini. Sejak zaman berzaman konspirasi ini memainkan peranannya dalam pelbagai tragedy di dunia sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada kapal Titanic.

Ramai orang menyangka kapal Titanic tenggelam disebabkan oleh perlanggaran denga bongkah air batu secara tidak sengaja namun bukti-buktii menunjukkan bahawa kapal mewah tersebut sengaja ditenggelamkan untuk membunuh musuh-musuh illuminati.

Siasatan pihak Britain terhadap tengglemanya kapal Titanic, menunjukkan ada kaitan dengan sejumlah urusan illuminati, bermula dari penglibatan yang luas kumpulan Freemason dalam kerajaan dan kewujudan mereka dalam sistem politik Britain pada umumnya. Mereka yang terlibat sukar dikesan kerana bijak menyembunyikan identiti mereka.

Ensiklopedia Sejarah Turki ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30
Dalam jilid ke-2 ini, tumpuan akan diberikan kepada analisis tentang faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat dua faktor besar, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran ialah ancaman kuasa Salib Kristian, seperti kuasa Portugis, Sepanyol, Habsburg, British, Perancis dan Russia. Ini diikuti oleh ancaman Yahudi dalam berbagai wajah, seupama Yahudi Dunama, Yahudi Freemason dan Yahudi Zionis. Malah sekaligus ia juga merupakan ancaman dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah daripada orang-orang Turki sendiri.

Ancaman juga datang daripada golongan Syiah, yang secara langsungnya datang daripada Kerajaan SYiah Safawiyah dari Iran. Namun sebagai penjelasan lanjut, didedahkan juga ancaman Syiah secara menyeluruh terhadap umat Islam sepanjang sejarah.

Rangkuman dari pelbagai faktor ini dan lain-lain faktor lagi telah membawa keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah, bukan hanya satu faktor sahaja yang cuba ditonjolkan oleh setengah pihak.

Monday, 15 July 2019

Suamiku Untuk Aku ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Pertemuan dengan Aidan mengingatkan Fiya pada arwah suaminya, Daniel. Wajah mereka serupa tetapi perwatakan berbeza. Sejuk beku seorang Aidan buatkan Fiya ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu.

“Awak tahu tak saya tunggu awak dekat masjid tu berjam-jam?” – Fiya.
“Aku ada kata aku nak balik dengan kau ke?” – Aidan.

Namun, sakit hati dengan layanan dan bicara Aidan, Fiya cuba membenci dan menjauh. Tapi takdir dan jodoh itu milik DIA. Sekuat mana Fiya mahu membenci, sekuat itulah juga jodoh dia dan Aidan.

“Saya dah mula sayang kat awak. So, tolong jangan buat-buat tak faham.” - Fiya
“Fiya, kau mabuk ketum ke? Kau sedar tak aku ni siapa? Aku ni Aidan tau, bukannya Daniel.” Aidan

Bahagia Yang Tersimpan ~ Hera Hashim

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Wafie dan Iqbal, sama macam kucing dengan anjing. Sejak azali manusia yang bernama Iqbal tu kerjanya memang cuma mengganggu ketenteraman hidup Wafie.

“Umur dah boleh jadi mak orang tapi masih hodoh. Kalau macam ni, sampai bila pun orang tak nak kahwin dengan kau.” - Iqbal

Itu kisah dulu-dulu. Tapi lepas lama tak jumpa, tiba-tiba Iqbal muncul. Mengejutkan Wafie bila Tok Abah buat pengumuman, cucu lelakinya – Iqbal Uzayr dan cucu perempuannya - Noor Wafie, mahu disatukan. Lebih mengejutkan Wafie bila Iqbal terus setuju.

“Oh! C'mon Iqbal, kau bukan suka aku pun.” – Wafie
"Aku tak ada niat nak bantah rancangan Tok Abah. Dan tak, aku memang tak suka kau." Iqbal.

Tak suka, tapi setuju kahwin. Apa sebenarnya yang Iqbal mahu? Wafie pening memikirkan tapi atas nama Tok Abah, dia akur setuju.

