Kemalangan yang meragut nyawa bapa Syafira telah merubah hubungan akrab Fakhrul dan dirinya. Akibatnya, Fira tidak lagi menyenangi sahabat sepermainannya itu. Dia anggap Fakhrul tak lebih macam kacang hantu. Bersekolah di sekolah asrama penuh yang sama, Fakhrul tekad untuk melindungi sahabat sepermainannya walaupun Fira begitu dingin dengannya.
“Nak tau something? Saya bukan tong sampah!” – FIRA
“Tak boleh ke, sekali saja, kau terima niat baik aku? –FAKHRUL
Hati remaja Fira bukanlah keras mana dengan makhluk bernama lelaki. Dalam diam, hatinya CRUSH kepada Ketua Pengawas sekolah (KP) yang bernama Fateh Izhan. ‘Orang bijak, genius macam dia, manalah padan dengan low-scorer macam aku. Tapi, boleh cuba kurangkan gap tu. Usaha…Then, he’ll notice me someday. Dia kenal aku pun cukuplah’. –FIRA
Satu kejadian menyayat hati merubah happy go-lucky Fira. Pemergian ibu dan abang tercinta membuat Fira hampir putus asa untuk terus belajar. Yang pasti, selepas hujan ada pelangi. Dia diangkat menjadi anak angkat kepada ibu CRUSHnya, Umi Izzah. Tidak punyai sesiapa lagi, Fira ditunangkan secara rahsia dengan Fateh. “Insya Allah, I’ll accept you whoever you are.” –FATEH IZHAN
“Tunggu aku…Untuk lima tahun lagi…Bolehkan?” –FAKHRUL
Permintaan Fakhrul buat Fira tergamam. Macam mana Fakhrul boleh terfikir hingga ke arah itu? Padanya, mereka cuma berkawan. Hati Fira sedikit pun tidak tergugat. Dia sudah menjadi tunangan orang. Kenapa perlu berfikir tentang lelaki lain? Namun, tidak buat Fateh. Padanya, dia telah merampas senyuman Fakhrul. Di situlah bermula konflik tiga jiwa. Fakhrul yang menghilangkan diri, Fateh yang tergugat dan Fira yang tegas dengan pendiriannya. Fakhrul cuma KAWAN dan Fateh pula CRUSH. Antara CRUSH atau KAWAN, mana satu yang ditakdirkan menjadi jodoh? Hebatnya takdir itu, kalau memang bukan jodoh, buatlah apapun, tak akan jadi jodoh!