Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 21 October 2020

Lenyap ~ Zaifuzaman Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Mayat tu seorang perempuan, tuan.”

Inspektor Murad kemudiannya mendekati jasad yang terkujur kaku di atas tanah yang agak lembik. Berhati-hati dia melangkah. Mayat perempuan yang masih tidak dikenali identitinya itu diperhatikan dengan tekun. Kemudian lelaki itu bertinggung untuk memeriksanya dengan lebih dekat dan teliti.

Wajahnya membiru. Tidak rosak walau sedikit pun. Menandakan mayat itu masih baru lagi. Kesemua anggota tubuhnya juga lengkap. Terdapat kesan belahan pada dada, memanjang hingga ke atas perut. Luka itu ternganga dan dipenuhi dengan air yang agak berlumpur.

Inspektor Murad tidak berniat untuk memeriksa belahan luka itu. Dibiarkan saja doktor daripada Jabatan Patologi untuk membongkarnya. Dia pasti pakar koroner yang bakal melakukan bedah siasat itu nanti mampu memberikan jawapan pada persoalan bagaimana mangsa mati, bilakah kematiannya dan apa yang menjadi punca kematiannya.

Akan terjawab sama ada puncanya berkaitan dengan perbuatan khianat ataupun kecuaian. Rumusan awal yang menjelma dalam benaknya mengatakan kematian ini adalah satu pembunuhan yang dirancang. Itulah kesimpulannya setelah meneliti keadaan mayat.

Pada tubuh mangsa tidak terdapat sebarang kecederaan lain, melainkan luka besar di dadanya. Dadanya bagaikan dibelah untuk tujuan tertentu. Inspektor Murad mengeluh perlahan. Dia tahu ada tugas berat yang bakal tergalas di bahunya selepas ini.

Siapa pembunuhnya? Apa tujuan dia membunuh serta motifnya akan dibongkar sedaya mungkin. Dia juga sedar bukan mudah untuk merungkai misteri seperti ini.