40 Hadis Huru-Hara Kiamat ~ Zulkarnain Dollah, Asyraff Hafdzan Abdullah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

40 Hadis Huru- hara Kiamat – Merupakan sebuah buku yang mempunyai 40 himpunan hadis-hadis sahih berkenaan apa yang akan berlaku semasa kiamat, kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh manusia ketika kiamat dan bagaimana menghadapinya.

27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun ~ Dato' Zulkifli Malek

(SEM & SS) RM54.00 > RM48.60

Menariknya pendiri bisnes di negara Jepun dapat menjadikan bisnes mereka bertahan lama dan merupakan negara yang paling banyak mempunyai syarikat lebih 100 tahun di dunia.

Pastinya mereka ada rahsia dan cara tersendiri dalam menguruskan bisnes mereka. Pengarang buku ini telah terlibat lebih daripada 30 tahun bersama para pemilik bisnes Jepun telah mengenal pasti 27 ciri dan budaya utama komuniti pendiri bisnes di Jepun.

Buku Rekod Mengaji: Untuk Anak-anak & Dewasa ~ Khadijah Gani

(SEM & SS) RM5.90 > RM5.30
Membaca al-Quran atau mengaji seharusnya menjadi rutin harian bagi seseorang muslim. Ia bukanlah perkara yang dilakukan ketika waktu lapang sebaliknya kita harus melapangkan masa untuk membacanya.

Pentingnya bagi seorang Muslim tidak kira kanakkanak mahupun orang dewasa untuk menjadi mahir dan berusaha memperbaiki bacaan dengan tajwid yang tepat bersama seorang guru demi membaca Kitabullah ini.

Wednesday, 10 July 2019

Sarang ~ Fitri Hussin

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Sebutan : Sa - rang Sarang ialah sesuatu yang dibuat atau yang dipilih untuk tempat berteduh atau tempat penjahat (penyamun dll) bersembunyi. Rania, novelis cinta yang sedang mengalami zaman kesuraman. Manuskrip cinta terbaharunya ditolak editor. Dek tercabar, dia memutuskan untuk menulis manuskrip novel bergenre seram demi mengangkat namanya semula. 

Fatah, novelis seram yang sedang berada di puncak. Novel debutnya super bestseller. Hidupnya berubah 180 darjah dari zero ke hero. Dia bersetuju untuk menyiapkan sebuah lagi manuskrip seram dalam waktu terdekat. Tetapi mengalami kebuntuan idea dan mulai khuatir kemungkinan populariti yang sedang dikecapinya hilang. 

Khalil, pemilik kedai buku online yang amat berjaya masih belum dapat memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang novelis hebat. Dia cuba menulis beberapa manuskrip, tetapi seperti kata kawannya karya-karyanya itu adalah sampah. Berasa tercabar dia berazam untuk menulis sebuah manuskrip seram lain tetapi terhalang kerana tidak menemui idea yang menarik. Tiba-tiba, masing-masing menerima sebuah manuskrip seram. Mereka menghantar manuskrip itu ke syarikat penerbitan yang sama. Tiga manuskrip itu lulus untuk penerbitan tetapi berdepan satu masalah besar. 

Survival ~ Arifful Baqi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang. Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. 

Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya. 

Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program ini. Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas! Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu. Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan?

Syahadah Cintamu ~ Kamsiah Abu

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Nur Azira dibesarkan dalam suasana penuh didikan agama. Sebab itu dia amat menjaga akhlak dan keperibadiannya sebagai seorang gadis remaja. Tidak kira di mana atau dengan siapa dia berinteraksi. Keperibadian yang mulia itu telah berjaya membuatkan Richard Ong, pengurus tempat Nur Azira bekerja telah jatuh hati padanya sehingga Richard Ong dengan rela hati mahu mendalami agama Islam. 

Namun dalam masa yang sama Doktor Hafizi, seorang kariah masjid yang tinggal berhampiran dengan rumah Nur Azira juga turut jatuh cinta dengannya. Tetapi hati Nur Azira telah dicuri oleh Richard Ong terlebih dahulu, walaupun Nur Azira tidak pernah memberitahu sesiapa. 

