ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 13 March 2020

Bayangan ~ Murni Aqila

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tetapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar.

Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tetapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi? Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar.

Tetapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri.

Rose of Orient ~ S. Kausari

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Rahsia kegelapan akhirnya terbongkar!

Banglo House of Ophelia telah diberi nama baru sebagai Rose of Orient setelah dibeli oleh seorang wanita elit bernama Doris Ong. Kejadian aneh dan orang hilang bermula semula. Inspektor Sabirin yang baru pulang dari selatan Thailand telah berhadapan dengan kes orang hilang ini. Elyas Khusairi yang berada di China untuk penggambaran filem Sumpahan Ling Chi cuba menyiasat rahsia di sebalik sumpahan ke atas pisau hukuman ling chi itu. Inspektor Sabirin terpaksa meminta khidmat kumpulan Xtreme Parahunters (XTPH) untuk mencari laluan alternatif ke dalam terowong di bawah banglo itu bagi membuktikan kejadian hukuman ling chi telah bermula semula.

“Tak ada yang dapat menamatkan sumpahan ni selagi darah kau dan aku tak bersatu.” - XIAO LI

“Itulah kehidupan. Pertarungan antara mengikuti jalan TUHAN atau jalan syaitan.” - SABIRIN

“Kau dah dipermainkan oleh puaka tu. Kalau kau tersilap langkah, kau jugak akan terjebak dalam perangkap dia.” - JADE

Wednesday, 11 March 2020

Tawanan Hati Encik Cinta ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

“I ingatkan you dah pergi.” Dia bersuara. Yang pasti, apa yang dia katakan itu memarakkan lagi rasa marah di hati. Jadi, dia tahu yang aku akan pergi?

“You datang sini untuk apa?” Aku menyoal terus. Cuba buat-buat tak faham dengan soalannya. Aku tak nak daripada soalannya itu, jiwa aku jadi makin tak tentu arah. Sudah pasti itu akan memberi peluang pada dia untuk terus menjatuhkan lagi semangat yang ada dalam diri aku sekarang ini.

Huda berpeluk tubuh. Tepat dan penuh yakin matanya memandang aku.

“I datang sini untuk apa? You rasa you perlu tahu ke?” Muka angkuh ditunjukkan. Aku berdesis di sebalik bibir. Cuba sabarkan hati dengan soalan-soalannya itu. Kalau tak mengenangkan aku sebenarnya yang ‘dihalau’ keluar oleh Ashan dari sini, memang aku dah heret badan Huda keluar dari pagar rumah.

Sayap Juita ~ Zill Ailie

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Benarkah perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi kawan selamanya?

Amylea dan Dean, salah satu kisah kawan baik yang akhirnya ‘terbabas’ rasa. Namun, segalanya bagai tak terluah. Sehinggalah mereka berada dalam situasi memaksa dan Amylea terpaksa meminta pertolongan Dean.

“Trial and error kita lain sikit. Kita kena kahwin dulu.” – Dean.

Berkahwin dengan kawan sendiri, bukan yang Amylea mahukan. Apatah lagi, Dean Hanafi itu adalah teman baik bekas kekasihnya. Tapi, dia terima juga cadangan Dean. Lebih baik dia berkahwin dengan lelaki yang dikenali hati budi dari lelaki yang dia tak kenal.

“Kita trial and error sampai jadi.” – Dean.

Bagi Dean pula, ini peluang keemasan untuk dia sentiasa berada di samping Amylea, wanita yang telah buatkan hatinya jatuh cinta. Dia mahu memiliki Amylea sepenuhnya. Namun, apa yang Amylea lakukan buat dia sangat-sangat kecil hati.

Rajuk Karina ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan 

Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga. 

“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina 

Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya. 

“Abang sayang Kar.” - Mizan. 
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati. 
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan 
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah 

Kelebihan Senaman Untuk Minda / Otak


NAK TAHU KENAPA PERLU SIHAT MINDA, EMOSI & MENTAL?

INI JAWAPANNYA... Jika minda & mental anda sihat, segala yang ada pada diri anda juga sihat. Emosi akan positif & hidup lebih ceria.

Tolong jangan stress lama-lama. Nanti anda juga yang akan sakit. Ia juga akan memberi kesan pada orang di sekeliling anda. Tidurlah sebentar kalau benar-benar stress.

Bila kita bersenam otak mahupun minda, ini kelebihan yang kita akan dapat:
KURANGKAN RASA TERTEKAN
Senaman minda ini mampu meredakan stres di dalam diri. Kita dapat alihkan tekanan dengan melakukan kerja atau perkara lain yang disukai atau diminati.

DAYA INGATAN MENJADI KUAT
Melalui pembacaan & penghafalan, ia membantu individu menjadi menguatkan daya ingatan. Kita bukan sahaja mendapat ilmu baru tapi mengingati tentang fakta-fakta yang dibaca.

EMOSI LEBIH POSITIF
Cuba anda buat sesuatu yang anda suka atau yang dah lama tak melalukannya. Anda akan perasan yang anda menjadi ralit & seronok mengerjakannya. Ia membuatkan emosi anda semakin stabil.

