Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 5 November 2019

Kabus Cinta ~ Azieana

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Pertama kali Imran melihat wajah gadis itu, ada suatu rasa yang muncul dalam hatinya membuatkan dia benar-benar ingin mengenali gadis itu.

“Jeff, siapa nama staf baru kau tadi?” – Imran
“Wow! Kenapa tiba-tiba tanya pasal staf baru aku pula ni? Berminat ke?” – Jeffri
“Kau ni, tanya nama staf pun tak boleh? Kedekut! Macamlah aku nak pikat dia!” – Imran
Hubungan Suraya dengan Tengku Zafri sudah lama terjalin, malah sudah banyak kali lelaki itu melamar Suraya. Namun sering kali luahan hati lelaki itu dibiarkan sepi oleh Suraya tanpa memberi alasan yang kukuh. Tengku Zafri makin buntu apabila dia sentiasa digesa oleh orang tuanya menerima gadis lain.
“Kalaulah saya mampu terima cinta Tengku Zafri, saya dah lama terima dia dan kami mungkin dah kahwin, tapi saya memang tak mampu untuk terima dia walaupun saya sayangkan dia.” – Suraya
Melihat keakraban dan layanan mesra Tan Sri Jamaluddin terhadap Suraya membuatkan hati Imran gelisah dan panasaran. Apatah lagi apabila dia juga mendapat tahu Suraya juga ada hubungan dengan Tengku Zafri. Makinlah Imran tak senang hati.
Perkhabaran tentang pertunangan Tengku Zafri dengan Ariya telah membuka ruang untuk Imran melamar Suraya kerana dia tidak sanggup membiarkan Suraya menjadi milik lelaki lain.
“Sue! tolong terima saya dalam hidup awak. Saya janji akan jaga awak, akan mencintai awak sepenuh hati saya. Percayalah. Saya pun tak tahu kenapa saya begitu inginkan awak. Saya mahukan awak dalam hidup saya.” – Imran.
Berjayakah Imran mendapatkan Suraya apabila ada rahsia lama tersimpan mula terungkap kembali?