Hasad tidak pernah memilih tuannya. Kerana hasad, Farah terjebak dalam perkara yang tidak bermaruah. Dia bukan seorang anak yang mendengar kata dan menghormati orang tuanya. Sikapnya keras, degil, penuh hasad dan pendendam, membuatkan dirinya terjerumus di dalam kancah yang tidak disangka-sangkakan.
Pandai pulak Wardah tu cari publisiti murah, ye?~ Farah
Kerana bencikan Wardah, Farah mengupah Mail, samseng kampung yang sudah beristeri dan mempunyai anak ramai. Kerja belum dilunaskan, Mail sudah meminta upah. Upah yang diminta membuatkan Farah berbadan dua.
“Woi Mail! Aku akan hebahkan fasal kandungan ni kalau kau tak nak nikah dengan aku! ~ Farah
“Aku, nak nikah dengan kau? Aku ni?” ~ Mail
Sudahlah gagal mengenakan Wardah melalui ilmu hitam, kini Mail pula enggan bertanggungjawab. Bertambah meluaplah marah Farah. Dia tekad untuk mengenakan Mail.
Dendam dan marah Farah terhadap Wardah dan Mail telah membuat dia jauh tersesat. Apabila dia bersikap pelik, emaknya, Miah menjadi tidak tentu arah.
Apa terjadi dengan Farah? Apa yang dilakukan oleh Miah untuk mengubati Farah? Berjayakah Farah diubati?