Thursday, 5 March 2020

Kenali Ilmu Hadis: Nak Tahu Hadis Sahih Atau Daif? ~ Huzaifah Hadis

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini merupakan satu perkongsian untuk memperkenalkan polemik hadis dalam kalangan masyarakat secara umum, disamping membicarakan aspek hadis secara teori dan teknikal. Ia merumuskan asas berkaitan cara para ulama hadis terdahulu menerima, menyaring serta menapis hadis-hadis yang berlegar tatkala itu.

Tidak sekadar membincangkan istilah ilmiah sematamata, buku ini turut menerapkan konsep “pengembaraan” terhadap ilmu hadis itu sendiri berserta keperluannya dalam mengaplikasikannya di medan-medan sosial.

Syoknya Sambung Huruf Jawi ~ Dalilah Desa

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.40

MILIKI KAD INI KERANA:-
• Mengandungi set kad lengkap panduan menulis huruf-huruf Jawi yang dapat membantu mereka yang ingin mempelajari tulisan Jawi dengan mudah dan pantas.
• Penyusunan wajah-wajah huruf berdasarkan posisinya yang berada di awal, tengah atau akhir kata dapat memudahkan kefahaman pengguna bagi menyambung huruf-huruf Jawi.
• Disediakan panduan berserta penerangan lengkap cara penggunaan Kad Syoknya Sambung Huruf Jawi yang betul.
• Set Kad Syoknya Sambung Huruf Jawi boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid.
• Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada murid sekolah, guru-guru, ibu bapa dan orang awam bagi mempelajari dan mengukuhkan kemahiran menulis tulisan Jawi.


Kupilih Hatimu ~ Amyra Aimi

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Segalanya dirancang demi mencari ketenangan buat seketika. Tanpa diduga, Sara Raihana rupanya ditipu oleh kawan baiknya sendiri. Dia jadi buntu dan hilang arah di negara orang.

Pertemuan dengan Harraz Danial yang juga dari Malaysia memberinya semangat dan harapan baru. Mana mungkin dia lupa senyuman nakal itu.

“Apa kata awak jadi maid saya?”
“Ha? Maid awak?”
“Ya, pembantu rumah. Awak setuju tak ni?”

Harraz Danial tidak tahu ada rahsia yang selama ini disimpan Sara Raihana. Penipuan itu terbongkar setelah kehadiran sepupunya, Lukman Arez, yang dalam diam turut menaruh hati kepada Sara Raihana.

Harraz memilih untuk membuang terus gadis itu daripada hidupnya buat selamanya. Hanya kerana ego dan cemburu, menyebabkan Harraz tidak mampu berfikiran waras.

Kau Rasmi Milikku ~ Aalin Amily

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Buat kali pertama terpandangkan Maya di taska yang menempatkan anak buahnya, hati Syakir Aliy, terus mendesak mahu memiliki gadis tersebut. Namun, perkenalan mereka bermula dengan dingin.

“Kenapa cikgu tengok ucu tu macam tiger aje? Muka macam nak makan orang. Aummm!” - Maya
“Dah tua, tapi tak matang! - Syakir Aliy

Maya yang pernah terluka dan serik dalam percintaan, menutup pintu hati untuk seseorang yang bergelar lelaki. Dia cuba menyangkal perasaan indah yang mula bertandang.

“Saya lebih tua daripada awak, Syakir.” - Maya
“Tak kisahlah. Umur tak jadi masalah pun.” - Syakir Aliy
“Saya boleh jadi kakak awak. Nak?” - Maya
“Tak nak. Saya dah ada kakak. Jadi kekasih saya.” - Syakir Aliy

Namun, lama-kelamaan, hati Maya terpaut juga dengan Syakir Aliy. Perkenalan singkat membawa mereka terus ke jenjang pelamin. Bahagia yang bersemi, mula digugat ancanam daripada pelbagai pihak.

Makhluk ~ Anabella

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Kematian aneh Suri memaksa Tuan Mazlan menggunakan khidmat Agen Skylex bagi mengesan dalang kes pembunuhan puterinya. Juga mencari Zack, kembar Suri, yang hilang tanpa berita.

“Zack masih teruskan kerja cari gali di tapak lama,” terang Tuan Mazlan.
“Cari gali apa? Minyak?” CC duduk tegak.
“Emas.”
“What?!” Kei tercengang.

Kenapa dia tak tahu tentang hal itu? Kei abang kandung si kembar, bukan orang luar.

“Adik kau dah mati. Kau baliklah. Tak ada apa yang elok kat pulau ni.”- Pak Utih.
“Untuk sampai ke puncak Gunung Amon, tiga ujian perlu diselesaikan.”- Pak Itam.

Ekspedisi ke Pulau Amon diselubungi seribu satu misteri yang gagal dirungkai logik akal Kei. Kemunculan Pak Itam dan Pak Utih merumitkan keadaan. Tak mungkinlah Pagoda Emas benar-benar wujud di puncak Gunung Amon!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...