Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 25 October 2019

Suri Isabella ~ Sya Jamuri

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kerana terdesak dalam mencari pekerjaan, Suri Isabella terpaksa memegang jawatan sebagai pembantu peribadi kepada seorang lelaki yang berlagak dan miang seperti Adrian. Ini membuatkan hari-hari Bella di pejebat itu semakintidak tenteram dibuatnya.

Setiap hati, ada saja wanita seksi yang datang bertandang ke pejabat itu. Bella juga ditugaskan untuk mengingati setiap nama skandalnya lengkap dengan biodata sekali. Memang kerja gila namanya!

"Encik Adrian, in case you forgot, tujuan saya datang ke mari hari ini adalah untuk interview. Kalau Encik Adrian rasa tak sudi langsung nak tengok my resume that I had spent for hours untuk siapkan, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang." - Bella

"Bella, look at me. I tahu, I memang jahat. Tapi itu dulu. I have changed a lot since I met you." - Adrian

Kehadiran Adi, yang sudah beberapa tahun tidak berhubung seakan mengubah segalanya. Bella menaruh hati kepada lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di Melbourne dulu.

Malangnya, sahabat baiknya Eja juga menaruh perasaan yang sama terhadap Adi. Bella terperangkap di dalam dilema. Bingung. Tidak pasti keputusan manakah yang terbaik untuknya pilih.

Keadaan semakin rumit apabila papanya ingin menyatukan dia dan Adrian. Mana mungkin dia dapat mencintai seorang lelaki yang cukup dia benci selama ini. Tambahan dengan perangainya yang kaki perempuan itu, sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu tidak mampu untuk menjadi suami yang baik.

Mampukah Bella bertahan dalam mengharungi dugaan ini?

Apakah dia mampu menolak permintaan papanya dan seterusnya menerima Adi?