“Okey, kalau begitu, sekarang saya nak terus terang kat awak. Saya dah jatuh cinta kat awak. So, mahu tak awak jadi kekasih saya mulai sekarang?” – Richard Ong

Miss Diva Semput ~ Eija Khadeeja

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Diva Izara bagaikan terkena sumpahan. Dirinya tidak boleh menipu. Andai dia menipu, pasti semput akan menghukum dirinya. Namun, dalam jutaan orang yang Diva Izara temui, Irfan jejaka yang egonya tinggi melangit itu bagai dikecualikan daripada ‘sumpahan’ itu.

“Sebelum nak suruh orang beradab. Cermin sikit diri tu! Awak ingat, awak tu beradab sangat ke main terjah aje tandas perempuan?” - Diva- 

Pertemuan pertama mendesak Diva Izara memfitnah Irfan. Irfan dikatakan hendak mencabul kehormatannya! Padahnya, Diva terpaksa bersetuju untuk menjadi kuli Irfan selama empat bulan. 

“Woi! Kau ingat aku ni tak ada agama ke? Cuba kau tengok diri kau tu. Kalau pakai baju semedang berlabuci. Kalau sikit tak apa. Kau tu bukannya taste aku! Aku tak minatlah minah ‘sarat’ macam kau.” - Irfan- 

Meludah Ke Langit ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Subhanallah. Ini memang betul-betul pendedahan eksklusif! Bukan semua orang boleh berlapang dada untuk berkongsi kisah-kisah seperti ini!

Ini salah satu naskhah muhasabah diri yang membuka aib penulisnya sendiri. Tentang bagaimana mereka tersilap bicara, bahkan tersilap tafsir. Kemudian aturan takdir sesudah itu membuat mereka tersentak, sedar kesilapan dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik!

Ini bukan sekadar perkongsian mereka, bahkan ini juga mungkin kisah kita!

Meludah Ke Langit – satu pembetulan yang terbit daripada satu penyesalan yang amat perit!

Seadanya Kuterima ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Ini naskhah tentang redha. Tentang bersetuju dengan apa-apa pun takdir hidup kita yang telah dipilihkan oleh Allah.

Memang, bila sebut tentang kehendak, sebut tentang harapan dan cita-cita, kesemua kita ada senarai yang panjang. Itu yang kita fikir. Itu yang terdetik di hati.

Tapi Allah yang cipta kita. Dia Maha Tahu segala buruk baik sesuatu perkara ke atas diri kita. Kadang dihalangnya daripada kita dapat apa yang kita nak, sebab Dia tahu itu akan buat kita jadi manusia bongkak.

Halangan yang tetap membuahkan kebaikan dan kebahagiaan. Lebih penting lagi ia mendorong kepada proses muhasabh diri. Allahuakbar. Itulah yang akan pembaca perolehi daripada maskhah hebat ini. Letusan lahar inspirasi untuk memujuk hati!

Bumerang Kasih ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta.

Konsepnya mudah. Jika sayang yang kita beri, sayang jugalah yang akan kita terima kembali!

Allahuakbar, seronoknya saya membaca kisah-kisah benar di dalam naskhah hebat ini. Terinspirasi!
Sungguh, kadang kita penat baca kisah-kisah sedih dan duka. Penat tumpang berduka. Penat menangis. Bahkan kadang kisah-kisah duka buat kita terlupa bahawa Tuhan yang memberi duka itu juga yang membekalkan cinta!

BUMERANG KASIH ini menyedarkan kita semula. Untuk menerima, kita harus memberi. Ini adalah naskhah tentang cinta dan kasih sayang. Tentang kasih sayang anak kepada ibunya, sayang seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang guru kepada muridnya dan banyak lagi!

