Harris Danial bertekad untuk menambat kembali hati Nur Indah, isterinya yang dikahwini lima tahun lalu dan ditinggalkan selepas bersama untuk tempoh satu malam. Berpisah tanpa perlu ada rasa tanggungjawab yang perlu dipikul kedua-duanya. Itulah yang berlaku antara mereka.
Mereka melakukan eksperimen bodoh hanya mahu merasai kenikmatan seperti orang lain lakukan tetapi dengan cara lebih berhemah. Akad dan nikah. Ijab dan kabul. namun eksperimen bodoh itulah akhirnya menjerat Harris Danial ke dunia penyesalan.
Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segalanya. Hanya untuk satu malam tapi mengubah segalanya. Namun kala itu dia sudah pergi jauh dari sisi Nur Indah tanpa mengetahui gadis yang dinikahi untuk satu malam itu melahirkan zuriatnya.
Selepas lima tahun dia mendapat tahu Nur Indah hamilkan anaknya. Dosa dirasakan kian menghimpitnya. Pertemuan tidak disangka dengan Nur Indah di Cherating membuatkan dia bersemangat untuk memikat kembali Nur Indah. Dia mahu mengembalikan status isteri disandang Nur Indah yang dinafikan haknya oleh dirinya selama ini.
"Jangan panggil saya sayang. Saya bukan sayang awak, Encik Harris Danial. Awak tak kenal saya, say pun tak pernah kenal awak. Jadi, jangan sewenang-wenangnya panggil saya macam tu, sebab panggilan sayang tu khusus untuk suami saya." - NUR INDAH
"Hish apa pulak. Abang akad sayang jadi isteri abang lima tahun lalu. Abang tidak pernah lafazkan talak. In juga tidak pernah ke pejabat agama minta fasakh. Jadi In masih lagi isteri abang," - HARRIS DANIAL
Bagaimana akhirnya kisah Harris Danial dan Nur Indah. Segalanya terjawab dalam Jodoh Daripada Dia..