Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 25 October 2019

The Unsung Hero ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya…ayat 5, Surah al Alaq. 
Kissing cousin? 
Huh?! 
Bagi Deraman tak berdosa. 
Bagi Blackswan, sangat berdosa! 
Sumbang mahram! 
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. 
Sombong menonggek! 
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! 

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt , sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya redha dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. 

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. 

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! 
Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan Bak dan Bunda. 
Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, Bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… . 
Maryam : “Hutang boleh?” 
Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.” 
“Apa bunganya?” 
“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”