Jalan Pulangku ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Hati yang penuh prasangka, mulut yang mencebik dan tersenyum sinis, mata yang menjeling tajam penuh makna, juga kata-kata cerca. Subhanallah. Manusia bertuah mana yang mampu terselamat daripada semua ini? Ya, hanya Rasulullah saja yang diterima sebagai maksum. Kita tidak! Kita cuma manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan akan sentiasa berbuat kesalahan. Isunya, adakah kita sedar kesilapan kita? Jika pun sedar, adakah kita siap sedia mahu memperbetulkannya?

Sungguh tidak ramai manusia yang sanggup mengakui salah sendiri apabila ego merajai diri. Kita jangan! Mari kita belajar menundukkan hati dengan menelusuri kisah-kisah insan berjiwa hebat yang terdapat di dalam naskhah ini. JALAN PULANGKU adalah rantaian kisah-kisah benar individu yang rendah hati.

Tamparan Takdir ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Tuhan itu terlalu dekat. Dia berbicara dengan kita menerusi pelbagai cara. Dalam pada kita leka, ditariknya kita agar kembali kepada fitrah sebagai seorang khalifah. Dalam pada kita lupa, Dia hantar peringatan demi peringatan agar kita segera kembali ke pangkal jalan.

Adakalanya bicara amaran yang dikirimkannya itu datang perlahan, menusuk ke dasar hati. Pedih, dan luka itu kita tanggung sendiri-sendiri. Adakalanya bicara amaran itu datang dengan begitu kuat hingga terkapai-kapai kita mencari semangat di tengah-tengah gelombang kecaman masyarakat. Allahuakbar, malunya.

Namun, masihkah kita dapat mengecap nikmat kasih sayang-Nya dalam setiap musibah yang datang? Naskhah TAMPARAN TAKDIR mengajak pembaca menyelami hakikat ini agar mudah memujuk hati. Betapa setiap musibah sebenarnya adalah bicara takdir yang sedang memaksa kita berfikir. Justeru, jika kita mampu memahaminya, tidak wujud istilah derita, melainkan bahagia. Hati pedih terhukum, tapi kita masih mampu mengukir senyum!

Berani Berhijrah ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain.

Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-apa pun kekurangan orang lain, seharusnya menjadi asbab untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Qalbun Salim: Syarah Penawar Bagi Hati ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf.

Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

Tuesday, 9 July 2019

Wanita Khas Untuk Qarin ~ Aimy Haniya

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Awkward. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa janggal sangat nak berdepan dengan Hanis. Sebab apa yang pernah berlaku antara aku dengan dia ke? Atau sebab dia pernah confess pada aku? Takkanlah. Kalau itu sebabnya, bukan sepatutnya Hanis yang berasa janggal? Kenapa aku tengok dia okey aje bergelak ketawa? Kenapa aku pula yang rasa serba tak kena ni? 

Duda. Sebab tak terima lamaran Hanis dulu dan kahwin dengan orang lain, sekarang ni gelaran terhormat itu yang aku sandang selepas bercerai dengan Suraya. Malu juga aku tapi aku tak menyesal sebab aku dikurniakan Qaseh, puteri comel buah hatiku. Hidup aku sama seperti orang lain sehinggalah secara kebetulan aku bertemu dengan seorang polis ‘kerek’ sewaktu aku sedang mencari kawan lama aku. . 

“Radio kereta ni boleh guna tak?” -Qarin . 
“Nak buat apa guna radio?” -Sofea .
 “Laaa... Bosan. Senyap sunyi. Tak tahulah kalau kau...” -Qarin . 
“It’s fine. Dah banyak saya jumpa orang yang kurang adab ni. Biasalah tu. Tak apa, teruskan.” -Sofea 

Sara Nur Naila ~ Mardihah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?” Khalil 
“Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti.” Sara 

Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri diiakan oleh Sara, bahawa memang takdirnya memang begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil bukan jodohnya, malah penyebab deritanya. 

“Pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia. Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana.” - Nonie 

Kerana khilaf dan titik duka itu, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya. 

Dia, Muntaqibah Hatiku ~ Ella Syasdhia

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Bila cinta yang disangka bertepuk sebelah tangan bertukar menjadi tragedi, hidup Eshaal berendam dengan darah keluarganya. Tragedi hitam itu telah membuatkan dunianya bertukar gelap-gelita. Memori hitam yang menghantui membuatkan dia hilang kewarasan fikiran. Mujurlah Eshaal dapat bertongkat melalui kekuatan si abang yang setia di sisi.

Namun, Eshaal dimomok dengan tanggapan bahawa dialah gadis paling hodoh akibat kesan peristiwa hitam itu. Padanya cinta adalah zalim kerana cinta… dia kehilangan ibu, bapa, tunang dan sahabat baiknya dalam sekelip mata.

Sehingga munculnya seorang lelaki, mengetuk pintu hatinya yang selama ini dikunci kemas.

“Saya cintakan awak! Saya nak kahwin dengan awak!” – Zarkashi.

Jatuh Cinta Sekali Lagi ~ Mirei May

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.70

‘Perampas! Tak kahwinlah kau sampai ke tua!!!’

Demi Allah, tohmahan itu terlalu memeritkan. Demi Rabbnya Yang Maha Pengampun, dia rela mengalah asalkan wanita yang disakitinya itu, menemukan cinta sucinya semula. Lantas dia berkelana, membawa kesedihan nun jauh ke Kota Seoul. Bagi UMAIRAH HUSNA, tiada insan yang lebih teruk ditimpa ujian daripada Yang Maha Esa, melainkan dirinya.

SHEIKH MUZAMMIL FARHAN, Encik Penunjuk Arah setibanya Maira di Seoul, nampak garang di luaran namun setelah menelusuri hati budi lelaki itu, Emil taklah seteruk seperti yang Maira sangkakan! Cuma Maira buntu. Kenapa semakin mengenalinya, Emil terlihat aneh? Seolah-olah ada dua orang lelaki berkongsi satu tubuh yang sama. Mana satu diri Emil yang sebenar-benarnya?

Dan kejadian hitam yang berlaku di Hongdae lewat malam itu, membawa Maira masuk ke dalam keluarga kecil lelaki itu. Ada appa yang penyayang, ia satu bonus. Tapi bila dongsaengnya pun ikut berperangai ganas seperti hyungnya juga, Maira rasa nak tinggalkan keluarga ni cepat-cepat.

I'm A Backpacker: Thailand ~ Jann Azhari

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Selatan Thailand bermula dari wilayah Chumpon hingga ke wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia. Kawasan ini sangat terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah. Di sebelah barat menghadap Laut Andaman, manakala di sebelah timur terletak Teluk Thailand (Gulf of Thailand). Sebut sahaja Thailand, pasti akan teringatkan makanan yang sedap, shopping dengan harga murah dan keindahan pulau di Phuket dan Krabi.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang anda belum teroka. Jika sudah tahu Thailand terkenal dengan syurga makanan, ke mana kita harus pergi mencuba masakan-masakan sedap ini? Jenis masakan apa yang wajib kita cuba? Tempat tinggal di Thailand bukan satu masalah, tetapi di mana yang paling sesuai? Buku ini akan menjawab persoalan itu. Sediakan wang dan tandakan cuti di kalendar sahaja.

Tafsir Surah As-Sajdah, Luqman dan Juzuk 21 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah al -Ankabut (LABAH-LABAH)
Bertukar Fikiran dengan Sopan
Minta Tanda-tanda (Mukjizat)
Bumi Allah Lapang
Tempelak kepada Penduduk Makkah

SURAH AR-RUM (MASYARAKAT ROM)
Pendahuluan
Kalah dan Menang
Sifat-Sifat Kehidupan
Sesetengah dari Tanda-tanda Kebesaran-Nya
Kilat Sabung-Menyabung
Tegakkanlah Wajah kepada Agama
Kaya dan Miskin
Kembali Peringatan Kebesaran Ilahi

SURAH LUQMAN (LUQMAN)
Wasiat Luqman kepada Anaknya
Solat dan Masyarakat
Sikap Hidup

Tafsir Surah At-Taubah Dan Juzuk 10 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah al-Anfaal (harta rampasan)
Yang Paling Jahat
Iman, Hijrah, dan Jihad
Ansar
Beriman Tidak Berhijrah

Surah at-Taubah (permohonan ampun)
Pendahuluan
Tentang Haji Akbar
Keterangan tentang Bulan Haram
Minta Perlindungan
Pintu Taubat Selalu Terbuka
Memakmurkan Masjid
Dari Hal Jizyah
Anak-Anak Allah
Menuhankan Manusia
Mentuhankan Guru
Hendak Memadamkan Nur Allah dengan Mulut
Imperialisme Jiwa dan Kapitalisme

Amalan & Dia Daripada Al-Quran & Hadith Pelajar Cemerlang ~ Noor Ashikin Mohamad Yusuf

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Pelajar cemerlang ialah pelajar yang taat dan patuh kepada agama dengan menuruti segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Buku ini menekankan amalan ibadah yang mantap dapat membentuk kecemerlangan dalam pelajaran bagi seorang pelajar. Ibadah yang tepat bukan sahaja diberikan ganjaran pahala, malah memperoleh dorongan dan semangat dalaman. Terdapat beberapa amalan yang difokuskan dalam bab ini mengenai perhubungan dengan Allah s.w.t. yang juga resipi kejayaan seorang pelajar.

Antara Kandungan:
BAB 1 : Sayangi Allah
• Amalan 1: Memantapkan Keimanan
Doa : Doa Mohon Ketetapan Iman
• Amalan 2: Membiasakan Diri untuk Solat Sunat
Doa : Doa Solat Sunat Tahajud
• Amalan 3: Mendirikan Solat Fardu dengan Penuh Khusyuk
Doa : Doa Fokus Ketika Belajar

Imam-Imamn Yang Melawan ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ungkapan 'Berani kerana Benar' mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, adakah mudah bagi kita melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya seteru kita itu jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada kita? Mampukah kita terus bangun dan menegakkan kebenaran atau kita akan tunduk lalu akur menerima kejahilan asalkan hidup kita mudah?

Itulah ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh yang diketengahkan dalam buku ini. Walaupun daripada pelbagai latar belakang dan zaman yang berbeza-beza namun mereka menempuhi dugaan yang sama. Melawan kerajaan atau pihak istana yang kian jauh daripada landasan agama. Buku ini membawa pembaca bersama tokoh-tokoh yang mampu melawan sebuah organisasi yang besar lagi berkuasa.

Antara kisah perjuangan tokoh yang terkandung dalam naskhah ini:
Khalifah Umar Abdul Aziz
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Ahmad bin Hanbal
Salahuddin al-Ayyubi

Fiqh Ta'ayush Dalam Konteks Maqasid Syariah ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Fiqh ta'ayush ialah fikah dalam hubungan sosial dan interaksi antara masyarakat yang berbeza etnik dan agama. Ia memberi panduan kepada Muslim bagaimana mempamerkan keanjalan syariah Islam dalam segenap aspek kehidupan, selain panduan untuk bergaul dan berinteraksi bersama masyarakat pelbagai etnik dan agama sambil memelihara jati diri sebagai Muslim. Fiqh ta'ayush memberi gambaran kepada muslim dan bukan muslim bahawa islam membentuk kehidupan yang harmoni antara etnik dan agama.

Topik-topik yang difokuskan adalah:
1. Maqasid Syariah
2. Maqasid Syariah dalam Fiqh Ta'ayush
3. Antara Sikap Ekstrem dan Kesederhanaan
4. Insan Berbeza Etnik dan Agama
5. Aurat dan Pakaian
6. Majlis Keramaian
7. Makanan dan Minuman
8. Anjing
9. Kawan, Jiran, dan Keluarga
10. Isu Agama
11. Menghormati Institusi dalam Kerangka Negara

Praktik Solat Waktu Kritikal ~ Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Johan Ismail

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Panduan Solat di Luar Kebiasaan
Kaedah berwuduk dalam kenderaan
Kaedah menentukan arah kiblat
Solat jamak dan solat qasar
Kaedah solat semasa keuzuran
Kaedah solat dalam kenderaan
Kaedah solat dengan memakai kasut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...